Faktor Faktor definisi punca jenis serta langkah mengatasi Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia yang boleh digunakan untuk sebagai contoh karangan alam sekitar untuk spm / stpm
Kita boleh lihat pembangunan pesat ada di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Dek kerana kerana pembangunan pesat inilah yang menyebabkan ramai yang terlepas pandang dan kurang mengambil berat tentang peri pentingnya pembangunan diselarikan dengan penjagaan alam sekitar. Kita sendiri boleh semak berdasarkan bacaan ipu terkini berdasarkan sumber JAS.
Oleh kerana mahu mengejar pembangunan, aspek penjagaan alam sekitar terpaksa dikorbankan sehingga memberikan kesan dan impak besar kepada negara hari ini. Kita boleh lihat sendiri pencemaran berlaku di mana-mana terutamanya di kawasan bandar.
Semuanya disebabkan jumlah penduduk yang semakin tinggi di sesuatu tempat, sektor perindustrian semakin berkembang pesat. Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan segera negara kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah dan musibah.
Definisi & Maksud Pencemaran Alam Sekitar
Ada banyak jenis pencemaran alam sekitar. Berdasarkan semakan mypt3 terhadap definisi pencemaran merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, berlakunya sampah sarap di darat air dan bahan yang kotor yang terlepas di udara sehingga menjejaskan kebersihan alam
- BACA SINI >> Info banjir terkini 2022 di malaysia: berita ramalan met
- BACA SINI >> Cara pembayaran i banjir bsn myringgit semakan status
- BACA SINI >> Semakan bantuan banjir rm1000: tabung bencana negara terkini 2022
NOTA : Pencemaran boleh berlaku secara semulajadi yang disebabkan faktor bencana alam seperti gempa bumi, banjir kelantan dan ribut.
Dalam pada yang sama juga, tindakan manusia tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah merata-rata, melepaskan kotoran industri di udara, dan lain-lain lagi
Punca Pencemaran Alam Sekitar
- Pekembangan penempatan, jumlah penduduk semakin bertambah dek kesan urbanisasi yang berpindah secara besar-besaran ke kawasan bandar -bandar utama
- Segala yang berlaku adalah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab yang kurang ada kesedaran untuk menjaga dan memelihara keadaan alam sekitar
- Sebarang usaha untuk langkah menjaga, memelihara dan memulihara alam sekitar memerlukan modal bagi melakukan kempen kesedaran, kutipan sampah, penghapusan sampah dan banyak lagi. Semuanya memerlukan kewangan yang kukuh.
Walaubagaimanapun, jika berlaku kekangan kewangan semua langkah yang ingin dilakukan terbatas.
Kesan Pencemaran
1) Jikalau sistem saliran tidak diselenggara dengan baik dan kutipan sampah tidak dilakukan secara berkala bakal menyebabkan masalah banjir dan wabak yang memberikan kesan kesihatan kepada masyarakat sekitar
2) Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kalangan pemain industri membuang bahan toksik di kawasan sungai dan sekitar telah pencemaran udara dan pencemaran air.
Boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada kawasan penempatan di sekitar Pasir Gudang sehingga ada yang mengalami masalah sesak nafas, sungai menjadi beracun sekaligus tidak selamat untuk digunakan.
3) Kawasan sekitar yang tidak dibersihkan dan tidak dikawal bakal mengundang haiwan seperti tikus, lipas, nyamuk aedes bagi menyebarkan wabak
Langkah Langkah Mengatasi Pencemaran
Ada banyak cara dan langkah yang boleh dilakukan membendung masalah ini terus berleluasa
- Kerajaan boleh terus menggunakan akta sedia ada bagi mencegah masalah pencemaran daripada menjadi lebih teruk. Dengan akta sediaada, diharap pihak berkuasa menguatkuasakan akta yang ada dengan lebih baik
- Kerajaan juga boleh melakukan pelbagai kempen yang beterusan daripada peringkat sekolah lagi. Dan pemipin yang ada mestilah rajin turun padang bagi memberikan contoh terbaik kepada masyarakat melalui kempen kesedaran.
- Penggunaan teknologi hijau seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Jepun dalam menghapuskan lambakan sampah sarap secara berkesan tanpa memberikan kesan sampingan melalui teknologi insinerator
Kepentingan alam sekitar sangat penting untuk kelestarian kehidupan kita pada masa akan datang.
P/S : Jika anda suka karangan pencemaran alam sekitar seperti ini boleh kongsikan bersama-sama yang sesuai dijadikan contoh terbaik untuk menulis samada untuk spm / stpm, Dipersilakan