Permohonan UPU Online 2019 : Cara Terbaik Isi Borang Sehingga Berjaya

Cara Isi Borang Permohonan UPU online 2019 Lepasan SPM Online dan Permohonan UPU 2019 Lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma Sebelum tarikh tutup. Mesti Lulus Punya.

Keputusan SPM telah keluar dan diketahui. Tidak lupa juga yang sudah pun menerima keputusan peperiksaan semester akhir diploma dan juga matrikulasi.

permohonan upu

Serta kalangan yang sudah terima keputusan STPM.

Kesemua kumpulan ini sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuk di universiti awam di malaysia.

Iaitu peringkat diploma untuk lepasan SPM dan degree atau Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan matrikulasi dan lepasan diploma.

Dan sekarang ini beratus ribu anak muda sedang mencuba nasib untuk hantar borang permohonan UPU online dengan harapan dapat merebut tempat di pengajian tinggi awam kelak.

Akses Permohonan UPU Secara Online

PerkaraButirannya
Borang Permohonan UPU online sesi baruKLIK SINi

 

Mypt3 nasihatkan supaya anda hantar dan klik untuk pengesahan segala maklumat yang anda isi itu dengan maklumat yang tepat dan betul bagi mengelakkan permohonan anda ditolak atas alasan teknikal dan kecuaian anda sendiri.

Pastikanlah anda semak syarat kelayakan terlebih dahulu daripada akspek jurusan dan program yang anda pilih serta juga universiti awam di malaysia yang anda ingin masuk. Biarlah ia sepadan dengan keputusan peperiksaan dan minat anda.

4 Tips Berjaya Permohonan UPU 2019 Masuk Universiti

upu online

1) Gunakan kemudahan sistem semak syarat UPU

Menggunakan kemudahan ini, sangat membantu memilih kursus dan jurusan yang terbaik sesuai dengan hasil semak keputusan SPM keluar atau result STPM anda

2) Pilih kursus yang sesuai

  • Janganlah memilih kursus yang wow, yang hebat, yang kritikal sedangkan keputusan peperiksaan yang anda perolehi hanya biasa-biasa sahaja.
  • Seeloknya kursus yang anda ambil ada sedikit minat dan mempupunyai nilai pasaran kerja kelak
  • Pilih kursus yang sesuai dengan keputusan peperiksaan anda. Jangan ambil dan pilih di luar jangkauan anda

3) Lepasi syarat minimum

Sebelum berminat hantar borang permohonan, pastikan keputusan peperiksaan anda melepasi syarat minimum yang telah ditetapkan

  • Keputusan SPM : Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu dan subjek Sejarah mesti LULUS
  • Keputusan STPM : Dapat PNGK 2.0 dan sekurang-kurangnya dapat C untuk 3 subjek termusik subkek Pengajian AM
  • STAM : Dapat pangkat Jayyid
  • Result MUET : Mesti dapat sekurang-kurangnya BAND 1

Lagi semakan syarat UPU yang perlu anda semak dan perhatikan juga.

4) Ingat Tarikh Penting bagi Permohonan UPU 2019

Sangat-sangat penting untuk anda tahu tarikh penting seperti

  • bila tarikh tutup  permohonan UPU, bila mula buka dan tutup kepada umum
  • bila tarikh tutup hantar borang rayuan, bila buka dan tutup
  • bila anda akan dipanggil temuduga jikalau jurusan dan program yang anda pilih perlu untuk anda hadir sesi temuduga
  • bila tarikh keputusan dan semakan keluar

Bagi memastikan anda mendapatkan maklumat info yang terkini mengenai sistem online yang terkini berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan, kami berkongsi untuk anda perkara penting yang perlu diketahui seperti di bawah ini

Senarai Perubahan Terkini Untuk Permohonan UPU Online

1. Anda mesti pilih sekurang-kurangnya 5 program dan ke atas

2. Program yang terpapar untuk anda pilih adalah bersandarkan samada anda telah melepasi syarat am dan syarat khas yang telah pun ditetapkan

3. Anda boleh melakukan semakan keputusan dengan cukup mudah yang mana boleh dibuat terus di bahagian DASHBOARD pada sistem online yang disediakan

4. Sekarang ini rayuan boleh dibuat terus 5 hari bekerja selepas keputusan keluar. Yang memudahkan anda buat pilihan adalah hanya program pengajian yang masih lagi kosong sahaja yang boleh anda pilih untuk permohonan rayuan UPU