Perintah Kawalan Pergerakan atau LockDown Malaysia

Maksud dan kesan pengumuman akta Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia covid 19 atau notis Lockdown negara malaysia seperti dalam akta polis 1967

akta perintah kawalan pergerakan malaysia

Melihatkan jumlah COVID-19 di Malaysia yang terus melonjak tinggi. Ditambah dengan golongan tabligh yang telah berhimpun secara beramai-ramai sekitar 14 ribu di Masjid Sri Petaling baru-baru, kerajaan tiada pilihan lain untuk membuat pengumuman yang cukup drastik. Pertama kali dalam sejarah negara Malaysia.

Dalam pada masa yang sama model ini dilihat telah berjaya di Dan negara kita tidak perlu sampai ke tahap malaysia isytihar darurat untuk mengekang wabak ini.

KLIK SINI: Download Contoh Surat Kebenaran Bekerja

Ini Kerana kerjasama rapat dan kecekapan Majlis Kelamatan Negara MKN bersama-sama dengan semua agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia telah daripada awal memerhati dan mengawasi secara dekat setiap masa penularan wabak ini di Malaysia. Ia telah membawa kepada pengumuman khas Perdana Menteri

15 Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia

Kami telah kumpulkan soalan soalan lazim dan FAQ yang sering ditanya sejak daripada pengumuman khas PM mengenai COVID 19 yang mahu anda mengikut perintah kawalan pergerakan Malaysia. Ada 15 persoalan dan pertanyaan kesemuanya yang boleh anda semak di bawah ini.

1) Adakah negara kita sekarang berada di bawah Malaysia lockdown atau partial lockdown?

Tidak benar sama sekali.

2) Adakah kerajaan mengarahkan perintah berkurung Malaysia?

Tidak juga. Kerajaan mengarahkan perintah kawalan pergerakan malaysia atau in English disebut sebagai ‘ Movement Control Order ‘

3) Berapa lama tempoh masa perintah ini?

Bermula 18 Mac 2020 bersamaan hari Khamis sehingga 31 Mac 2020 bersamaan hari Selasa

majlis keselamatan negara

4) Adakah restoran makanan segera seperti KFC, MCD, Pizza Hut dan kedai makan akan dibuka seperti biasa kepada umum?

Ya kedai makan dan restoran fast food akan buka seperti biasa, tetapi tidak dibenarkan sama sekali makan di sana. Hanya boleh pesan atau order untuk bawa balik (take away) sahaja yang dibenarkan

Atau anda boleh order terus makanan melalui perkhidmatan online yang ditawarkan oleh Grab Food ataupun Food Panda

5) Bagaimana pula dengan saya yang merupakan peniaga pasar malam?

Anda tidak dibenarkan berniaga pasar malam dalam tempoh yang ditetapkan seperti di atas

6) Saya tinggal di Johor Bahru tetapi bekerja di Singapura (Singapore), bolehkah saya pergi kerja?

Tidak boleh, Jabatan Imigresen Malaysia melarang anda sama sekali untuk anda pergi kerja ke Singapore dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia

perintah berkurung malaysia covid 19

7) Apa akta yang terlibat dengan perintah ini?

Perintah ini akan dikuatkuasakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia PDRM melalui apa yang terkandung dalam perintah kawalan pergerakan akta polis 1967 (SUMBER DOKUMEN boleh semak di sini)

8) Jikalau keluarga saya sepatutnya menganjurkan majlis perkahwinan, apa yang perlu saya lakukan?

Anda perlu batalkan majlis kahwin tersebut. Majlis akikah, majlis sunat anak pusat tidak dibenarkan. Sebarang majlis keraian tidak dibenarkan sama sekali

9) Selama tempoh perintah ini, saya hanya boleh keluar untuk tujuan apa?

