Home » travel » Pengalaman Umrah 1979 PART 4 : Tragedi Masjidil Haram Ditawan

Pengalaman Umrah 1979 PART 4 : Tragedi Masjidil Haram Ditawan

Pengalaman Umrah 1979 PART 4 : Tragedi Masjidil Haram Ditawan

Mutawif (guide) kami berkata bahawa apabila pertama kali melihat Kaabah, maka berdoalah, kerana doa yang pertama itu akan dimakbulkan Allah. Mutawif mengajar kami doa ini:

foto pengalaman umrah
Didalam Iraqi Airways bersiap siap dengan Ihram sebelum miqat

‘Ya Allah, masukkan lah daku kedalam syurgamu tanpa di hisab’.
(semua doa yang tuan-puan nyatakan adalah baik di Part 3, dan dua orang rakan yang menepati doa seperti yang diajar oleh mutawif).

Setiba di kota suci Mekah, kami dibawa terus ke Masjidil Haram. Pemeriksaan sangatlah rapi, dan semua bag kecil kami diselongkar oleh pihak polis masjid.

Seorang rakan saya membawa kamera SLR Nikon dengan zoom lens dan beliau dilarang memasuki masjid. Beliau terpaksa mencari tempat menyimpan camera terlebih dahulu dan tentunya tidak dapat bersama kami berkumpulan mengerjakan tawaf dan saei.

‘Aku bertawakal dengan Allah ‘ katanya dan meletakkan kamera tersebut ditempat menyimpan kasut diluar masjd. Dalam fikiran saya memang berani rakan saya ini kerana kameranya memang mahal dan mesti diambil pencuri.

Mengapa Tidak Ramai di Masjidil Haram

Didalam masjid tiada ramai jemaah, dan boleh dikira dengan jari. Kesan tembakan dan kebakaran kelihatan di merata tempat. Barulah saya tahu bahawa tragedi penawanan masjidil haram baru saja tamat seminggu lepas.

Ramai yang tidak percaya bila saya katakan ketika tawaf, tak sampai sepuluh orang jemaah yang melakukan tawaf. Dengan jemaah kami, hanya 25 jemaah sahaja melakukan tawaf pada masa itu. Setiap kali pusingan, kami akan mencium batu hajaral aswad.

Setelah selesai saei dan memotong rambut, maka selesailah umrah pertama saya. Pada masa itu saya merasakan satu perasaan tenang dan hiba yang tidak dapat digambarkan. Ketika itu saya berdoa ‘Ya Allah, jika takdir mu kepada ku, maka cabut lah nyawa ku di masjid ini’. Tetapi ‘Allah Knows Best’ dan sehingga kini Allah masih meminjamkan nafas, nyawa dan kesihatan kepada saya.

Ribuan Mati Pada Penawanan Masjidil Haram oleh Tentera ‘Al Mahdi’?

Pelajar-pelajar arab yang saya temui semua tidak mahu menceritakan kisah sebenar penawanan Masjidil Haram oleh tentera ‘Al Mahdi’ tersebut. Dari apa yang saya lihat, memang berlaku satu pertempuran sengit yang mengakibatkan ribuan mati.

Saya dan seorang rakan mengambil keputusan meronda ke Jabal Omar, sebuah perkampungan di atas bukit kediaman orang Patani untuk menemubual mereka mengenai kisah tragedi tersebut yang sebenar. Jabal Omar tidak jauh dari Masjid, 200 meter melalui jalan jalan berliku yang dipenuhi oleh rumah setinggan.

Sekarang Jabal Omar sudah didatarkan, lokasi dahulunya adalah bersebelahan dengan hotel 5 bintang Darul Tawhid sekarang. Kawasan Jabal (bukit) Omar yang tinggi memang ‘overlooking’ Masjidil Haram dan kawasan sekitar.

(Hotel Darul Tawhid adalah hotel terdekat sekali dengan Masjidil Haram. Saf Masjidil Haram bersambung tanpa putus sehingga ke lobi hotel).

Pihak penganjur Saudi memang tidak membenarkan kami meronda di kota Mekah tanpa kebenaran mereka, tetapi seperti kebiasaan, dengan kedegilan saorang pengembara yang berjiwa muda; lagi dilarang lagilah dibuat.

Keesokannya selepas solat subuh, saya dan seorang rakan mula mendaki Jabal Omar, mencari perkampungan Bani Patani……. ( bersambung PART 5).

*(rakan saya dapat mengambil semula camera SLR Nikon yang diletaknya ditempat kasut diluar masjid tanpa disentuh).

2 Gambar Kenangan Semasa Berada di Tanah Suci

  • Makanan ikan goreng dan nasi arab, yang dihidangkan didalam satu talam untuk dikongsi dengan 3 rakan.
  • Boys will be boys. Bergambar dengan mutawif dan dreber kami.
Scroll to Top