Permohonan UITM 2019 untuk Lepasan SPM STPM Diploma Matrikulasi

Lepasan SPM STPM Diploma Matrikulasi Cuba Permohonan UITM

Universiti Teknologi Mara UITM sekarang ini dalam usaha untuk menarik seberapa ramai bumiputera masuk belajar UITM terutamanya bagi yang tidak mendapat keputusan kurang memberangsangkan ketika result spm dan juga keputusan STPM.

permohonan uitm

Dan Universiti Teknologi MARA juga bukan calang-calang juga. Tersenarai juga dalam ranking universiti terbaik di Malaysia.

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Cuba Permohonan UPU

1) Tahukah anda Universiti Teknologi MARA UITM mengenakan yuran antara yang termurah di Malaysia. Ini kerana ia menerima subsidi yang lebih berbanding universiti awam lain di Malaysia

2) Tahukah anda, berdasarkan statistik majikan lebih mengutamakan calon yang merupakan lulusan dari UITM untuk diambil bekerja berbanding universiti lain.

3) Tahukah anda, kualiti pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris melibatkan lulusan UITM antara terbaik dikalangan universiti awam yang lain

4. Untuk anda yang menginginkan persekitaran yang mana kesemua pelajar dan penuntut di universiti awam terdiri daripada kalangan bumiputera Universiti Teknologi MARA adalah pilihan yang terbaik

5. Bagi mendapatkan anugerah dekan, UITM meletakkan syarat yang rendah berbanding universiti lain. Jadi untuk anda merangkul anugerah dekan lebih mudah dengan usaha yang konsisten dan berterusan daripada anda

6. UITM adalah satu-satunya universiti awam di Malaysia yang mampu menyediakan kesemuanya kursus dan jurusan yang dicari dan diingin oleh pelajar. Yang tiada cuma jurusan pengajian Islam sahaja

7. Begitu banyak pengiktirafan seperti ACCA, EC dan banyak lagi untuk program dan jurusan yang ditawarkan oleh UITM

P/S : Bagaimana? Selepas meneliti 7 sebab dan punca ramai pilih UITM, adakah anda berminat untuk hantar permohonan uitm ?