≡ BACK

Permohonan IPG 2019 : 6 Cara Lulus dan Dapat Tawaran PISMP

6 Cara Lulus Berjaya Permohonan IPG Secara Online

Dahulu dipanggil maktab perguruan. Sekarang ini Institut Pendidikan Guru Malaysia IPG. Jadi, bagi lepasan SPM yang mahu bergelar guru boleh hantar permohonan IPG untuk pengajian di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

permohonan ipg

Tetapi bukan mudah sebenarnya. Setiap tahun ada berpuluh ribu yang berminat. Jadi anda perlu pastikan yang anda benar-benar minta dan berkelayakan untuk bergelar guru.

Di bawah program PISMP anda berpeluang untuk bergelar guru sekolah rendah kelak berdasarkan bidang pengkhususan yang telah diberikan kepada anda.

Mypt3 doakan semoga permohonan online yang anda hantar dipermudahkan. Negara perlukan khidmat anda. Jadilah guru yang terbaik untuk bangsa dan negara

Sebelum Hantar Permohonan IPG Perlu Semak Tips Ini

PERKARAPAUTAN
Akses Portal Rasmi Permohonan secara onlineKLIK SINI
Program dan Kursus yang ditawarkan PISMPKLIK SINI

 

1) Elak Duplikasi

Anda perlu ketahui yang mana permohonan IPG secara online hanya perlu hantar sekali sahaja. Tak perlu hantar sehingga banyak kali permohonan.

Sebaliknya, anda hanya perlu kemaskini pada permohonan yang telah anda hantar pada bila-bila masa sahaja

2) Maklumat Mesti Tepat

Untuk berjaya dan lulus untuk permohonan IPG anda jangan sesekali menipu maklumat mengenai diri anda dan keputusan peperiksaan anda.

pismp

Berikan maklumat selengkap dan setepat mungkin untuk mengelakkan permohonan anda ditolak bulat-bulat

3) No Rujukan Penting

Jangan sesekali anda hilang nombor rujukan permohonan. Ini kerana ia sangat penting semasa anda melakukan semakan permohonan IPG kelak.

4) Perlu Tahu Tarikh penting

Selepas anda hantar permohonan, Jangan sesekali terlepas tarikh penting seperti tarikh temuduga dan tarikh ujian kelayakan calon guru (UKCG).

5) Cermin diri anda dahulu

Untuk bergelar seorang guru, anda perlu pastikan anda benar-benar minta, bukan ikut-ikut orang. Ini kerana tugasan guru adalah tugasan yang cukup murni untuk mendidik anak bangsa.

Dan dalam pada masa yang sama anda perlu semak bidang pengkhususan sesuai dengan syarat kemasukan ipg berdasar kelulusan yang anda terima.

6) Perlu Pengesahan Permohonan

Permohonan anda tiada gunanya selagi anda tidak tekan butang pengesahan selagi mana ia tidak melepasi tarikh tutup permohonan

Senarai Institut Pendidikan Guru di Malaysia

Boleh semak 27 senarai Institut Pendidikan Guru dan kursus yang ditawarkan sebagai yang tersenarai di bawah ini untuk semakan dan rujukan pihak anda.

 No Senarai PISMP di Malaysia
1Kampus Bahasa Melayu Malaysia Lembah Pantai KL
2Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai Kuala Lumpur
3Kampus Ilmu Khas Cheras KL
4Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor
5Kampus Teknik Cheras Selangor
6Kampus Darul Aman Jitra Kedah
7Kampus Ipoh Perak
8Kampus Perlis Kangar
9Kampus Pulau Pinang
10Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah
11Kampus Tengku Bainun Seberang Perai Pulau Pinang
12Kampus Perempuan Melayu Durian Daun Melaka
13Kampus Raja Melewar Seremban Negeri Sembilan
14Kampus Tun Hussein Onn Johor
15Kampus Tengku Ibrahim Johor Bharu
16Kampus Dato Razali Ismail Kuala Terengganu
17Kampus Kota Bharu Kelantan
18Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu
19Kamous Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang
20Kampus Batu Lintang Kuching Sarawak
21Kampus Gaya Kota Kinabalu Sabah
22Kampus Keningau Sabah
23Kampus Kent Sarawak
24Kampus Rajang Sarawak
25Kampus Tawau Sabah
26Kampus Miri Sarawak
27Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Semakan IPG 2019 : Semak Keputusan PISMP Masuk Institut Pendidikan Guru Cara Semakan IPG bagi Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Lepasan SPM Impian untuk menjadi bakal jadi guru tinggal selangkah sahaja lagi tatkala ke…
Koleksi Contoh Soalan Medsi Terbaik : Bantu Anda Lulus Koleksi Contoh Soalan Medsi Terbaik : Bantu Anda Lulus Jikalau anda mahu bergelar jadi guru di Malaysia, bukan mudah selangi anda tidak melepasi ujia…
BPPT 2019 : Semakan Permohonan Anda Layak atau Tidak Bantuan RM100 Bank Rakyat BPPT 2019 : Semakan Permohonan Anda Layak atau Tidak Bantuan RM100 Ramai sebenarnya kalangan pelajar pengajian tinggi di Malaysia yang be…