fbpx

Penjana: 20 Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Penjana: 20 Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

penjana ekonomi negara malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin baru sahaja umum butiran lengkap Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang pastinya semuanya yang dirangka dan diumum adalah yang terbaik untuk negara dan rakyat pasca wabak COVID 19 di Malaysia.

Kerajaan memperkenalkan semula Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau dalam terma ringkasnya PENJANA. Tema bagi PENJANA Ini adalah ‘Bersama Menjana Ekonomi’

Dan pastinya ramai daripada anda di sini tertunggu-tunggu apakah hadiah yang bakal anda nikmati pasca wabak COVID 19.

Butiran lengkap dikongsikan kepada anda seperti di bawah ini:

Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Boleh semak senarai pengumuman oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah kami ringkaskan apa hadiah yang bakal anda nikmati selepas ini:

Program Subsidi Upah Perkeso Diteruskan?

Subsidi Upah Perkeso sebanyak RM600 sebulan Dilanjutkan 3 bulan Lagi termasuk yang terlibat dalam sektor pelancongan

Insentif Naik Pengangkutan Awam

PAS MY30 – Pas Perjalanan bulanan tanpa had pengangkutan awam nilai RM30 sebulan yang diberikan untuk tempoh 6 bulan dari 15 Jun sehingga 31 Disember 2020

Sangat-sangat menjimatkan!

Insentif Online di Rumah & Pejabat

Bantuan Internet Percuma sehingga 1GB bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang untuk memudahkan urusan dan tujuan berita, pendidikan ataupun persidangan.

Manakala portal kerajaan akan dapat akses percuma tanpa HAD

Insentif Bantuan eDompet

ePenjana yang merupakan edompet bernilai RM50 diberikan kepada anda untuk berbelanja. Layak kepada yang berumur 18 tahun ke atas di mana gaji dan pendapatan tak lebih RM100 ribu setahun

Ibu Tunggal Dapat Apa?

300 ribu golongan ibu tunggal yag berdaftar akan terima duit RM300 secara one off dari Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM. Bayaran akan dibuat sebelum Hari Raya Aidiladha ini.

Bantuan Kena Buang Kerja atau Hilang Kerja Dapat Apa?

Anda boleh boleh mohon elaun latihan sebanyak RM4 ribu sebagai persediaan untuk anda bekerja semula dengan syarikat atau majikan lain walaupun anda tidak pernah daftar dan bukan pencarum PERKESO sebelum ini

Bantuan Beli Rumah Pasca Covid 19

Berita baik kepada yang nak beli rumah selepas ini, kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan cukai dan duit setem bagi rumah yang bernilai atas Rm600 ribu Tambah menarik lagi, kepada pelabur hartanah anda boleh menikmati pembiayaan sehingga 90 peratus untuk rumah ketiga dan seterusnya. Wow!!

Bantuan Beli Kereta Pasca Covid 19

  • Jika anda beli kereta CKD (buat di Malaysia) anda tidak dikenakan cukai jualan (pengecualian 100 peratus)
  • Jika anda beli kereta CBU (buat di luar Malaysia) anda hanya dikenakan cukai jualan 50 peratus (pengecualian 50 peratus)

Bantuan Pengusaha Taska & Pengendali Tadika Malaysia

Anda dapat geran khas dari kerajaan Malaysia, dengan syarat anda mesti berdaftar dengan agensi kerajaan

Bantuan Majikan Ambil Pekerja Baru

  • Majikan akan diberikan bantuan sebanyak RM800 sebulan (selama 6 bulan) untuk setiap pekerja berumur bawah 40 tahun yang anda ambil bekerja
  • Majikan akan diberikan bantuan sebanyak RM1000 sebulan (selama 6 bulan) untuk setiap pekerja berumur atas 40 tahun dan juga pekerja OKU yang anda ambil bekerja

Bantuan Pekerja Praktikal atau Perintis

Jika anda ambil bekas pelajar sekolah atau lepasan graduan, anda sebagai majikan layak dapat bantuan sebanyak RM600 sebulan selama 6 bulan

Bantuan Untuk SME & PKS

  1. Geran MDEc berjumlah RM140 juta
  2. Geran Padanan Digital PKS dengan JV syarikat telco bernilai RM100 juta
  3. Pinjaman Mudah Dana Transformasi Teknologi PKs bernilai RM500 juta
  4. Geran Automasi Pintar sehingga RM1 juta untuk syarikat yaang layak
  5. Skim Pembiayaan PKS Penjana sehingga maksimum Rm500 ribu dibuka bermula pertengahan Jun 2020
  6. Skim Pembiayaan Pelancongan Penjana berjumlah RM 1 bilion
  7. Pinjaman & Pembiayaan Mikro Penjana bernilai RM400 juta. Anda boleh mohon terus dengan Bank Simpanan Nasional BSN atau TEKUN Nasional
  8. Pinjaman MARA bernilai RM300 juta
  9. Pinjaman PUNB berjulah RM200 juta
  10. Pinjaman SME Bank di bawah program & skim SME Go, terbuka kontraktor G2 dan kontraktor G3 boleh mohon. Pinjaman mudah
  11. Geran MAGIC RM10 juta Syarikat baru mula operasi 1 Julai hingga 31 Dismeber 2021 akan layak dapat rebat cukai pendapatan sehingga RM20,000

Sumber: http://penjana.treasury.gov.my/

Soalan Lazim Intipati Penjana

1. Adakah ada bantuan bujang di Malaysia

Ya. Ada. Contohnya pas My30 jika anda menggunakan perkhidmatan awam. Selain itu insentif edompet kerajaan. Banyak lagi

2. Adakah ada tambahan Bantuan Prihatin Nasional BPN

Tiada setakat ini

3. Adakah ada tambahan Bantuan Sara Hidup BSH

Maaf tiada setakat ini

4. Ada bantuan spesifik untuk penjaja, peniaga kecil

Maaf tiada.

5. Ada bantuan untuk usahawan, PKS dan SME

Ada sangat banyak, boeh rujuk senarai di atas

P/S; Kongsikan berita gembira ini di Facebook dan Whatapps kawan-kawan dan ahli keluarga yang terdekat supaya tiada siapa yang terlepas bantuan terbaru kerajaan ini

Scroll to Top