≡ BACK

Permohonan MRSM Tingkatan 1 Online : Bagi Semenanjung, Sabah, Sarawak

Permohonan MRSM Tingkatan 1 Online Semenanjung, Sabah, Sarawak

Kalangan adik-adik Tahun 6 yang ambil UPSR tahun ini baik anda dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak pastinya tercari-cari peluang untuk sambung belajar untuk kemasukan Tingkatan 1.

permohonan mrsm tingkatan 1

Jikalau anda dari Semenanjung Malaysia, jikalau anda dapat keputusan UPSR 5A anda sudah selangkah untuk masuk ke MRSM. Manakala untuk kalangan pelajar dari Sabah dan Sarawak syarat kelayakan minimum untuk berdasarkan keputusan UPSR adalah sedikit longggar apabila adik-adik hanya perlu dapat sekurang-kurangnya 3A 2B Sahaja.

Majlis Amanah Rakyat MARA bermula 13 September senang mencari kalangan anda yang sentiasa bersikap positif, kesihatan dalam keadaan terbaik bagi memudahkan anda menjalani sebarang latihan fizikal dan program kokurikulum sepanjang tinggal di asrama dan menkalani pengajian di MRSM, mendapat keputusan UPSR yang telah pun ditetapkan MARA dan akhirnya paling penting anda mampu menjaga nama naik MRSM anda, MARA dan juga keluarga anda.

Jikalau anda mampu buat ini semua, anda sudah selangkah ke MRSM.

Nah, jikalau anda berminat untuk hantar permohonan MRSM Tingkatan 1 termasuk permohonan MRSM Tingkatan 1 untuk Sabah Semenanjung boleh semak perkongsian dan cara mohon yang betul dan tepat untuk anda ikuti :

Cara Permohonan MRSM Tingkatan 1 Yang Tepat

  • Tarikh buka permohonan : September
  • Tarikh tutup permohonan : Oktober
  • Pautan permohonan MRSM Tingkatan 1 online : KLIK SINI
  • Iklan Lengkap Permohonan Tingkatan 1 Semenanjung : SEMAK SINI (Akan diaktifkan)
  • Iklan Lengkap Permohonan Tingkatan 1 Sabah dan Sarawak : SEMAK SINI (Akan diaktifkan)
  • Butiran Lengkap dan Format Ujian Kecenderuan Kemasukan ke MRSM UKKM : KLIK SINI PULA

Syarat Kelayakan Permohonan Tingkatan Semenanjung; Sabah dan Sarawak Secara Umum

  1. Anda mestilah sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan SRK ataupun Sekolah Kebangsaan SK
  2. Mesti ambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dapat tahap keputusan UPSR yang ditetapkan
  3. Mesti ambil Ujian Kecenderuan Kemasukan ke MRSM UKKM Tingkatan 1 dan datang temuduga pada tarikh yang akan dimaklumakan kepada anda kelak

Untuk maklumat anda ada pelbagai sistem pendidikan yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains MARA. Ada 5 program kesemuanya. Untuk perkongsian pada artikel ini merujuk kepada Sistem Pendidikan MRSM. Manakala 4 lagi program boleh anda semak butiran lengkap berdasarkan pautan-pautan di bawah ini :

Senarai Sistem Pendidikan MRSM – Pautannya

Jikalau anda berminat dengan salah satu program di atas, pastikan anda letakkan pada pilihan pertama semasa permohonan MRSM Tingkatan 1 pada masa dihantar.

P/S : Pastikan permohonan MRSM Tingkatan 1 yang anda hantar lengkap dan mengikut format yang ditetapkan supaya pengambilan ke atas permohonan anda mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak MARA

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages