Percutian ke Yogyakarta : Awek Cantik Belanja 4 Hari Hanya RM581

Awek Cantik Kongsi Pengalaman Percutian ke Yogyakarta 4 Hari RM581 oleh Fateen Amira

Perkongsian dan tips menarik untuk dikongsikan dengan anda.

Senarai Tips Menarik Percutian Fatin Emira di Jogjakarta, Indonesia

Pengalaman Percutian ke Jogjakarta Hari Pertama

  • Sampai di lapangan terbang pukul 12.30pm (waktu Indonesia)
  • Makan tengahari di Ayam Penyet Surabaya
  • Bermalam di Pawon Cokelat Gueekatsthouse untuk 4 Hari 3 Malam
  • Jalan-jalan Malioboro Street
  • Naik kereta kuda
  • Makan dekat lesehan malioboro street

Pengalaman Percutian ke Jogjakarta Hari Kedua

percutian ke yogyakarta

Tempat pertama, Gunung Merapi Jeep Tour. Pengalaman yang sangat menarik. Cuaca pada hari itu hujan renyai-renyai dan berkabus jadi gunung merapi tak nampak sangat.

Trip tersebut termasuklah jalan-jalan dekat rumah yang terkena lava dari gunung merapi and batu alihan.

Orang selalu sebut “batu alien” tapi sebenarnya ia bermaksud batu alihan sebab batu tu dari gunung merapi yang meletus tahun 2010 dulu. Ada sekali jurugambar akan ikut kita sekali dan gambar yang mereka amik sumpah cantik gila!

Dan kalau nak suruh diorang amik guna handphone kita pun diorang tak kisah. Hihi.

Kemudian kitaorang ke Candi Borobudur. Dalam perjalanan ke sana, kitaorang makan dekat rumah makan Bale Kambang. Cheapest and delicious! Lepas makan terus ke Candi Borobudur. Entrance sangat ketat kalau anda guna student card itu kena pastikan ada sesi/tahun ye dalam card tu kalau takde boleh check kat uitm student portal universiti

korang untuk buktikan korang still a student. Kalau nak beli tshirt untuk souvenir, silalah beli kat belah luar candi tu sebab paling murah

Lepas dari Candi Borobudur, makan bakso & mee ayam. Sepinggan RM2.00 je tapi sedap lillahitaala weh. Next! Sand boarding kat Gumuk Pasir Pantai Parangtritis. Sewa satu board share ramai-ramai. Sejam main pun dah penat dah.

BACA SINI:
Bercuti di Lombok Indonesia : Belanja Hanya RM504 Untuk 6 Hari

Salam perjalanan balik ke hotel, singgah beli sate madura kat tepi jalan. Pak heru ni best tau dia akan pilih tempat makan yg murah and sedap untuk customer dia. Awesome!

Pengalaman Percutian di Jogjakarta Hari Ketiga

Hiking ke negeri atas awan. View sangat cantik sebab nampak awan tu dekat bawah kaki kita. Lepas itu, pegi ke hutan pinus. Pokok depa pandai betul tumbuh straight je tak bengkok. That’s why la cantik gila kalau anda bergambar kat sini.

Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Goa Pindul Cave Tubing. Best sebab ada diving spot. Anda boleh la main terjun-terjun. Tapi 2-3 meter kedalaman je la. Nak backflip pun tak lepas rasanya. Kitaorang amik package cave tubing sahaja dan tak amik water rafting sebab nak kejar masa tengok sunset kat pantai timang. Da harga pun lagi  murah sebab ambik satu aktiviti je.

Trip seterusnya, agak jauh (kira-kira 2 jam perjalanan) iaitu Pantai Timang. Korang semua kena naik ojek (motor) sebab jalan dia masya allah…. teruk dan berbatu-bata. Kena bonceng tau. So pastikan mengucap dulu tau sebab jalan dia mcm scary bercerun curam. Kitaorang tak naik gondola sebab mahal and takut tengok ombak tinggi. Ni kalau jatuh dlm laut ni goodbye.

Masa makan! Lobster dia sumpah the best i have ever tasted! Tak tau nak cakap macamana. Dah la murah, sedap. Makan pun slow-slow sayang habis cepat.

Balik dari pantai timang, kitaorg naik alun-alun kidul pulak. Macam kereta berhias tapi kita kena kayuh sendiri… Penat ye penat. Badan pun dah penat, kaki pun dah sakit. Dah la tergolek macam nangka busuk jatuh masa hiking kat negeri atas awan tu. Jadi kitaorang pergi mengurut kat kaki di kawasan Malioboro Street tu. Tukang urut muda. Lawa-lawa pula. Kedai ini tak ada servis sampingan ya. Jadi jangan risau. Lepas urut badan, jalan-jalan cari souvenir dekat Malioboro Street. Makan Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk malam. Balik hotel tidur. Esok last day dah di jogjakarta. Sedih….

BACA SINI:
Jalan-jalan ke Istanbul Turki : 8 Pengalaman Menarik oleh Asyu Shahrul

Pengalaman Percutian di Jogjakarta Hari Keempat

Sarapan di hotel. Hotel kami tinggal (Pawon Cokelat Guesthouse) terkenal dengan Hot Chocolate. Memang sedap gila! Jadi kena order kalau tak rugi je stay kat hotel ni. Service? Tiptop!

Kemudian kitaorang ke Kalibiru Wisata Alam! Tempat ini memang cantik untuk bergambar. Nasib kami baik sebab orang tak ramai untuk ambil turn ambil gambar kat atas tu. Ada photographer khas untuk tangkap gambar kita jadi jangan risau memang cantik gambar. Setiap spot lain harga untuk amik gambar ye. Nanti kita kena pilih gambar and mereka akan transfer masuk dalam handphone kita siap-siap jadi boleh terus upload dalam Instagram!

Shopping kat pasar Beringharjo. Singgah beli bakpia kat kilang buat bakpia dan kemudian terus ke airport. Flight delay sejam… santai dulu kat airport. Pukul 6.00 petang waktu tempatan boarding. Pukul 9.30 waktu malaysia sampai KLIA. Rindu nasik lemak. Esok tu pergi kerja cari nasi lemak sotong terus.

Jumlah Belanja Percutian Ke Yogyakarta

Total all in (only flight ticket excluded) = RM581 ++

  • Depends on current punya currency and how you spend sebab anda nampak barang murah je terus nak angkut 10 haaa. So kena pandai kawal ye.
  • Kami punya trip ni mostly focus on food and view hunting so maybe ada tempat yang kami tak sempat nak pegi sebab tak cukup masa and based on our ciput budget. Hehe

Lagi 6 Gambar Percutian ke Yogyakarta