Penapis Air Terbaik: Water Purifier

Senarai Penapis Air Terbaik melibatkan SK Magic Cuckoo Coway LG Puricare Panasonic Water Purifier

senarai penapis air terbaik dan murah

Dahulu orang tak pandang sangat penapis air untuk digunakan di rumah masing-masing, apatah lagi water filter untuk diletakkan di pejabat anda. Ini pula senarai aircond jimat elektrik pilihan rakyat malaysia sekarang ini

Ini kerana skim pembayaran dan design penapis air belum menepati selera orang Malaysia. Itu dahulu…

Sekarang tidak lagi. Sudah menjadi keperluan seiisi rumah. Ada banyak pilihan penapis air terbaik yang murah baik dalam rumah atau luar rumah, contohnya jenama coway water purifier, LG, JIKSOO sk magic, AMGO, jenama 3M, panasonic, hijrah, cuckoo water purifier dan macam-macam lagi. Ini antara yang popular dan terkenal di Malaysia.

Malahan sekarang banyak tawaran pada kadar bulanan yang dikenakan agak berpatutan dengan kemampuan rakyat Malaysia hari ini bagi mendapatkan air yang berkualiti di rumah anda.

Beza Coway vs Cuckoo

Dalam banyak banyak pilihan penapis air dan water purifier malaysia, tapi yang paling popular dan permintaan rakyat Malaysia adalah Cuckoo dan Coway. Persoalannya apa perbezaan Coway vs Cuckoo?

COWAYCUCKOO
Popular dengan air jenis RO (Reverse Osmosis)Menghasilkan air tapisan yang mengandungi mineral yang air alkali ringan
PH air adalah berada antara lingkungan 6.5 hingga 7.5PH air cuckoo adalah berada antara lingkungan 7.0 hingga 8.0
servis 2 bulan sekaliservis 4 bulan sekali
Perlu buang air yang telah melalui proses reverse osmosisTidak perlu saluran pembuangan air
Isian semula sehingga penuh mengambil masa yang agak lamaIsian semula sehingga penuh mengambil masa sekejap sahaja
Tiada caj pendaftaran, kos penghantaran dan pemasanganTiada perlu bayar duit register, caj penghantaran, caj installation

Dipendek cerita kedua-dua jenama ini adalah rival kuat yang bersaing untuk merebut seberapa banyak pasaran penapis air di Malaysia

BACA SINI: Sudah ada penapis air, anda boleh cuba try vakum dyson v11 yang terbaik dan cukup berkuasa ini

1. Senarai Penapis Air Cuckoo

  • Cuckoo VIVID
  • Cuckoo PRIME X1
  • Cuckoo XCEL
  • Cuckoo Prince Top
  • Cuckoo Icon
  • Cuckoo King Top
  • Cuckoo Fusion Top
  • Cuckoo King Stand
  • Cuckoo Queen Stand
  • Cuckoo Iris Top
  • Cuckoo Jazz
  • Cuckoo Marvel

2. Senarai Penapis Air Coway

  • Coway Glaze
  • Coway Kecil
  • Coway Mate
  • Coway Villaem 2
  • Coway Ombak
  • Coway Ferry
  • Coway Inception
  • Coway Lucy
  • Coway Harry
  • Coway Core

Penapis Air Paling Murah

Kepada golongan bujang, atau baru sahaja berkahwin dan bekeluarga, berkira-kira nak ada penapis air murah yang tidak mahu ada komitmen bayar bulan-bulan seperti trend pembayaran sekarang ini, boleh cuba penapis air 3m ini.

penapis air 3m water purifier
  • Pilih model terbaru 3M CTM 02
  • Beli sebiji ini hanya dalam RM600++ termasuk filter (boleh tahan untuk tempoh yang sangat lama). Yang penting tukar filter ikut masa yang ditetapkan
  • Penapis hanya perlu tukar 6 bulan sekali. Satu filter harga dalam RM200 sahaja
  • Tidak perlu sambungan elektrik
  • Kualiti air memang sedap dan terbaik seiring dengan jenama 3M sendiri
  • Tiada kontrak, dan terikat komitmen bulanan
  • Harga penapis air 3m CTM 02 masih murah dan berpatutan

Antara kakitangan mypt3 sendiri memakai penapis air ini, terbaik!

SUMBER: https://www.3m.com.my/3M/en_MY/purification-my/Products/Home-Water-Filtration-Systems/

Penapis Air Terbaik: LG Puricare Water Purifier

Jikalau anda sudah ada keluarga, ada bayi kecil, nak lebih senang tanpa perlu nak masak air untuk dapatkan air panas pada masa itu juga, boleh cuba dapatkan penapis air LG Puricare water purifier.

Mesti anda rasa pelik kenapa kami tak pilih Coway atau Cuckoo ada jenama-jenama lain.

Terus terang kami katakan, kami teruja dengan iklan LG yang sering diputarkan di corong radio. Tetapi kami pun tidak mengambil keputusan terburu-buru untuk membelinya. Kami buat kajian.

Memandangkan model LG tahun 2020 yang ada fungsi terbaru seperti boleh menurunkan pelaras mengikut ketinggian cawan atau bekas air anda, pastinya harga lebih mahal bukan? Jadi kami memilih versi 2019 yang jauh lebih murah dan ada promosi diskaun untuk penapis air LG puricare water purifier ini. Tambahan pula kami tidak perlu pun sebenarnya fungsi yang ada untuk versi terkini yang baru dilancarkan sekarang ini

  • Harga RM2,500 (cash), dapat free servis atau percuma selama setahun
  • Servis setiap 4 bulan sekali
  • Selepas tempoh servis percuma, bayar RM500 setahun
  • Tiada komitmen bulanan untuk difikirkan lagi
  • Ada inverter, penggunaan elektrik lebih jimat
  • Tankless, tiada peluang untuk bakteria hinggap di dalam LG puricare anda
  • PH air LG adalah 7.0 mengandungi mineral. Sedap diminum
  • Air panas hanya akan diproses apabila digunakan sahaja. Tidak perlu air panas perlu dipanas lagi dan lagi setiap kali mahu digunakan

SUMBER: https://www.lg.com/my/puricare/lg-WD512AN-w

Entahlah bagi kami, jikalau untuk penapis air ini jikalau dibeli tunai melebihi RM3,000 sangatlah tidak berbaloi. Lebih baik teruskan cara pakai 3M CTM 02 sahaja.

Dengan kena bayar untuk pembelian servis dan penapis lagi setiap tahun. Tambahan pula ada pakej bayar penapis air bulanan serendah RM77 sebulan tetapi ikat 7 tahun. Berapa jumlah bayar untuk tempoh tersebut? RM6,468 untuk penapis air!! Erm…..

Terpulang. Yang penting, tepuk dada, tanya poket anda. Bajet terlalu subjektif mengikut keperluan masing-masing.