Permohonan Kolej Vokasional: Semakan Kemasukan 2020

Semakan borang Permohonan Kolej Vokasional 2020 KV dan tarikh pendaftaran Kemasukan Sekolah Teknik bagi pelajar tingkatan 4

semakan keputusan permohonan tawaran kolej vokasional kv 2020

Permohonan kv dan kemasukan Teknik sesi ambilan tahun  depan sudah boleh dibuat secara online.

Ia boleh dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan sepertimana yang telah kami kongsikan seperti di bawah ini

Permohonan Kolej Vokasional dan permohonan Teknik ini khusus kepada pelajar Tingkatan 3 lepasan Pentaksiran PT3 untuk kemasukan Tingkatan 4, Program Asas Vokasional (PAV), PBS yang berminat untuk memasuki teknik vokasional dan mengambil aliran kv bagi menengah atas.

Segala maklumat dari permohonan, syarat kemasukan sehinggalah ke semakan keputusan seperti yang dikongsikan di bawah

Borang Permohonan Kolej Vokasional 2020

Pemohon boleh menyemak tarikh permohonan dibuka dan ditutup beserta info-info permohonan dan pendaftaran vokasional dan teknik menerusi maklumat di ruangan bawah ini.

PERKARA PAUTANNYA
Tarikh PermohonanOktober 2019
Tarikh tutup permohonanDisember 2018
Borang permohonan KV dan Sekolah Menengah Teknikhttps://sptv.moe.gov.my/

Untuk makluman Permohonan ini hendaklah dibuat berdasarkan aliran pelajar Tingkatan 3 itu sendiri.

  • Aliran PAV (Program Asas Vokasional), Permohonan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 yang mengikuti dan mengambil PAV
    (i) Semak syarat am untuk mengikuti Program Kemahiran
    (ii) Semak panduan am untuk mengisi borang permohonan
  • Aliran Perdana / Agama / Akademik,Permohonan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
    (i) Semak syarat am untuk mengikuti Program Vokasional dan Sekolah Teknik
    (ii) Semak cara-cara bagaimana mengisi borang permohonan:
  • Setelah permohonan mengikut aliran pelajar telah dipilih, sistem permohonan boleh terus diakses dengan mengisi No IC pada ruangan yang diminta.
  • Jika sistem tidak dapat diakses oleh pemohon, Aplikasi Pangkalan Data Murid apdm kehadiran murid hendaklah pihak berwajib kemaksini. Guru atau pihak sekolah mesti dimaklumkan berkenaan hal ini

Syarat Kemasukan

semakan keputusan permohonan tawaran sekolah teknik 2020

  • Pelajar hendaklah berwarganegara Malaysia
  • Pemohon adalah pelaja Tingkatan 3
  • Pemohon mesti sihat tubuh badan dan sesuai fizikal
  • Pemohon tidak mempunyai penyakit kronik

Soalan Umum Permohonan

Bagi anda yang berminat untuk masuk dan daftar kv bagi meneruskan pengajian menengah atas jika anda lebih menjurus kepada kemahiran dan praktikal.

KV boleh mendidik dan memupuk anda untuk mengembangkan bakat anda dan seterusnya menjadi pekerja berkemahiran tinggi.

Manakala Sekolah Menengah Teknik pula pelajar akan diajar subjek-subjek kejuteraan khususnya, subjek teknikal seperti lukisan dan juga subjek-subjek sains tulen. Jadi, di sini anda sudah mempunyai asas sains dan kejuteraan bagi yang bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuteraan.

Semakan Keputusan

Tarikh semakan kolej vokasional dan keputusan sekolah teknik 2020 ini boleh digunapakai untuk kemasukan sesi yang akan datang.

PERKARAPAUTANNYA
Tarikh buka semakanJanuari 2020
Tarikh semakan ditutupJanuari 2020
Pautan Rasmi Untuk semakanhttps://sptv.moe.gov.my/
Tarikh PendaftaranTarikh pendaftaran masuk untuk ke Kolej dan Sekolah Teknik dijangka pada minggu keempat Januari 2020

Hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 5&6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

– Tel : 03 – 8884 5154
– Faks : 03 – 8884 5033
– Emel : [email protected]

Permohonan Rayuan

Jika anda telah menyemak keputusan tawaran anda, dan keputusan yang diperoleh adalah tidak berjaya, usah bersedih dengan keputusan.

Sebaliknya anda masih mempunyai peluang untuk membuat permohonan rayuan masuk. Ini kerana anda hanya perlu berkunjung atau walk in sahaja untuk membuat rayuan anda berdasarkan kekosongan tempat yang ada, dan pemilihan rayuan juga diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Calon di institusi pengajian yang terbabit.

  • Tarikh buka rayuan : Anda hanya perlu walk in sahaja sepanjang tarikh rayuan dibuka
  • Tarikh semakan dibuka : akan dikemaskinikan
  • Tarikh semakan ditutup : akan dikemaskinikan

Lagi Info Rayuan

  1. Lokasi untuk memohon rayuan walk in adalah di mana-mana kolej dan sekolah teknik yang ada di seluruh Malaysia.
  2. Calon rayuan adalah dinasihatkan untuk membawa dokumen dan butiran penting mengenai diri dan akademik anda termasuklah salinan IC anda; salinan keputusan peperiksaan; sijil-sijil berkaitan yang diperoleh serta surat rasmi yang ditulis yang meliputi pilihan kursus serta institusi untuk rayuan yang dibuat.
  3. Calon amat digalakkan untuk membawa segala dokumen yang dinyatakan bagi menunjukkan anda betul-betul berminat untuk masuk ke institusi tersebut

Sekolah Teknik Terbaik

  1. Sekolah Teknik Bukit Piatu, Melaka
  2. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor
  3. Sekolah Teknik Kuala Lumpur, KL
  4. Sekolah Alor Setar, Kedah
  5. Sekolah Kuantan, Pahang
  6. Sekolah Sejingkat, Sarawak
  7. Sekolah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang Penang
  8. Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan
  9. Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu, Terengganu

Akhir sekali, “tepuk data tanya selera” , terpulang kepada anda semua untuk memilih aliran yang mana hendak diambil membuat kajian kebaikan dan keburukannya.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Scroll to Top