Pengalaman Umrah 1979 Part 3 : Umur 19 Tahun Semasa Belajar di UK

Pengalaman Umrah 1979 Part 3 : Umur 19 Tahun Semasa Belajar di UK

Rakan-rakan rapat semua mengatakan saya membuat keputusan yang silap untuk melaksanakan umrah di usia 19 tahun. Pada mereka umur terlalu muda, dan life belum habis di enjoy lagi, terutamanya sebagai seorang pelajar muda di UK.

pengalaman umrah
Anda juga boleh pergi juga dengan cuba buat umrah diy

Saya menjawab dengan berkata bahawa panggilan kubur tidak mengira umur, muda atau tua, tiada siapa yang tahu jemputannya. Kebiasaan jawapan saya itu adalah ayat pemati perbualan.

Kesemua kami 15 orang, dari berbagai negara menukar kepada ihram sebelum miqat di dalam kapal terbang. Di Jeddah kami menaiki bas menuju ke bandar Mekah.

Pada tahun 70’an tidak banyak pembangunan di antara Jeddah dan Mekah, tidak seperti sekarang. Kiri kanan masih padang pasir yang kering kontang. Di dalam perjalanan dreber memberhentikan kenderaan untuk menunaikan solat fardhu Zohor.

Di Arab Saudi, tidak menjadi kepelikan melihat orang bersolat ditepi jalan raya sejurus selepas masuk waktu solat.

Mereka akan parking sebelah jalan raya, membentang sejadah dan bersolat (memang terbalik dengan apa yang terjadi kepada kami di Iraq).

Air Di Di Botol Itu Tidak Habis-habis Adalah Pengalaman Umrah Saya

Bas pun berhenti di tepi jalan raya dan kami membentang tikar untuk bersolat jemaah. Rupanya kami semua tiada berwudu dan kami bersedia untuk bertayamum dengan pasir kerana ketiadaan air.

Oleh kerana saya ada membawa sebotol satu liter air minuman, saya katakan kepada rakan-rakan agar berkongsi mengambil wudu dengan sebotol air tersebut, dimana boleh. Saya berkongsi dengan beberapa rakan dengan sebotol air tersebut.

Apa yang menakjubkan, dengan sebotol air minuman 1 liter, kesemua kami 15 orang cukup mengambil wuduk dengannya. Memang kuasa Allah, air didalam botol itu tidak habis-habis dan masih tinggal setengah botol selepas kesemua selesai mengambil wudu.

Sehingga kini masih meremang bulu roma saya bila mengimbau keajaiban tersebut. Mungkin disebabkan kami masih muda, dosa mungkin masih kurang dan berkembara dengan niat yang bersih, Allah mencukupkan keperluan untuk kami.

(Sentiasalah berdoa agar Allah mencukupkan keperluan untuk kita semua. Tiada guna kekayaan jikalau diri sentiasa merasa tidak mencukupi).

Selepas selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke kota Mekah. Mutawif (guide) kami berkata bahawa apabila pertama kali melihat Kaabah, maka berdoalah, kerana doa yang pertama itu akan dimakbulkan oleh Allah.

(Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan sekelian, jika anda diberi peluang untuk satu doa yang Allah akan makbulkan, apakah doa yang dipinta?

Sila nyatakan…. (Saya akan memberitahu apa doa yang mutawif itu ajarkan kemudian)…. Bersambung PART 4).

P/S : Gambar beramai-ramai di atas adalah ketika di tepi Laut Merah, Jeddah. Saya yang duduk sebelah kiri.

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...