Borang Permohonan Str 2024 Baru & Cara Mohon Bujang

Cara mohon LHDN str dan daftar borang permohonan STR 2024 online termasuk kategori bantuan bujang warga emas dan berkahwin dengan syarat kelayakan dan maklumat baru akaun, b40 M40.

cara mohon borang permohonan baru str 2024 online

Sumbangan atau bantuan tunai kepada rakyat Malaysia yang tergolong dalam golongan B40 (membantu golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia). Ianya bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, individu yang memenuhi kelayakan golongan B40 boleh membuat permohonan baru str ini.

Bagi individu yang sebelum ini pernah mendapat bantuan daripada Kerajaan seperti BRIM, BKM, BPR dan BSH, mereka terkecuali daripada membuat permohonan baharu str 2024 bujang.

Ini kerana pangkalan data yang terdapat dalam sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri telah merekodkan individu-individu ini layak untuk mendapat bantuan kerajaan.

Individu yang perlu membuat permohonan baharu bagi melayakkan mereka ini untuk mendapatkan sumbangan kerajaan ini adalah individu yang tergolong dalam golongan seperti berikut;

  1. Pemohon yang disenaraikan sebagai pemohon yang gagal untuk menerima bantuan bujang.
  2. Pemohon yang layak untuk menerima bantuan tetapi mempunyai perubahan daripada segi bilangan anak, jumlah pendapatan dan status perkahwinan.

Tarikh Isi Borang Permohonan STR 2024 Online Baru & Kemaskini

Tarikh isi borang permohonan baru str 2024 bujang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman pemohonan str online akan diumumkan dalam masa yang terdekat secara berperingkat daripada semasa ke semasa.

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan baru str 2024 online atau melalui cawangan LHDN setelah permohonan baharu dibuka.

Daftar Cara Mohon STR Bujang 2024 Baru

Sepertimana yang dilaksanakan sebelum ini, permohonan bantuan Kerajaan ini boleh dilakukan dengan dua (2) cara iaitu secara atas talian iaitu melalui sistem yang disediakan oleh pihak LHDN dan secara pos atau penghantaran borang secara fizikal di cawangan LHDN.

Jika permohonan dibuat mengikut sistem BKM sepertimana sebelum ini, berikut merupakan cara daftar untuk isi permohonan untuk program STR 2024 online termasuk mohon bantuan bujang;

cara mohon pemohonan str 2024
  1. Pemohon mestilah melayari link borang permohonan, https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Kemudian, pengguna perlu ke bahagian log masuk.
  4. Klik pada butang “Kemaskini Permohonan”.
  5. Pengguna mestilah memasukkan nombor MyKad yang betul dan klik pada butang “Semak”.
  6. Isi maklumat yang telah disediakan.
  7. Seterusnya, klik pada butang “Kemudian”.
  8. Pengguna hendaklah mengisi kod Captcha yang telah dinyatakan di ruangan yang disediakan dan klik pada butang “Sahkan Captcha”.
  9. Tandakan pada kotak di bahagian perakuan diri.
  10. Akhir sekali, klik pada butang “Hantar” dan permohonan pemohon berjaya dihantar kepada pihak LHDN.

5 Kesilapan Permohonan Di bawah Str 2024 Online

Pemohon wajar ditolak jika ianya tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN dan Kerajaan.

Berikut merupakan lima (5) kesilapan yang boleh berlaku ketika membuat cara memohon STR 2024 online;

  1. Maklumat yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan kemaskini adalah salah.
  2. Pendapatan yang dinyatakan di dalam borang tidak selari dengan pendapatan pemohon yang sebenar.
  3. Maklumat tanggungan pemohon adalah salah. Di mana hanya anak yang menepati syarat boleh dimasukkan dalam permohonan.
  4. Pemohon sumbangan tunai rahmah str 2024 tidak melampirkan surat pengesahan sebagai bukti.
  5. Maklumat bank yang salah atau bank yang digunakan meragui serta bukan penama pemohon bantuan.
  6. Tidak perlu sama sekali untuk menulis surat mohon sumbangan dengan lhdn / kerajaan. Boleh terus gunakan dan isi borang yang telah diberikan ini. Mudah dan senang.

3 Cadangan LHDN Agar Proses Str Permohonan baru Lebih Mudah

Dengan adanya kemudahan teknologi pada masa kini yang semakin pesat, segala proses pemohonan sewajarnya menjadi lebih mudah dan pantas dari segi prosesnya.

