Perubatan Madani: Daftar Online Semakan Skim Bantuan Rawatan


Semak cara daftar online Perubatan Madani Semakan status kelayakan Skim kesihatan Bantuan Rawatan di klinik madani 2023

skim semakan status bantuan perubatan madani 2023

Ia merupakan skim perubatan yang diperkenalkan oleh kerajaan khusus kepada golongan berpendapatan rendah iaitu B40.

Ianya diwujudkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk membantu menampung kos dan keperluan perubatan B40 untuk menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut. 

Rawatan ini akan diberi secara percuma kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan di bawah skim ini.  Penerima rawatan ini akan menerima keperluan perubatan di klinik-klinik swasta yang berdaftar di bawah skim Perubatan Madani ini.

Secara tidak langsung, beban kewangan dan kesejahteraan hidup rakyat akan lebih terjamin dan terpelihara dengan adanya skim ini. Bukan itu sahaja, tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat.

Cara Daftar Skim Perubatan Madani Online

Pemohon tidak perlu membuat apa-apa permohonan bagi mendapatkan bantuan Skim Perubatan Madani ini.

Ia merupakan kelayakan secara automatik.

Namun begitu, semakan kelayakan boleh dilakukan oleh pemohon secara atas talian. 

Skim Perubatan Madani Semakan Status

Individu yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan dan merupakan golongan B40, mereka boleh membuat semakan kelayakan secara atas talian.

Berikut merupakan cara-cara untuk mebuat semakan kelayakan skim bantuan ini;

  1. Pemohon boleh menyemak syarat kelayakan mereka secara atas talian menerusi laman sesawang https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik pada butang “Semak”.
  3. Akhir sekali, status kelayakan akan dipaparkan.

Semakan Kelayakan Skim Perubatan Madani

Individu yang ingin menerima perubatan di bawah Skim ini boleh membuat permohonan bantuan ini.

Namun begitu, permohonan skim ini hanya akan diluluskan kepada individu pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan semakan syarat kelayakan perubatan madani 2023 bagi permohonan skim ini;

bantuan kesihatan madani
  1. Penerima bantuan Perubatan Madani ini merupakan individu penerima Sumbangan Tunai Rahmah sama ada berkeluarga, bujang atau warga emas.
  2. Penerima ini menerima mana-mana skim perubatan lain daripada badan / agensi lain yang sama seperti skim ini.

Bila Tarikh Tutup Permohonan

Tempoh permohonan dan skim ini berkuatkuasa adalah bermula daripada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Jumlah Bantuan

Golongan B40 akan menerima manfaat bantuan Perubatan Madani dengan jumlah pendapatan sebanyak;

KATEGORIJUMLAH BANTUAN
KeluargaRM250
Warga emasRM175
BujangRM75

Cara Claim Bantuan Perubatan Madani 2023

Individu yang telah membuat semakan kelayakan untuk menerima bantuan kesihatan madani dan tersenarai sebagai penerima yang layak boleh mendapatkan rawatan ini.

  • Pemohon mestilah mengenalpasti klinik swasta mana yang berdaftar di bawah skim ini.
  • Kemudian, pilih mana-mana klinik yang berdekatan dengan pemohon.
  • Akhir sekali, hadir ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan kesihatan bagi Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.

Semak Senarai Klinik Perubatan Madani Online

Semak jika nama pemohon tersenarai sebagai penerima Skim Perubatan Madani ini, rawatan secara percuma ini boleh diterima oleh pemohon di klinik-klinik swasta yang berdaftar di bawah skim ini.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan senarai klinik secara atas untuk menuntut bantuan perubatan ini;

  1. Individu yang layak untuk menerima bantuan ini boleh melayari laman sesawang https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my seperti pada rajah di bawah ini untuk membuat carian klinik yang berdaftar di bawah skim ini.
  2. Seterusnya, masukkan maklumat yang dinyatakan dan klik pada butang “Cari”.
  3. Akhir sekali, senarai klinik-klinik swasta yang menawarkan Skim Perubatan MADANI akan dipaparkan.
semakan kelayakan rawatan madani

Senarai Penyakit Yang Boleh Claim Rawatan Madani

Hanya pemohon yang mengidap penyakit-penyakit yang tersenarai sebagai penyakit di bawah Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut boleh mendapatkan bantuan kesihatan secara percuma menerusi skim ini.

semak senarai klinik swasta madani

Berikut merupakan senarai penyakit-penyakit yang boleh menerima rawatan kesihatan di bawah skim ini;

  1. Demam dan selsema
  2. Cirit-birit dan muntah
  3. Terseliuh pada mana-mana anggota badan
  4. Sakit kepala
  5. Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia