Cuti Hari Malaysia 2023: Sejarah Pembentukan 16 September 1963

Cuti Hari Malaysia 2023: Sejarah Pembentukan Malaysia 16 September 1963

Pembentukan cuti hari malaysia 2023 16 September 1963

Tanggal 16 September 1963 adalah merupakan tarikh keramat bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

BACA SINI >> Maksud 5 Prinsip rukun negara Malaysia

Ini kerana pada tarikh 6 September 1963 telaha berlakunya satu peristiwa penting di mana berlakunya pembentukan, pengisytiharan penubuhan Malaysia menjadi sebuah negara baharu. Bagi mengingati sejarah peristiwa 16 September 1963, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.

Yang menariknya sekarang ini kerajaaan malaysia telah mengumukan tarikh 16 September adalah cuti umum (public holiday) di Malaysia.

Sejarah Cuti Hari Malaysia 2023

Sejarah pembentukan Malaysia bermula dengan hasrat Tunku Abdul Rahman Sejarah hari cuti malaysia pada 16 September diumumkan sebagai public holiday oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pada Oktober, 2009.

TAHUNHARISAMBUTAN
2023JUMAATMELAKA (SAMBUTAN PERINGKAT KEBANGSAAN)

Pengumuman ini diumumkan di dalam Dewan Rakyat sebagai mengiktiraf pengisytiharan persekutuan malaysia selepas Sabah dan Sarawak menyertainya.

Sejarah Pembentukan Malaysia

1. Faktor Faktor Pembentukan Malaysia

Sejarah pembentukan persekutuan malaysia bermula dengan hasrat Tunku Abdul Rahman yang ingin

  • Membantu membebaskan Sabah, Sarawak dan Singapura daripada penaklukan komunis.
  • Beliau ingin menyatukan Tanah Melayu bersama tiga wilayah tersebut menjadi sebuah negara yang merdeka.

Disebabkan sebab sebab pembentukan malaysia inilah yang menguatkan semangat Tunku Abdul Rahman merealisasikan idea tarikh penubuhan negara malaysia.

2. Latar belakang Pembentukan Malaysia

Tempoh diantara 1957 sehingga 1963 merupakan tempoh genting bagi Persekutuan Tanah Melayu kearah penubuhan Malaysia.

Pelbagai usaha, perjumpaan dan rundingan diadakan bagi mencapai penubuhan sebuah negara baru yang dinamakan Malaysia yang merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Setelah tampuk kepimpinan Tanah Melayu jatuh ke tangan Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957, beliau berpendapat bahawa terdapat peluang untuk memulakan langkah langkah pembentukan malaysia dengan menyatukan wilayah-wilayah berdekatan Tanah Melayu seperti Sabah, Sarawak dan Singapura boleh disatukan di bawah satu negara yang mempunyai gerakan ekonomi dan sosial yang sama.

3. Cadangan Pembentukan Malaysia

Hasrat dan idea pembentukan malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ini telah diutarakan pada 27 Mei 1961 di Hotel Adelphi, Singapura.

4. Reaksi Sabah Terhadap Pembentukan Malaysia

Hasratnya itu disambut baik oleh Perdana Menteri Singapura dan pihak British, namun ditentang oleh Sabah dan Sarawak.

Pada 23 Julai 1961, satu Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia yang diketuai oleh Donald Stephen telah mengadakan mesyuarat bagi menyokong penubuhan Malaysia ini.

Proses pembentukan malaysia ini berlaku dengan penuh dramatik yang melibatkan campur tangan dan suara orang ramai. Banyak isu terutamanya isu politik telah timbul sepanjang tempoh ini.

5. Suruhanjaya Cobbold Dibentuk Pada 17 Januari 1962

Seterusnya, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962. Tujuan penubuhan suruhanjaya cobbold adalah bertanggungjawab memasukkan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.

Pelbagai tekanan telah berlaku sepanjang Suruhanjaya itu ditubuhkan antaranya ialah tekanan daripada pihak British terhadap masyarakat tempatan supaya menentang kemasukan ke dalam Malaysia.

