Pengalaman Percutian Ke Cameron Highland : Singgah Avant Chocolate

Pengalaman Percutian Ke Cameron Highland : Singgah Juga Avant Chocolate

Sedikit info untuk semua yang nak balik dari Cameron Highland esok, jangan lupa singgah ke Avant Chocolate on the way keluar ke Simpang Pulai. Boleh Waze location siap-siap kalau takut terlepas.

percutian ke cameron highland

Kalau dari Berincang tu Avant Chocolate ini dekat sebelah kanan (landmark dia, dekat entrance itu ada patung Dinosaur besar). Rugi kalau tak singgah especially yang ada anak kecik tu.

Bagi chance dekat diorang nak happy pula, ibu bapa sudah seronok bershopping sayur strawberry bagai dekat atas tu. Di Avant Chocolate ni lain dari yang lain, bukan setakat jual chocolate dan produk strawberry semata, tapi ada juga disediakan aktiviti menarik untuk budak-budak contoh paddle boat ride, rabbit feeding, duck feeding dan tempat untuk ambil gambar pun cantik-cantik

Satu lagi, kalau pergi lakukan percutian ke Cameron Highland dan singgah di Avant Chocolate, jangan lupa cuba Strawberry strudel, memang terbaik. Satu dalam RM9++ tapi ada package sekali dengan jus stawberry Rm18.90.

Cumanya bagi kami kurang sikit jus itu, masam sebab mereka pure2 blend buah stawberry + air semata.

Jadi either order strudel itu sahaja atau ambil air lain seperti choc milkshake.

Walaupun mahal sikit tetapi berbaloi. Kami sebenarnya nak murah jadi ambil strudel sekali dengan jus strawberry itu bersama-sama dengan set tiramisu sekali dengan strawberry milkshake tetapi sudahnya dua dua tak habis pun. Semua tak sanggup nak minum.

Yang original pun masam, yang milkshake pun sama, tiada rasa manis langsung apa pun strudel dan kek dia memang haoliao tak percaya, boleh try sendiri nanti jikalau anda ada plan bercuti di cameron highlands.

Info tambahan Percutian di Cameron Highland (Avant Chocolate)

  1. Paddle boat ride: Rm per 15min (tetapi kami budak pun tidak ramai, jadi kakitangan itu suruh anak anak main sampai puas puas. Akhirnya
    budak budak sendiri yang surrender nak keluar, dah penat mengayuh
  2. duck feeding: RM3 ( Inc 1 pek makanan)
  3. Rabbit feeding: RM3 ( inc 1 pek makanan)
  4. Catch the fish: RM8

Package semua di atas: rm14 tapi tidak pasti termasuk ‘catch the fish’ sekali atau tidak

4 Gambar Percutian Ke Cameron Highland