≡ BACK

Pengalaman Bercuti Ke USA : Wan Syazrin Kongsi Tips Menarik

Wan Syazrin Kongsi tips dan Pengalaman Bercuti Ke Usa

Ni trip tak beberapa backpacker sangat tapi sedikit sharing dari trip saya ke US baru ni. Since ada seorang dah kongsi pengalaman pasal New York City, saya kongsikan pasal Orlando.

bercuti ke usa

Jumlah tempoh masa yang saya spend di Orlando adalah 8 hari.

Saya ‘terbang’ masuk ke New York City dengan Saudi Airlines and dari New York City, saya beli ticket New York City NYC – Orlando, Orlando – Washington DC naik Jetblue. Dapat dalam RM600+.

Itinerary ke Amerika Syarikat iaitu di Orlando

For the record, trip saya ke Orlando ni memang berkitarkan theme parks jadi saya habiskan 4 hari di Walt Disney Resort untuk pergi ke empat-empat park iaitu Magic Kingdom, Epcot Center, Animal Kingdom dan juga Hollywood Studios.

Saya menghabiskan 2 hari di Universal Studios Orlando dan Universal’s Island of Adventure. Saya habiskan masa satu hari untuk naik bus tour ke Cape Canaveral untuk ke Kennedy Space Center. Dan lepas melihat gambar yang Hadhinah Felice pernah terbitkan, saya peruntukkan satu hari untuk ke Weeki Wachee river untuk berkayak yang terletak lebih kurang 2 jam dari Orlando.

Kalau ada siapa-siapa yang ingin ke parks ini, saya cadangkan cari websites yang trusted kalau tak nak beli secara terus. Dalam kes saya, saya beli tiket Disney, Universal dan Kennedy Space Center KSC dari Undercover Tourist. Undercover Tourist adalah Disney Authorised Ticket Seller dan tiket-tiket ini dijual oleh mereka dengan lebih murah dan ada juga kadang-kadang tawaran lain dengan tiket. Dalam kes saya, saya beli ticket Disney 4 hari, dapat 1 lagi hari percuma.

Saya beli ticket Universal 2 day park to park, saya dapat lagi 2 hari percuma.

Tapi memandangkan masa saya suntuk, saya memang guna 4 hari dan 2 hari je. Tapi harga tiket masih lagi murah dari beli direct. Dalam case saya, savings saya lebih kurang $50 berbanding beli direct.

Untuk transport pula saya banyak naik Uber/Lyft dengan Lynx bus. Lynx bus pass untuk 7 hari adalah $16. Tak ada train system di Orlando. Kalau nak kira, taklah mahal sangat naik Uber/Lyft. Saya naik dalam 35-40 mins ke Disney dari rumah Airbnb, kene dalam $16-$17. Murah la kalau ramai, tapi since saya sorang so sakit sikit la.

Inilah sedikit perlkongsian pengalaman saya bercuti ke USA Orlando, Amerika Syarikat. Diharap ianya memberi manfaat kepada anda.

Lagi 7 Gambar Bercuti ke USA di Sekitar Orlando

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Tiket Air Asia Murah : Bagaimana Cara Dapatkan Pada Harga Promo Bagaimana Cara Dapatkan Tiket Air Asia Murah Pada Harga Promo Dahulu untuk terbang ke mana-mana bukannya mudah. Tiket mahal, pilihan dan akses penerb…
Cuti di Eropah : Pengalaman Dengan Fly Emirates Selama 20 Hari Pengalaman Cuti di Eropah Dengan Fly Emirates Selama 20 Hari Alhamdulillah, done with my solo eurotrip to 8 cities for 21 days (London, Paris, Brusse…