Pada Julai 1962, satu kata sepakat telah dicapai selepas melihatkan kepentingan pembentukan malaysia melalui kerangka yang lebih besar dilihat antara Perdana Menteri Tanah Melayu dan Perdana Menteri Singapura melalui satu rundingan damai.

6. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia

Hasil kata sepakat itu membawa kepada termeterainya satu perjanjian iaitu Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura di London bagi membentuk satu gagasan pembentukan malaysia.

7. Tarikh Penubuhan Malaysia

YouTube video

Akhirnya, pada tarikh yang penuh bersejarah, 16 September 1963 malaysia, pengisytiharaan tarikh pembentukan malaysia telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka yang disaksikan oleh 30,000 rakyat.

  • Upacara ini turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Singapura.
  • Laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman menandakan kejayaan dalam membentuk semua negara yang baru.

Penubuhan Malaysia ini merupakan satu usaha yang sangat rumit yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan, bak kata pepatah Melayu, “Tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak”.

Rajah di bawah menunjukkan suasana 16 September 1963 yang merupakan tarikh pengisytiharan malaysia yang penuh gilang gemilang dan tercatat sejarah sehingga ke hari ini.

tarikh pembentukan malaysia

Proses & Langkah langkah Pembentukan Malaysia di London

Pada awal tahun 1956, satu rombongan Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri ke London bagi berunding isu kemerdekaan Tanah Melayu.

Rombongan itu disertai oleh wakil dari Parti Perikatan terdiri daripada:

  1. Tunku Abdul Rahman
  2. Tun Abdul Razak Hussein
  3. Tun Dr. Ismail Abdul Rahman
  4. Tun H.S Lee
  5. Wakil dari Raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz bin Othman, Dato’ Mohd. Seth dan Dato’ Nik Ahmad Kamil.

Rundingan kemerdekaan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British.

Keputusan yang disepakati hasil daripada rundingan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani Perjanjian London 1949.

Kandungan yang termaktub di dalam Perjanjian London 1949 ini, antaranya ialah kedua-dua pihak bersetuju untuk menetapkan:

  1. Tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh rasmi bagi kemerdekaan Tanah Melayu
  2. Perlantikan suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Merdeka
  3. Parti Perikatan tidak masuk campur di dalam urusan perniagaan Barat di Tanah Melayu
  4. Mewujudkan Perjanjian Pertahanan Persekutuan Tanah Melayu bertujuan menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu
  5. konsep Raja Berperlembagaan diteruskan
  6. Kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikekalkan. 

Dengan termeterainya Perjanjian London 1949, rombongan Merdeka membawa berita gembira disambut dengan meriah apabila pulang ke Tanah Melayu.

Kenapa Brunei Keluar Dari Malaysia

Penyertaan Brunei untuk bergabung bersama wilayah-wilayah lain seperti Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara Malaysia ditolak mentah-mentah kerana beberapa alasan yang diberikan oleh Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddien III.

Isu hasil minyak menjadi faktor utama penolakan Brunei menyertai Penubuhan Malaysia.

Sultan Brunei berpendapat bahawa negaranya mampu berdiri sendiri dengan bantuan pihak Britain tanpa perlu menyertai negara lain. 

  1. Faktor utama yang menjadikan isu penolakan Brunei terhadap penyertaan Penubuhan Malaysia menjadi semakin hangat apabila melibatkan hasil minyak yang perlu dikongsi dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  2. Kerajaan Brunei tetap berkeras untuk tidak menyertai Malaysia disebabkan oleh keinginan mereka untuk menguasai dan mengawal secara kekal hasil bumi dan semua pendapatan daripada minyak.
  3. Cadangan Penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ditolak sekeras-kerasnya apabila Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa pihak Persekutuan Tanah Melayu menegaskan pendapatan hasil minyak oleh Kerajaan Brunei perlu diberikan kepada kerajaan Persekutuan sepuluh tahun (10) selepas kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.
  4. Sultan Omar Ali Saifuddien III berpendapat jika hasil ini diserahkan kepada kerajaan Persekutuan, penaklukannya terhadap hasil minyak akan terjejas dan ekonominya juga akan tergugat.
  5. Antara faktor lain penolakan Brunei dalam menyertai Malaysia ialah kedudukan Kesultanan Brunei yang diletakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.
  6. Sultan Brunei tidak bersetuju kedudukannya diletak di bawah sekali kerana beliau menginginkan kedudukan yang lebih tinggi.
  7. Beliau juga enggan menukar kuasa penuh beliau semata-mata untuk menjadi raja dalam perlembagaan. Beliau berpendapat jika Kerajaan Brunei bersatu memasuki Malaysia, kedudukannya sebagai Sultan Brunei akan terjejas. 

