Permohonan Tingkatan 1 2023: Kemasukan Sekolah Khusus

Cara buat permohonan tingkatan 1 2023 (form 1) & melalui https// spskt1.moe.gov.my permohonan tingkatan 4 (form 4) melalui https// spskt4.moe.gov.my untuk kemasukan ke sekolah khusus sekolah teknik, sbp, kolej vokasional sekolah agama smka mtd

permohonan sekolah khusus 2023

Sekolah khusus ialah sekolah yang tersenarai di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kolej Vokasional (KV), (SMKA), Sekolah Teknik (SMT) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Permohonan ke sekolah khusus ini boleh dibuat menerusi atas talian bagi kemasukkan pelajar permohonan Tingkatan 1 dan permohonan Tingkatan 4.

BACA SINI >> Semakan pksk 2022: keputusan ujian kemasukan sekolah khusus

Pelajar perlu menduduki ujian PKSK bagi melayakkan pelajar memasuki lima (5) kategori sekolah khusus tersebut.

Permohonan Tingkatan 1 2023 Kemasukan Sekolah Khusus

Pada 15 April 2020, YB Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oleh itu, satu kaedah pentaksiran berpusat yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan PKSK diwujudkan bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 ke sekolah khusus.

PKSK ini wajib ke atas setiap pelajar dan pentaksiran ini dilakukan secara atas talian menggunakan kaedah sistem platform berpusat menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

  • Permohonan form 1 untuk kemasukan bagi murid Darjah 6 ke Tingkatan 1 boleh diakses secara atas talian melalui laman sesawang https://spskt1.moe.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini:
permohonan kemasukan tingkatan 1 2023
  • Penjaga kepada pelajar boleh membuat permohonan dengan klik pada bahagian “Permohonan”.
  • Paparan seperti pada Rajah di bawah ini akan dipaparkan untuk membolehkan pelajar membuat permohonan.
  • Pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan pelajar beserta nombor kad pengenalan penjaga, kemudian klik pada butang “Klik untuk Login”.
permohonan form 1 https// spskt1.moe.gov.my
  • Seterusnya, semua data pelajar akan dipaparkan. Pelajar mestilah memeriksa data yang dipaparkan tersebut adalah lengkap dan betul.
  • Kemudian, pelajar akan diberi pilihan untuk memilih sekolah khusus mengikut negeri yang dikehendaki.
  • Akhir sekali, pelajar perlu klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan tersebut.

Syarat Kemasukan Sekolah Khusus 2023 Tingkatan 1

Sebelum membuat permohoan untuk kemasukan ke sekolah khusus bagi pelajar Tingkatan 1, pelajar perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut;

  1. Pelajar merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pelajar merupakan individu yang tersenarai dan berdaftar dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  3. Pelajar merupakan murid Tahun 6 yang berumur 12 tahun.

Permohonan Tingkatan 4 2023 kemasukan Sekolah Khusus

PKSK ini juga diwujudkan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 3 ke Tingkatan 4 ke sekolah khusus.

Kaedah sistem platform berpusat atau single entry point digunakan menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi mengakses data pelajar. 

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan ke sekolah khusus bagi pelajar Tingkatan 4;

permohonan kemasukan tingkatan 4 2023
  • Klik pada bahagian “Permohonan” untuk membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus.
  • Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan penjaga, kemudian klik pada butang “Klik untuk Login”.
  • Data pelajar akan dipaparkan dan pelajar akan diberi pilihan untuk membuat pilihan untuk memilih mana-mana sekolah.
  • Akhir sekali, klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan.

Syarat Kemasukan Sekolah Khusus 2023 Tingkatan 4

Permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi pelajar Tingkatan 3 yang ingin memasuki Tingkatan 4 boleh dipohon jika mereka memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut;

  1. Pelajar merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pelajar merupakan individu yang tersenarai dan berdaftar dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  3. Pelajar merupakan murid Tingkatan 3 yang berumur 15 tahun.

Senarai Sekolah Khusus 2023

Butiran lebih lanjut melibatkan permohonan kemasukan tingkatan 1 2023 dan juga permohonan kemasukan tingkatan 4 2023 boleh anda semak di link pautan ini,

  • https// spskt1.moe.gov.my
  • https// spskt4.moe.gov.my

1. Sekolah SMKA

SMKA ialah sekolah yang menerapkan sistem pendidikan Islam dalam silibus pembelajaran sekolah yang bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Terdapat lebih kurang 59 sekolah ditubuhkan di seluruh Malaysia. Matlamat penubuhan SMKA adalah untuk mendidik pelajar selaras dengan keperibadian Islam dan memenuhi kehendak duniawi dan ukhrawi.

Bahasa Arab, Jawi dan Kemahiran Al-Quran merupakan antara matapelajaran wajib diambil oleh pelajar.

Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pendakwah yang berhikmah untuk memimpin negara.

2. Sekolah Teknik

Sekolah Teknik ialah sekolah yang memberi keutamaan kepada pelajaran Pendidikan Sains dan Teknologi kepada pelajar dari segi teori.

Matlamat penubuhan Sekolah Teknik adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang professional dan mahir dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.

Antara khusus yang ditawarkan di Sekolah Teknik ialah kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, agro teknologi dan perdagangan.

3. Kolej Vokasional

Kolej Vokasional ialah sekolah yang menawarkan latihan kemahiran berbentuk amali atau praktikal kepada pelajar.

Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dalam bidang teknikal.

Program dibawah Kolej Vokasional ini merangkumi 2 tahun pengajian dalam bidang kemahiran.

Antara khusus yang ditawarkan adalah teknologi kejuruteraan elektronik, teknologi kejuruteraan mekanikal, teknologi kejuruteraan awam, hospitaliti dan perlancongan perniagaan, pengajian dan perkhidmatan masyarakat, teknologi maklumat dan komunikasi dan banyak lagi yang memfokuskan kepada kemahiran.

4. Maktab Tentera Diraja

Maktab Tentera Diraja ialah sekolah ketenteraan yang ditubuhkan untuk melatih pelajar di peringkat menengah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Ianya juga dikenali sebagai “Sandhurst Tanah Melayu”. Sekolah ini hanya dikhaskan kepada pelajar atau remaja lelaki sahaja.

Matlamat sekolah ini adalah untuk melatih dan melahirkan anak muda yang cukup berdisiplin dalam bidang ketenteraan untuk berkhidmat untuk negara. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia