Permohonan ILP ADTEC JMTI : Borang Kemasukan Januari dan Julai 2019

Borang Permohonan ILP ADTEC JMTI sesi Kemasukan Januari 2019 dan Julai 2019

Jika anda sedang tercari cari untuk sambung belajar bagi lepasan SPM, Institut Latihan Jabatan tenaga Manusia (ILJTM) sedang menawarkan tempat untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

permohonan ilp

Modul pembelajaran yang disediakan Institut Latihan Jabatan tenaga Manusia sangat memenuhi keperluan industri untuk keperluan tenaga kerja hari ini yang diperlukan majikan.

Jadi, jangan sesekali lepaskan peluang keemasan ini. Ada beberapa insitusi berada di bawah Institut Latihan Jabatan tenaga Manusia antara lain adalah ILP, ADTEC, JMTI. Kemasukan ke ILP, ADTEC, JMTI ada 2 sesi setiap tahun iaitu kemasukan Januari 2019 adan juga kemasukan Julai 2019.

Yang bagusnya di setiap negeri termasuk Melaka, negeri Sembilan, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Johor, Pahang ada cawangan bagi memudahkan untuk anda sambung belajar di sana.

Butirannya Permohonan ILP ADTEC JMTI

1) Anda boleh hantar borang permohonan ILP ADTEC JMTI online melalui pautan sistem UPU online seperti di bawah ini

2) Berdasarkan semakan kami, tarikh permohonan ILP ADTEC JMTI kemasukan Januari 2019 dan juga kemasukan Julai 2019 dikongsikan di bawah ini :

  • Kemasukan Januari 2019 : Bulan September 2018 hingga Oktober 2018
  • Kemasukan Julai 2019 : Bulan Februari hingga April 2019

KLIK SINI : Permohonan GiatMara (Pengambilan Kursus Kemahiran Minimum 6 Bulan)

3) Syarat kemasukan ke ILP ADTEC JMTI mudah sahaja. Asalkan umur anda berada pada lingkungan 17 hingga 35 tahun anda layak untuk mohon belajar.

4) Institut Latihan Jabatan tenaga Manusia menawarkan banyak kursus teknikal seperti Mekanikal, elektrik dan elektronik, teknologi maklumat, sivil dan bangunan dan lain-lain yang diperlukan oleh industri di Malaysia hari ini baik diperingkat sijil, diploma dan juga diploma lanjutan. hakikatnya boleh dikatakan hampir 90 peratus pelajar lepasan ILJTM dapat kerja.

Semoga nama anda melalui Permohonan ILP ADTEC JMTI yang anda hantar dipilih untuk dibenarkan sambung belajar di sana. Semoga berjaya.

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...