Oleh itu, beliau memutuskan untuk tidak menganggotai Malaysia.

Ini jelas menunjukkan sebab penolakan kerajaan Brunei terhadap penyertaan menyertai Penubuhan Malaysia.

Bagi mereka, hanya sedikit faedah yang akan mereka dapat jika menyertai Malaysia sebagaimana dijelaskan pada rajah di bawah ini.

kenapa brunei keluar malaysia

Sebab Singapura Keluar Malaysia

Pada tanggal 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan dan mengisytiharkan bahawa Penubuhan Malaysia terdiri daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Kesemua wilayah-wilayah ini telah mencapai satu kata sepakat untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.

Namun, keanggotaan Singapura tidak kekal lama. Singapura mula bertindak untuk berpisah daripada menyertai Malaysia.

1. Faktor Singapura Keluar Malaysia: Cukai

Antara faktor Singapura keluar Malaysia adalah disebabkan oleh masalah ekonomi, masalah politik, isu perkauman dan konsep “Malaysia Malaysia”.

Masalah ekonomi yang dihadapi oleh Singapura tercetus apabila melibatkan pemungutan hasil cukai.

Mengikut perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak antara Persekutuan dan Singapura ialah hasil cukai yang dikutip dibahagikan dengan kadar 60 peratus diberikan kepada Singapura dan 40 peratus diberikan kepada kerajaan persekutuan.

Isu cukai ini tercetus apabila berlakunya konfrontasi antara Indonesia, kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk mengkaji semula agihan hasil cukai dengan menetapkan Singapura menyerahkan 60 peratus hasil cukai kepada kerajaan persekutuan. Ini adalah antara sebab utama faktor pemisahan Singapura dari malaysia

Hal ini membangkitkan kemarahan pemimpin Singapura. Kesannya, hubungan antara Kuala Lumpur dan Singapura menjadi tegang sehingga melahirkan rasa kebimbangan Tunku Abdul Rahman.

Hal ini berlanjutan sehingga menyebabkan Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat berkenaan isu pemisahan Singapura daripada Malaysia seperti pada keratan akhbar pada Rajah di bawah.

singapura keluar malaysia

2. Sebab Singapura Keluar Dari Malaysia: Politik

Selain itu, isu politik juga menjadi penyebab kepada perpisahan Singapura daripada Malaysia.

Ianya bermula apabila PAP berjanji untuk hanya bergiat aktif di Singapura sahaja dan tidak bercadang untuk terlibat dalam pilihanraya Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun penubuhannya.

Namun, berlaku sebaliknya, PAP telah memungkiri janji dan menyertai Pilihan Raya 1964.

Sewaktu pilihanraya tersebut PAP telah menentang Parti Perikatan serta berhasrat untuk mewakili Cina dalam kerajaan bagi menggantikan MCA.  

Hasil daripada masalah politik yang berlaku ini, isu perkauman telah merancakkan lagi pertikaian tersebut.

Tunku Abdul Rahman telah menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatannya yang tidak memberi kesan kepada kerajaan atas alasan kerana pertubuhannya yang masih baru.

Menurut Tunku, penglibatan PAP boleh menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu serta hubungan antara parti UMNO dan MCA.

Akibat daripada perselisihan faham tersebut, hubungan antara PAP dan UMNO semakin renggang.