Oleh itu, beberapa cadangan yang dinyatakan seperti dibawah diharapkan agar boleh memudahkan permohonan;

  1. Permohonan mestilah dilakukan secara atas talian secara menyeluruh bagi menjimatkan masa pemohon untuk hadir ke cawangan LHDN yang berdekatan untuk isi borang str secara manual. Daftar str permohonan baru melalui kaunter hanya dibuka pada individu yang tidak mahir dalam teknologi terkini terutamanya warga emas.
  2. Sistem baru hendaklah sentiasa dikemaskini bagi memudahkan pemohon bagi mengelakkan berlaku masalah ketika pemohon membuat permohonan pada skim program str dan dikemaskinikan. Pangkalan data yang digunakan oleh pihak LHDN mestilah sentiasa dikemaskini.
  3. Segala informasi berkenaan permohonan mestilah dikemaskini daripada semasa ke semasa agar setiap individu menerima informasi terkini termasuk permohonan str bujang.

Cara Mohon Permohonan STR Bujang 2024 Online Dibuka

Sesiapa sahaja yang tidak lulus permohonan melibatkan STR bujang 2024 layak untuk membuat daftar permohonan baharu termasuklah bantuan bujang, warga emas, ibu / bapa tunggal dan pemohon isi rumah.

borang permohonan str bujang

Adakah Pelajar Boleh Memohon?

Pihak LHDN dan Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan mohon STR 2024 online.

Beberapa kod alasan tidak lulus telah disenaraikan sebagai panduan pemohon yang gagal mendapatkan bantuan ini. Ianya termasuklah yang hantar borang bagi pelajar sepenuh masa.

Berdasarkan kod 07, pelajar yang berumur 19 tahun dan keatas yang masih belajar sepenuh masa TIDAK LAYAK untuk memohon. 

Cara Kemaskini Status Bujang Kepada Berkahwin 2024

Cara daftar permohonan baru atau dikemaskini str 2024 online mudah sahaja, boleh dibuat jika terdapat perubahan maklumat pada status perkahwinan, bilangan anak dan kadar pendapatan semasa.

Individu yang telah bertukar status perkahwinan, boleh membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat perkahwinan setelah pihak Kerajaan mengumumkan pembukaan permohonan tersebut.

Surat pengesahan perkawinan hendaklah dilampirkan sebagai bukti perubahan status pemohon.

Apakah Syarat Kelayakan Umur Layak Mohon Str 2024

Hanya individu yang berumur 18 tahun dan ke atas serta melepasi syarat kelayakan kadar pendapatan sebulan RM5000 ke bawah layak kemaskini untuk menerima bantuan ini.

Declare Tax Rendah, Ada Rumah Kereta mewah, Lepas Syarat Kelayakan?

Berdasarkan syarat untuk kelayakan bantuan Kerajaan bagi golongan B40, selagimana individu tersebut berpendapatan isi rumah RM5000 dan ke bawah serta berpendapatan RM2500 ke bawah layak untuk menerima bantuan. 

Walaubagaimanapun, individu pemohon merupakan pemilik kenderaan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah iaitu B40 dan memiliki hartanah melebihi RM500,000 tidak layak untuk menerima bantuan ini walaupun syarat kelayakan pendapatan mereka adalah menepati syarat seperti yang dinyatakan.

Saya ada SSM, Adakah Saya Lepas kelayakan Memohon STR 2024

Berdasarkan syarat melibatkan kelayakan kod tidak lulus, kod 11, 12 dan 13 menyatakan individu pemohon yang merupakan pemilik syarikat, pemegang saham dan pemegang liability terhad TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan ini.

Ini kerana Kerajaan telah memperuntukkan bantuan lain bagi individu yang mempunyai perniagaan yang berdaftar bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

syarat borang permohonan str 2024 baru

Adakah Bayaran Mesti Isteri Yang Dapat atau Suami?

Bagi permohonan berdasarkan pendapatan isi rumah, hanya salah seorang sama ada isteri atau suami sahaja yang perlu membuat isi borang permohonan str ini.

Borang str bagi kedua-dua pihak akan ditolak.

Oleh itu, suami dan isteri wajar untuk berbincang bagi pihak siapa untuk permohonan ini.

Suami Isteri Buat Permohonan, Adakah Semua Dapat Bantuan Ini?

Permohonan untuk isi rumah akan diterima oleh salah seorang sahaja sama ada isteri atau suami.

Jika pihak LHDN mendapati permohonan telah dibuat oleh kedua-duanya, suami dan isteri, salah satu permohonan akan ditolak. 

