Semakan Daftar Kiss selangor 2022 dengan hantar borang permohonan online baru di bawah dan semak bagaimana cara dapatkan bantuan kad kasih ibu smart selangor dengan RM200 Sebulan. Teruskan membaca…
Belum ada lagi mana-mana negeri yang menawarkan program dan skim sebegini kepada golongan ibu.
Kerajaan Selangor melihatkan yang golongan ibu hari ini harus dibantu kerana golongan yang sering berhadapan deretan harga barang yang terus naik dan naik pada hari ini.
Antara kelompok sasaran melibatkan kaum ibu, ia mestilah datang dari keluarga yang mana gaji dan pendapatan rendah iaitu RM2,000 dan ke bawah yang ingin kerajaan Selangor bantu. Nama program ini dinamakan, Skim Kasih Ibu Smart Selangor.
Dengan bantuan RM200 setiap yang diberikan dibayar oleh kerajaan membantu sedikit sebanyak golongan ibu di Selangor beli barangan dapur seperti sayur, minyak masak, beras, tepung, gula, milo dan susu setiap bulan
Senarai Kandungan Penting:
Borang Permohonan Bantuan Kiss Selangor 2022 Online
1. Sebelum itu, anda perlu pastikan anda melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Selangor.
- Semestinya ada merupakan warganegara Malaysia yang sah
- Anda mesti telah tinggal lebih dari 10 tahun di Selangor
- Berdasarkan semakan daftar pemilih pilih raya online, menunjukkan yang anda merupakan pengundi di negeri Selangor
- Anda merupakan seorang isteri ataupun ibu tunggal yang ada tanggungan di bawah umur 21 tahun
- gaji pendapatan isi rumah anda tidak lebih RM2 ribu sebulan
2. Selepas itu, apa yang perlu anda lakukan adalah anda pergi Pejabat ahli parlimen anda atau Pejabat ahli dewan undangan negeri (ADUN) anda ataupun pejabat Ketua Kampung anda utnuk mengambil borang pendaftaran ini. Anda isi dan penuhkan dengan maklumat yang diperlukan dan hantar semula kepada mereka untuk diproses permohonan anda
3. Bagi yang mahu hantar borang permohonan kiss online, boleh dipersilakan. KLIK pada pautan di bawah ini:
- Pautan dan Akses daftar kiss borang Permohonan bantuan ibu tunggal selangor: https://www.kiss.com.my online 2021
4. Anda akan dimaklumkan jika permohonan kad kasih ibu smart selangor anda berjaya diproses dan ini akan diberikan anda untuk mula digunakan.
Anda boleh gunakan dan belanjakan di mana sahaja tidak kira di kedai atau shopping complex. Tapi pastikan tidak lebih RM200 setiap bulan
Semakan Kiss Selangor Lulus atau Tidak
Cara semak kelulusan kiss selangor lulus atau tidak boleh dilakukan online melalui link pautan ini, https://kiplepay.com
Senarai Kedai / Shopping Mall di Selangor
- Pusat pakaian hari hari di Selangor
- KK Super Mart di Selangor
- Econsave di Selangor
- KK Mart di Selangor
- Seven Star Mini Market di Selangor
Video Pengumuman Exco Selangor

Soalan Lazim & FAQ
1) Bagaimana cara semak baki kad kiss selangor
Ketika di kaunter pembayaran, boleh serahkan kad anda kepada jurujual untuk bantuan anda semak baki kad sebelum menebus
2) Mengapa kad kiss tidak boleh digunakan
Ada pelbagai sebab. Cara yang paling mudah, anda boleh terus hubungi SELCARE Management Sdn Bhd yang menguruskannya dengan hubungi di nombor 1800-22-6600 / emel ke admin@selcare.my
P/S : Warwarkan berita baik ini di Facebook dan Whatapps anda kepada mak cik-mak cik dan emak anda sendiri jika mereka layak, supaya mereka tidak terlepas pandang skim bantuan kiss selangor yang cukup baik ini