≡ BACK

Percutian di Latvia : Kos Sara Hidup Seperti Berada di Malaysia

Percutian di Latvia : Kos Sara Hidup Seperti Berada di Malaysia

Republic of Latvia adalah sebuah negara Baltik utara eropah yang berjiran dengan Estonia, Lithuania, Russia dan Belarus. Sebelum merdeka pada 1990, tidak ramai berkunjung ke negara Baltik kerana mereka dibawah regim USSR.

bercuti di latvia

River Daugava cruise hanya €8 untuk sejam

Pada Mei lepas pada kalender cuti sekolah saya berpeluang menjejak kaki ke negara Baltik termasuk Latvia, kerana sebelum ini pemegang pasport Malaysia tidak dibenarkan masuk ke negara yang dibawah regim komunis.

Sekarang Latvia adalah negara EU dan menggunakan matawang Euro. Pada pendapat saya ‘standard of living’ di Latvia adalah bersamaan dengan negara kita. Secawan long black di Cafe berharga €2 saperti harga di Starbuck Malaysia. Di Helsinki berharga €4.

Makanan halal boleh didapati di beberapa kedai Turkey dan terdapat satu restoren halal di Old Town. Ada restoren Turkey dan Azerbaijan yang mengaku halal tetapi menjual arak. Kebab berharga diantara €3 hingga €5.

Perjalanan didalam city menggunakan tram dan trolleybuses dengan setiap perjalanan €1.15

Tempat Menarik Semasa Percutian di Latvia

Tarikan paling utama adalah di Old Town yang merupakan sebuah Unesco World Heritage site. Pastikan anda berada disini selama sehari dengan memerhatikan senibina lama disetiap bangunan dan meronda disetiap jalan-jalan cobblestone.

Keselamatan dirasai sangat baik di Riga kerana kehadiran polis dimerata tempat.

Saya mencadangkan anda berada di Riga selama dua malam dan menaiki cruise menyusur Sungai Daugava pada hari terakhir.

Orang Latvia tidak suka bolasepak dan hanya berminat kepada sukan bola keranjang, volleyball dan ice hockey sahaja.

Kebanyakan penduduk disini boleh berbahasa Inggeris dan tiada masalah berkomunikasi.

Masakan daging khinzir adalah makanan rasmi negara Baltik, dan setiap restoren menghidangnya. Saya membawa makanan dari Malaysia dan menjamu selera di kedai Turkey sahaja.

5 Gambar Semasa Percutian di Latvia

  • (KLIK SINI) : Banyak bangunan yang mempunyai ciri senibina yang menawan stail Art Nouveau
  • (KLIK SINI) : Bangunan paling hodoh yang saya temui di Riga – National Library
  • (KLIK SINI) : Ada wifi free di old town
  • (KLIK SINI) : Old town Riga memang sangat cantik dengan senibina lama
  • (KLIK SINI) : Setiap menu di restoren mesti ada sajian daging khinzir
  • (KLIK SINI) : Kehidupan di Riga adalah moden dengan sailing boats di tepian bandar Riga

P/S : Diharapkan perkongsian ini membantu sedikti sebanyak jikalau anda ada merancang percutian di Latvia

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Tiket Air Asia Murah : Bagaimana Cara Dapatkan Pada Harga Promo Bagaimana Cara Dapatkan Tiket Air Asia Murah Pada Harga Promo Dahulu untuk terbang ke mana-mana bukannya mudah. Tiket mahal, pilihan dan akses penerb…
Percutian di Monaco : Pengalaman Travel Tahun 1978 vs 1985 vs 2010 Beza Percutian di Monaco Pada Tahun 1978 vs 1985 vs 2010 Tentu ramai yang sudah melawat Monaco kerana bandar ini berada di persimpangan antara Itali …
Jalan-jalan ke Istanbul Turki : 8 Pengalaman Menarik oleh Asyu Shahrul 8 Pengalaman Menarik Jalan-jalan ke Istanbul Turki. Tips Menarik untuk Pengangkutan, Makanan dan Shopping oleh Asyu Shahrul As-salam.. Here i share s…
Bercuti di Singapura : Tips Untuk Yang Mahu Naik Bas atau Kereta Tips Untuk Yang Mahu Bercuti di Singapura Naik Bas atau Kereta Ada banyak bertanya apa yang perlu disediakan jikalau mahu melakukan percutian ke Sing…