Permohonan kemasukan ke GiatMara 2023 Pengambilan Kursus Kemahiran Minimum 6 Bulan & ini bayaran yuran pendaftaran kemasukan giatmara

Kepada yang dapat keputusan peperiksaan yang biasa-biasa sahaja, dan tidak minat lagi untuk belajar pembelajaran yang berunsur akademik semata, boleh cuba untuk hantar permohonan online. Yang menarik, ia menawarkan pelbagai kursus kemahiran jangka masa pendek samada tempoh kursus giatmara selama 6 bulan atau 12 bulan kepada pelajar yang berminat.
BACA SINI: Berapa yuran kolej profesional mara kpm mara
Daripada kursus jahitan, belajar komputer, senibina, kulinari, sehinggalah buat rumah. Semuanya ditawarkan kepada anda yang berminat baik cawangan giatmara di Melaka, Kuala Lumpur Kl, Sabah Sarawak Perlis Pulau Pinang Penang Kedah Selangor Negeri Sembilan Johor Pahang Terengganu Kelantan Perak dan Labuan. Belajar seperti biasa, macam waktu bekerja juga. Daripada pagi sampai petang.
Untuk anda yang bekerja tetapi mahu mendalami pada hujung minggu kemahiran lain yang ditawarkan di sini pada hujung minggu, malangnya ia tidak ditawarkan pada hujung minggu.
Permohonan Giat Mara Malaysia 2023
Yang bagusnya seawal umur 15 tahun sudah boleh masuk ke institusi kemahiran ini. Tiada had umur untuk masuk belajar. Yang pentingnya anda minat untuk belajar kemahiran untuk menambah untuk siri anda
- BACA SINI >> sspn prime interest rate 2023
- BACA SINI >> Semakan Bantuan Yapeim 2023: Pelajar Sekolah RM500 & IPT RM1K
- BACA SINI >> Mybrain 2023: Biasiswa Sudah Dibuka atau Belum
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Permohonan giatmara online | http://giatmara.edu.my |
Senarai Kursus Giatmara 2023 | giatmara.edu.my |
Anda boleh juga try juga satu lagi institusi kemahiran, mohon permohonan kolej komuniti atau permohonan ilp dengan mudah
Syarat Kemasukan Giat Mara
- Tubuh badan anda mestilah dalam keadaan sihat
- Anda mestilah terdiri daripada kumpulan bumiputera di Malaysia
- Anda mesti ada kebolehan asas seperti membaca menulis dan memang minat untuk belajar di pusat giat mara malaysia
- Umur anda mesti 15 tahun dan ke atas. Orang tua termasuk
- Umur 60 tahun pun boleh masuk. Tiada had umur
- Mesti ada minat mendalam dengan kursus giat mara yang anda mohon
Kelebihan Permohonan GiatMara 2023
1) Tahukah anda, sepanjang tempoh pengajian dan pembelajaran di GiatMara 2023, anda akan menerima duit bantuan elaun belajar di giatmara setiap bulan sebanyak RM200
Jikalau anda tinggal berdekat dengan pusat pengajian, Mypt3 boleh katakan ianya berbaloi
Tetapi jikalau yang tinggal di luar kawasan dengan RM200 yang diberikan anda perlu menguruskan kewangan tersebut sebaiknya untuk bayar tempat tinggal, pengangkutan, dan makan minum anda setiap hari
2) Anda akan menerima latihan yang sesuai dengan pasaran dan kehendak majikan hari ini.
Boleh dikatakan majoriti yang keluar dari sini, senang dapat kerja.
Yuran Bayaran Kemasukan Giatmara 2023

Kepada yang bertanya kepada berapa bayaran kemasukan ke giat mara? Ini jawapan untuk anda.
Untuk yang dapat pengajian untuk 6 bulan lamanya, anda akan kena bayar yuran giat mara pada kadar yang sangat-sangat rendah dan murah
- yuran pendaftaran giatmara sejumlah RM365
- 2 helai baju t shirt warna biru yang sering kali anda nampak. Yang ini berharga RM60 untuk 2 helai.
- Nah itu sahaja.
Senarai Kursus GiatMara 2023
- Kursus Servis Tayar
- Kursus Motosikal Berkuasa Tinggi
- Kursus Automotif
- Kursus Cat kereta
- Kursus Baikpulih Kereta, Motor / Motosikal, Lori, Bas, Van
- Kursus Teknologi 3D Animasi
- Kursus Fotografi
- Kursus Percetakan
- Kursus Graphic Design dan Advertising / Pengiklanan
- Kursus Videografi dan Kesan Visual
- Kursus Seni Landskap
- Kursus Maintenance Bangunan / Building
- Kursus Senibina
- Kursus Pembuatan Perabot
- Kursus Interior Design / Rekaan Dalaman
- Kursus Mekanikal
- Kursus Teknologi Kimpalan
- Kursus Servis Penyaman Udara / Aircond
- Kursus Kulinari
- Kursus Buat / Masak Kek
- Kursus Buat Air / Beverage
- Kusus Buat Pastri Perancis
- Kursus Buat Roti
- Kursus Early Childhood / Pendidikan Awal Kanak kanak
- Kursus Terapi dan Kecantikan
- Kursus Gaya Rambut / Potong Rambut
- Kursus Jahit Baju / Pakaian Lelaki & Perempuan
- Kursus Fabrik
- Kursus Elektronik
- Kursus Elektrik
- Kursus Mekatronik
- Kursus Audio Visual
- Kursus Wiring
- Kursus Solar
- Kursus Komputer
Soalan Lazim & FAQ
1. Tempoh kursus
Antara 6 bulan hingga 12 bulan
P/S : Mypt3 boleh katakan jikalau anda masih tidak dapat kerja, kemahiran yang ditawarkan di sini memberikan nilai tambah kepada diri anda bagi memudahkan anda melangkah ke alam pekerjaan selepas ini. Yang belum mohon jom daftar kursus jangka pendek percuma 2023 ini.
PP/S : Tawaran istimewa, sekarang ini dibuka kursus menjahit / jahitan percuma anjuran giatmara untuk kursus separuh masa