  • Beli bungkus makanan
  • Beli ubat ubatan di farmasi
  • Pergi kerja di perkhidmatan yang dibenarkan kerajaan seperti, kerja bank, klinik swasta, klinik kesihatan, hospital, penjara, TNB, bomba, pelabuhan, syarikat air, Jabatan Imigresen Malaysia, pejabat pos, lapangan terbang, airport, syarikat media TV radio dan suratkhabar, syarikat yang menghasilkan, membekalkan dan menyimpan bekalan minyak pelincir dan minyak, balai polis, bursa saham Malaysia, syarikat minyak dan gas seperti Shell Petronas, syarikat penerbangan, meteorologi dan lain-lain lagi

10) Contoh larangan sepanjang perintah ini?

  1. Anda sama sekali tidak dibenarkan pergi ke luar negara untuk tujuan bercuti, melancong atau urusan kerja mahupun peribadi.
  2. Universiti awam, universiti swasta, kolej swasta, kolej komuniti dan sebagainya ditutup
  3. Sekolah ditutup
  4. Taska dan Tadika ditutup
  5. Masjid, Surau dan rumah ibadat kaum lain gereja, tokong, kuil ditutup
  6. Kedai nombir ekor Magnum, Sport Toto Damacai dan lain ditutup
  7. Kedai Gym ditutup
  8. Warung, pasar malam, uptown ditutup
  9. Kedai handbag, kedai emas, kedai kasut, kedai pakaian ditutup
  10. Kelab malam, bar, pusat urut dan spa, pusat snooker, pusat hiburan lain, taman tema Genting, Sunway Lagoon dan lain-lain lagi ditutup
  11. Pejabat swasta kena tutup kecuali senarai yang diberikan di atas (Jawapan No 9)
  12. Pejabat kerajaan kena tutup kecuali senarai yang diberikan di atas (Jawapan no 9)
  13. Tidak boleh keluar negara
  14. Sebarang perhimpunan tidak dibenarkan

11) Saya masih tidak jelas premis swasta tidak dibenarkan buka sepanjang perintah ini?

Jika anda kakitangan atau majikan syarikat yang berunsur photostot dan printing, pengiklanan, syarikat audit dan cukai, syarikat IT, syarikat kontraktor bina rumah, syarikat tukang besi dan welding, workshop dan bengkel kereta mahupun motosikal, semua ini perlu ditutup sepanjang tempoh perintah ini

partial lockdown malaysia

12) Adakah benar bekalan makanan akan habis tidak lama lagi disebabkan ada yang membuat pembelian panik?

Tidak kira anda beli makanan dan barang di Mydin, Jaya Grocer, Tesco, Aeon, Speedmart dan lain-lain lagi anda sama sekali dinasihatkan supaya jangan beli secara panik. Kerajaan memberikan jaminan bekalan makanan akan tersedia untuk anda pada bila-bila masa.

Dalam pada masa yang sama beberapa pusat membeli belah sudah pun menyediakan pesanan barang secara online dari shopping complex melalui sistem tesco online, Happyfresh dan lain-lain lagi. Jadi tidak perlu risau

13) Benarkah pihak Polis Diraja Malaysia telah menarik semula arahan perintah larangan keluar negeri?

Ya, benar tiada sekatan lagi. Ini selepas melihat ramai yang datang secara berpusu-pusu di setiap balik polis di negeri negeri Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk tujuan mengambil borang kebenaran keluar negeri di Malaysia.

14) Nasihat Mypt3 kepada semua rakyat Malaysia sepanjang tempoh perintah ‘ movement control order ‘?

Kami harapkan semua ikut perintah dan arahan kerajaan. Hanya keluar untuk tujuan yang penting dan dibenarkan sahaja. Jangan gunakan tempoh ini untuk pulang bercuti dan balik kampung serta bergerak bebas ke mana sahaja.

Kita semua tidak mahu wabak ini terus berpanjangan. Cukuplah untuk 2 minggu ini sahaja. Dan pihak berkuasa perlu lebih tegas kepada siapa yang ingkar terhadap arahan yang diberikan!

Sedang dikemaskinikan lagi…

Baca Lagi 4 Info Berkaitan Di Bawah

Scroll to Top