Sistem Portal Semakan kemaskini Borang Permohonan dan Pendaftaran Tahun 1 online ambilan kemasukan tahun 2022 dan 2023 dan semakan penempatan murid dan pelajar online dan daftar darjah 1 Manual, semak juga panduan dan cara isi borang kebenaran imunisasi tahun 1
Terus terang kami katakan, jikalau anda tidak ada kabel memang sukar untuk dapat sekolah yang anda inginkan. Ini kerana ada kalanya permohonan ke sekolah berkenaan melebihi daripada kapasiti yang boleh ditampung oleh sekolah berkenaan.
Tetapi apa salahnya mencuba bukan. Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa kalangan ibu bapa untuk lakukan pendaftaran darjah 1 online untuk anak anda untuk daftar sekolah rendah 2022 / 2023.
Mungkin juga anda tidak akan dapat masuk sekolah yang anda inginkan untuk anak anda. Semuanya bergantung kepada kekosongan dan keputusan jawatankuasa yang dibentuk.
Berita baik sistem online telah pun mula buka kepada umum untuk mana-mana yang mahu daftar darjah 1 2022 untuk anak masing-masing. Langkah dan panduan boleh anda semak seperti di bawah ini
Senarai Kandungan Penting:
Cara Isi Pendaftaran Tahun 1 2022 / 2023
1) Semestinya anda perlu lakukan pendaftaran akaun terlebih dahulu bagi membolehkan anda login dan mula lakukan proses permohonan dan pendaftaran. Pautan cara daftar anak darjah 1 boleh anda semak di bawah ini :
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Link Pendaftaran tahun 1 secara online | https://public.moe.gov.my daftar 1 2021 |
Contoh Borang Pendaftaran Tahun 1 sesi 2022 / 2023 manual | Kami ada kongsikan contoh borang di saluran TELEGRAM di bahagian bawah bermula 1 Mac ini / anda boleh terus dapatkan & buat di sekolah |
Semakan Contoh Borang Pendaftaran tahun 1 untuk SEK. REN. AGAMA INTEGRASI (SRAI) bawah JAIS Negeri Selangor | https://jais.gov.my |
2) Cara nak daftar anak darjah 1 dan tahun 1 samada sekolah rendah di negeri Melaka, Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang Pennag, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur KL, Selangor mudah sahaja kerana anda boleh buat permohonan tahun 1 2022 / 2023 secara online.
Manakala untuk kementerian pendidikan malaysia kemasukan permohonan pendaftaran darjah 1 / tahun 1 dari Sabah dan Sarawak, tiada permohonan online disediakan.
Anda perlu hantar permohonan secara manual ke sekolah yang anda ingin daftar untuk anak anda.
Semakan Dokumen untuk Pendaftaran Darjah 1
Selepas anda hantar permohonan untuk kemasukan tahun 1, anda wajib bawa bersama senarai dokumen untuk pendaftaran kemasukan tahun 1 2021 yang kami senaraikan di bawah ini ke sekolah yang anda mohon untuk masukkan anak anda ke darjah 1.
Pastikan dokumen asal dan juga salinan telah disahkan di bawa bersama selepas 14 hari permohonan dihantar. Antaranya ialah :
- Sijil lahir anak anda atau anak tersebut merupakan anak angkat perlu ada sijil anak angkat
- Bawa bil elektrik atau bil air anda bagi mengesahkan alamat terkini rumah anda
- Kad pengenalan ibu dan bapa atau pun kad pengenalan penjaga
Perakuan surat nikah ataupun surat nikah - Borang persetujuan Pekrhidmatan Kesihatan dan Imuninasi
Laporan Kesihatan Doktor
Semuanya perlu disahkan salinannya.
Semakan Tahun 1 2022
Untuk semakan di mana penempatan anak anda untuk kemasukan darjah 1 2022, anda boleh semak berdasarkan butiran yang kami kongsikan di bawah ini. Pautan semakan ada kami kongsikan di bahagian atas.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Tarikh semakan penempatan murid tahun 1 bagi negeri-negeri selain Putrajaya | 1 Ogos |
Tarikh semakan penempatan bagi sekolah tahun 1 di Putrajaya | 1 Oktober |
Tarikh rayuan secara online | Bermula 1 September hingga 30 September |
Tempoh anda perlu sahkan penempatan (sekolah selain Putrajaya) | Bermula 1 Ogos hingga paling lewat 30 September |
Tarikh keputusan rayuan semakan darjah 1 | 1 Oktober |
Borang Pendaftaran Lewat Tahun 1 2022
Andaikata anda lewat daftar, ada peluang kedua untuk anda dapatkan borang pendaftaran lewat tahun 1 dengan cara isi borang ASBS secara manual yang boleh anda perolehi di PPD atau JPN.
Biasa yang register dan daftar lewat ini adalah disebabkan
- Baru balik dari luar negara untuk sambung belajar di Malaysia kerana mengikut ibu bapa sambung belajar atau bekerja di luar negara
- Lewat daftar kelahiran
Cara Isi Borang Imunisasi Tahun 1
Mypt3 juga ada menerima persoalan dan masalah dikalangan ibu bapa yang menghantar aduan kepada kami bagaimana sebenarnya cara isi borang imunisasi tahun 1 dengan betul dan tepat
Ingat ye, sekarang jikalau anak anda tidak mengambil vaksin, murid tidak boleh masuk belajar darjah 1. Peraturan baru sila ikut. Jangan sesekali ambil mudah
Boleh semak 3 gambar dan jadual di bawah sebagai panduan untuk borang kebenaran suntikan tahun 1. Harap membantu anda.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Download borang kebenaran imunisasi tahun 1 / darjah 1 | https://www.moe.gov.my |

P/S : Berita terkini yang kami terima jikalau anda tinggal di Putrajaya, anda ada akses dan hak untuk lakukan pendaftaran murid ambilan tahun depan untuk anda di sekolah Putrajaya.
Tetapi anda tinggal di luar Putrajaya, minta maaf permohonan anda sama sekali tidak akan dilayan.
PP/S : Selain Permohonan sistem pendaftaran dan daftar tahun 1 2022 / 2023 secara online, anda juga boleh membuat secara manual.
Mudah sahaja, anda boleh dilakukan dengan dengan hantar borang permohonan terus ke sekolah yang anda mahu untuk anak anda. Tiada masalah!
PPP/S: Jangan sesekali daftar lewat untuk borang pendaftaran tahun 1 2022 / 2023