Isu ini berbangkit apabila orang Melayu mula merasakan hak mereka terabai dan Singapura tidak mengambil peduli akan kebajikan orang Melayu di Singapura sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.

Oleh itu, Tunku Abdul Rahman ditemui oleh beberapa pertubuhan yang mewakili orang Melayu di Singapura bagi menyuarakan isu ini. Ini telah menyebabkan berlakunya rusuhan kaum yang berlaku di Singapura sehingga telah menggugat keselamatan negara.

3. Singapore Keluar Malaysia: Konsep Malaysia Malaysia

Akhir sekali, konsep “Malaysia Malaysia” yang diperjuangkan oleh pemimpin Singapura disambut kurang senang oleh pemimpin UMNO.

Konsep ini telah menafikan institusi Kesultanan Melayu dan mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Hal ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman merasakan Tindakan Singapura agak melampau jika dibiarkan. 

Akhirnya singapura keluar malaysia tahun 9 Ogos 1965, satu pengisytiharan telah dibuat bagi menyatakan bahawa Singapura tidak lagi berada di dalam satu negara yang sama dengan Persekutuan Malaysia.

3. Kesan Singapura Keluar Dari Malaysia

Apa kesan disebalik singapura keluar malaysia, anda boleh menilai sendiri melihatkan perkembangan secara keseluruhannya dari politik, sosial dan ekonomi Singapore

Soalan Lazim & FAQ

1. Bilakah tarikh penubuhan negara malaysia

16 September 1963

2. Bila tarikh sabah sarawak masuk malaysia

Juga pada 16 September 1963

3. Suruhanjaya cobbold dibentuk pada …..

Pada tarikh 17 Januari 1962

Semoga perkongsian rencan artikel ini membantu anda mendapatkan lebih kefahaman mengenai sejarah pnubuhan malaysia termasuk beberapa aspek seperti:

  1. Tujuan pembentukan malaysia
  2. Rasional idea pembentukan malaysia
  3. Reaksi pembentukan malaysia dikalangan Sabah Sarawak Singapura dan juga negara Brunei
  4. Antara cabaran pembentukan Malaysia
  5. Tarikh pengisytiharan malaysia

SUMBER: Universiti Malaysia

Apa Beza Hari Malaysia vs Hari Merdeka

Hari Malaysia dan Hari Merdeka merupakan dua peristiwa bersejarah yang sangat bermakna bagi rakyat Malaysia.

Banyak pengorbanan dan rundingan yang berlaku bagi mencapai kedua-dua hari penting ini.

Namun, terdapat perbezaan antara Hari Malaysia dan Hari Merdeka.

  • Hari Malaysia disambut pada 16 September pada setiap tahun di mana pengisytiharaan hari bersejarah ini di isytiharkan pada 16 September 1963.
  • Hari Malaysia yang dikecapi hari ini adalah merupakan hasil rundingan Perdana Menteri Tanah Melayu dalam menyatukan Tanah Melayu bersama-sama Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebuah negara baharu yang merdeka.
  • Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi menjayakan hasrat pergabungan wilayah-wilayah ini. T
  • ujuan menyatukan kesemua wilayah ini adalah kerana ingin membebaskan Sabah, Sarawak dan Singapura daripada pengaruh komunis yang sangat kejam pada waktu itu. 

Walaubagaimanapun, berbeza dengan Hari Merdeka. Hari Merdeka merupakan hari pembebasan Tanah Melayu daripada penjajahan British yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

Rakyat Malaysia akan menyambut hari bersejarah ini pada 31 Ogos setiap tahun dengan penuh gilang-gemilang. Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan bagi menjayakan usaha gigih tokoh-tokoh kemerdekaan dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. 

Bagi menjamin keselamatan dan keharmonian serta mencapai perpaduan kaum, kedua-dua hari penting iaitu Hari Merdeka dan Hari Malaysia diisytiharkan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia hasil daripada rundingan tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Sikap ini wajar dicontohi oleh semua rakyat Malaysia dalam memupuk sifat patriotisme dan cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia