Permohonan SBP 2019 : Cara Isi Kemasukan Tingkatan 4 dan Tingkatan 1

Permohonan SBP 2019 Tingkatan 4 dan Permohonan SBP 2019 Tingkatan 1 Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh

Pelajar yang telah mengambil UPSR dan juga PT3 sudah tentu ramai antara anda yang bercita-cita ingin masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

permohonan sbp

Mesti ramai pelajar yang mengidamkan untuk sekolah di Sekolah Berasrama Penuh bagi mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif dan tidak kurang juga bagi yang mahu belajar untuk berdikari bagi mempersiapkan diri dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Ini kerana Sekolah Berasrama Penuh banyak mendatangkan kebaikan dan faedah yang besar kepada para pelajar dari segi membentuk sahsiah diri dan akademik, keyakinan diri dan juga jati diri yang kental bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Di bawah kami telah menyediakan informasi berkenaan dengan permohonan dan pendaftaran Sekolah Berasrama Penuh berserta dengan tarikh-tarikh penting permohonan untuk pengambilan dan pendaftaran masuk sekitar akhir bulan Januari kelak. Nantikan bersama.

Butiran Permohonan SBP Tingkatan 1

  • Tarikh buka permohonan sbp Tingkatan 1 : Oktober
  • Tarikh tutup permohonan Tingkatan 1 : November
  • Untuk melayari borang permohonan SBP Tingkatan 1 online : sila klik DISINI
  • Untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my
  • Untuk sebarang informasi atau maklumat berkenaan dengan Sekolah Berasrama Penuh : Soalan Lazim yang sering ditanya
  • Untuk mendapatkan panduan am untuk mengisi borang permohonan online : sila klik DISINI
  • Senarai Sekolah mengikut ALIRAN bagi Tingkatan 1 : KLIK SINI
    Senarai Subjek yang ditawarkan mengikut ALIRAN : KLIK SINI

Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1

  1. Pelajar haruslah berwarganegara Malaysia
  2. Pelajar adalah yang bersekolah di Sekolah Kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan
  3. Keputusan akademik yang cemerlang hendaklah diperoleh oleh pemohon atau minimum 3A dan 3B berdasarkan keputusan UPSR (termasuk mendapat A bagi subjek Matematik dan Sains)
  4. Pelajar mestilah aktif dalam kokurikulum
  5. Mesti mendapat markah yang baik dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani; Sukan dan Kokurikulum (PAJSK); Pentaksiran Sekolah (PS)
  6. Mendapat keputusan yang baik bagi Ujian Kemasukan Sekolah Berasarama Penuh UKSBP

Butiran Permohonan SBP Tingkatan 4

  • Tarikh buka permohonan sbp Tingkatan 4 : November
  • Tarikh permohonan Tingkatan 4 : Disember
  • Untuk melayari borang permohonan SBP Tingkatan 4 online : sila klik DISINI
  • Untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my
  • Untuk sebarang informasi atau maklumat berkenaan dengan Sekolah Berasrama Penuh : Akan dikemaskinikan. Nantikan!
  • Untuk mendapatkan panduan am untuk mengisi borang permohonan online :  sila klik DISINI

Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 4

  1. Pelajar haruslah berwarganegara Malaysia
  2. Pelajar adalah yang bersekolah di Sekolah Kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan
  3. Keputusan akademik yang cemerlang hendaklah diperoleh oleh pemohon atau minimum 6A dalam Peperiksaan Tingkatan 3 PT3 (termasuk mendapat A bagi subjek Matematik dan Sains)
  4. Pelajar mestilah aktif dalam kokurikulum untuk melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan

Perkara – Pautan dan Butirannya

  • Semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh secara online : KLIK SINI

Kami doakan urusan permohonan anda dipermudahkan kelak.

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Senarai Ranking SBP MRSM PT3 Terbaik di Malaysia Senarai Ranking SBP Ranking MRSM Terbaik di Malaysia? Untuk siri peperiksaan PT3 dahulu Kepada adik-adik di sini yang sedang berkira-kira untuk sambu…
Semakan SBP 2019 : Keputusan Rayuan Masuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Semakan SBP Tingkatan 1 2019 Dan Semakan SBP tingkatan 4 2019. Semakan Keputusan Rayuan SBP 2019. Berjaya Dapat Tawaran? Kini, pelajar yang telah mem…
Permohonan MRSM 2019 : Teknik Isi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tips dan teknik Permohonan MRSM Tingkatan 1 2019 dan Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Termasuk Sabah dan Sarawak. Semak Syarat Kelayakan? Anda mahu p…