Bercuti di India : Pengalaman Termasuk Kashmir Selama 8 hari 7 Malam

Pengalaman Bercuti di India Termasuk Kashmir Selama 8 hari 7 Malam

Boleh dikatakan banyak tempat boleh dikunjungi dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk tempoh 8 hari bercuti di India.

bercuti di india

Sesiapa yang bercadang untuk melakukan aktiviti percutian ke India boleh cuba dan semak itinerary yang dikongsikan pada halaman ini

Salam kepada warga pembaca, saya ingin kongsikan disini pengalaman menarik kami bercuti di India selama 8 hari 7 malam pada bulan Disember 2014.

Tempat yang kami lawati adalah seperti New Delhi – Agra – Jaipur – New Delhi – Kashmir – New Delhi – Kuala Lumpur.

Itinerary ke India Selama 8 Hari 7 Malam

Hari Pertama (03 Disember 2014)

  • Bertolak dari KLIA jam 8.50 pagi menaiki penerbangan MH 172
  • Tiba di Indira Ghandi International Airport jam 12.00 tengahari waktu India
  • Check in Hotel di International Inn (Wifi di Lobi sahaja). Lokasi hotel adalah di tepi jalan besar berhampiran Airport. Harga adalah RM 120 tanpa sarapan.
  • Memulakan lawatan ke Jama’ Mosque, Raj Ghat dan Hazrat Nizamuddin Auliyam dan kemudian makan malam di Restoran berhampiran Hazrat Nizamuddin
  • Bermalam di Delhi

bercuti di kashmir

Hari Kedua (04 Disember 2014)

  • Meneruskan perjalanan dari Delhi ke Agra sejauh 220km. Bersamaan dengan 5 jam perjalanan menaiki kereta.
  • Dipertengahan perjalanan, kami singgah di Itimad Ud Daulah’s Tomb
  • Kemudian check in di Taj Resort. Harga RM280 semalam dengan breakfast. Wifi hanya di lobi sahaja.
  • Dari pukul 3.00 hingga 7.00 petang, kami membuat lawatan ke Taj Mahal. Harga tiket adalah sebanyak 750 rupee.
  • Bermalam di Agra

Hari Ketiga (05 Disember 2014)

  • Meneruskan perjalanan dari Agra ke Jaipur (Pink City) sejauh 160km. Bersamaan dengan 3 jam perjalanan.
  • Kami menyambung lawatan ke Agra Port, Ghaznin Gate. Bayaran masuk adalah sebanyak 250 rupee.
  • Di pertengahan perjalanan, kami ke Jaipur di Fatehpur Sikhri
  • Selepas menunaikan solat jumaat, kami menyambung lawatan ke Hawa Mahal dan City Palace. Harga tiket adalah 400 rupee dan boleh digunakan untuk 2 hari.
  • Kami makan tengahari di dalam kawasan Muslim Musafir Khana
  • Kemudian kami menyambung lawatan ke Masjid Kidwai Nagar
  • Bermalam di hotel Nahargarh Haveli Hotel. Harga sebanyak RM200 semalam beserta sarapan.Seperti biasa, wifi di lobi sahaja.

Hari Keempat (06 Disember 2014)

  • Dari Jaipur, kami ke Delhi semula melalui perjalanan selama 3 jam.
  • Kami menyambung lawatan kami  ke Amber Port dengan harga tiket sebanyak 400 rupee seorang. Caj lain akan dikenakan jika anda  ingin merasai pengalaman menaiki gajah (berdua) atau menaiki pacuan empat roda (4×4) untuk ke Amber Port.
  • Melawat Jantar Mantar, Albert Hall Museum, Nahargarh Port, Sisodia Rani Bag dan Vidhiyadhar Bag
  • Teruskan perjalanan ke Delhi dan kemudian singgah di Kilang membuat kain saree
    Bermalam di New delhi

Hari Kelima (07 Disember 2014)

  • Dari New Delhi, kami ke Srinagar, Kashmir menaiki Domestic Flight (Indigo 6E 551). Harga tiket pergi balik adalah RM400. Bertolak pada jam 11.10 pagi dan tiba pada 12.30 tengahari.
  • Mulakan lawatan ke Mughal Garden, yang terletak di hadapan Tasik Dal dan di kelilingi Pergunungan Zabarwan
  • Lawatan seterusnya ke Emporium kraftangan dan kemudian singgah solat di Hazratbal Mosque
  • Menaiki Shikara Ride untuk ke Houseboat.
  • Makan malam di Houseboat. Harga adalah RM240 semalam beserta sarapan.

Hari Keenam (08 Disember 2014)

  • Dari Kashmir, kami meneruskan kembara cuti di India ke Gulmarg pula.
  • Memulakan lawatan ke Tanah Tinggi Gulmarg yang juga dikenali sebagai Meadow of Flowers.
  • Menaiki Pony Ride. Harga 600 rupee seorang untuk  pergi dan balik) untuk ke stesen Kereta Kabel.
  • Menaiki kereta kabel untuk ke Gulmarg. Harga 400 rupee seorang untuk ke Fasa 1 iaitu 15minit perjalanan.
  • Jangan lepaskan peluang untuk merasai jet ski / sledge setibanya di Gulmarg.
  • Makan tengahari di restoran tempatan di Gulmarg.
  • Balik dari Gulmarg, singgah sebentar di Old Town, Hazratbal Shrin dan Jamia Mosque
  • ‘Makan Malam di Houseboat.

Hari Ketujuh (09 Disember 2014)

  • Dari Srinagar, Kashmir kami ke New Delhi semula.
  • Selepas tiba di New Delhi, kami menyambung lawatan ke India Gate, Parliament House, President’s Palace
  • Kami solat jamak di Jama’ Mosque yang merupakan masjid terbesar di India
  • Makan tengahari di kedai berhampiran Jama’ Mosque
  • Kami menyambung lawatan ke Humaiyun’s Tomb, Safdarjang’s Tomb, Qutub Minar
  • Sebelum malam, kami membeli belah di Chandni Chowk dan Palika Bazar
  • Makan malam di Restoran Halal Barbeque Nation.Kos sebanyak RM 60 / seorang – secara buffet).15 minit berjalan kaki dari Palika Bazar
  • Bermalam di New Delhi

Hari Kelapan (10 Disember 2014)

  • Bertolak balik Kuala Lumpur dari Delhi.
  • Check Out hotel dan menaiki teksi ke airport menaiki penerbangan Malaysia Airlines MAS (MH 173)
  • Berlepas jam 12.55 tengahari dan tiba di KLIA  pada jam 20.50 malam.

Koleksi Lagi 7 Gambar Bercuti di India

Sekian sahaja catitan kembara pengalaman kami menjelajah Negara India selama 8 hari. Diharap perkongsian untuk pengalaman bercuti di India ini memberi manfaat kepada pembaca di sini.

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...