Penerima BKM Sudah Meninggal Dunia, Adakah Lepas Kelayakan Memohon.

Penerima yang telah daftar dan register akan menerima bantuan selagi mana sistem Jabatan Pendaftaran Negara tidak mencatatkan kematian dalam sistem mereka.

Yang telah meninggal dunia semestinya tidak layak untuk menerima bantuan ini sepertimana yang telah dinyatakan pada kod 33, 34 dan 35. 

Senarai 5 Kod Tidak Layak Permohonan Baru STR

Terdapat 40 kod tidak lulus dan tidak layak fasa 1 yang telah disenaraikan oleh pihak LHDN dan kerajaan disebabkan oleh sebab-sebab tertentu.

Berikut merupakan antara lima (5) kod tidak lulus permohonan yang biasa disenaraikan dalam sistem;

cara memohon str 2024 bujang
  1. Kod 06 – Pemohon srt 23 tidak melepasi syarat kelayakan sebagai seorang bujang untuk dapatkan bantuan.
  2. Kod 08 – Pendapatan semasa permohonan baru sudah melebihi RM5000 sepertimana yang telah didapati menerusi semakan rekod agensi.
  3. Kod 12 – Pemohon yang telah memohon merupakan individu yang berdaftar sebagai pemegang saham, pemilik syarikat dan pemegang liabiliti terhad.
  4. Kod 15 – Pemohon borang permohonan str bujang, berkahwin, warga emas memiliki kenderaan yang melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40) semasa permohonan baru dihantar.
  5. Kod 18 – Pemohon tidak menetap, bekerja dan belajar di Malaysia sepertimana tertera dalam rekod agensi.

Apa Itu Beza Borang STR 2024 dan Permohonan BKM

Memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sumbangan tunai rahmah, kedua-duanya merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

Mohon sumbangan tunai rahmah merupakan sambungan bantuan daripada kerajaan sebelum ini.

Ianya sama seperti yang terdahulu. Hanya nama bantuan sahaja dinamakan semula mengikut pemimpin yang memimpin pada ketika itu. Cuma beza borang permohonan str dengan bkm sahaja.

Bantuan ini pula diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itulah dia beza bkm. Kalau ikut dari segi matlamat dan visi bantuan ini sama sahaja untuk bantu rakyat malaysia yang memerlukan.

Kadar untuk bujang yang bakal memanfaatkan rakyat adalah sama sepertimana yang pernah diterima sebelum ini oleh rakyat.

YouTube video

Cara Memohon Batalkan Borang Memohon STR 2024 Online

Bagi segelintir individu merasakan bahawa mereka tidak layak untuk menerima bantuan srt 2024 daripada kerajaan.

Oleh itu, pembatalan borang str boleh dibuat jika terdapat yang mohon mahu membatalkannya.

Berikut merupakan cara untuk membuat pembatalan pemohonan;

  1. Pemohon hendaklah memuat turun borang “Pembatalan Permohonan” di link https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Isi borang str tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan yang telah diisi di cawangan LHDN yang terdekat.
  4. Akhir sekali, borang pemohon akan diproses dan permohonan sumbangan tunai akan dibatalkan serta merta.

Tips Mohon Str Baru

Anda boleh ikut beberapa contoh yang kami kongsikan di bawah ini bagi memudahkan anda memohon str tanpa sebarang masalah.

  • Kami cadangkan anda gunakan akaun bank simpanan nasional bsn ketika anda hantar permohonan. Berdasar pengalaman kami sendiri, apabila anda menggunakan akaun bank simpanan nasional ia sebenarnya membolehkan anda menerima bayaran dengan lebih cepat berbanding bank lain.
  • Tahun 2024, kami difahamkan str fasa 1, str fasa 2, str fasa 3, str fasa 4 akan dapat lebih cepat berbanding tahun lepas. jadi pastikan anda memohon str dengan maklumat yang betul dan tepat.
  • Belanjawan 2024 kali menyaksikam jumlah bayaran dinaikkan termasuk untuk golongan pendapatan rm2,500 dan ke bawah. Dan ini pastinya akan meningkatkan perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia terutamanya penerima str

Diharapkan perkongsian cara memohon ini dapat membantu lebih ramai layak untuk lepas syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Jika artikel cara mohon str termasuk untuk bujang ini bermanfaat sila kongsikan bersama kenalan rapat dan FAMILY terdekat anda di FACEBOOK dan TELEGRAM mereka. Dipersilakan untuk berkongsi.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia