Pelepasan Cukai Pendapatan 2018 Individu Untuk Efiling 2019

Senarai 22 Pelepasan Cukai Pendapatan 2018 untuk individu bagi Bayaran Efiling 2019

Disebabkan kita bergelar rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan pada kadar cukai pendapatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang mana diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

pelepasan cukai pendapatan

Proses untuk declare cukai dan membayar cukai pendapat dipermudahkan dengan ada sistem online yang dinamakan sistem online iaitu, lhdn e filing.

Jadi bagi membantu anda semua yang mahu mengurangkan pembayaran cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam negeri LHDN, kami sarankan anda untuk semak dan perhatikan senarai pelepasan cukai pendapatan 2018.

Kami ada kongsi senarai untuk pembayaran cukai tahun 2019 seperti di bawah ini.

10 Senarai Pelepasan Cukai pendapatan 2018

Ini adalah senarai yang terkini berdasapatkan portal rasmi LHDN dan juga berdasarkan pengumuman Perdana Menteri melalui intipati Bajet 2019

1) Pelepasan Cukai Tabung Harapan

Tahukah kerajaan sebelum ini telah melancarkan Tabung Harapan Malaysia bagi membantu kerajaan Malaysia membayar balik hutang Malaysia. Berita baik, kerajaan akan memberikan pengecualian cukai kepada mana-mana individu atau syarikat akan sudi memberikan derma kepada Tabung Harapan Malaysia.

Jikalau anda derma Rm1,000. Anda dikecualikan cukai sebanyak Rm1,000. Jelas?

2) Penyata Pelepasan Cukai SSPN

Anda letakkan berapa banyak pun. Yang akan diambil kira adalah jumlah yang anda masukkan ke dalam akaun SSPN tolak dengan jumlah yang anda keluarkan sepanjang tahun 2018

Jikalau anda masuk simpan pada bulan Januari (RM7 ribu), Mac (RM3 ribu), November (RM5 ribu) dan pada bulan Disember anda keluarkan RM6 ribu. Berapa jumlah yang anda dapat pelepesan?

  • RM7 ribu + RM3 ribu + RM5 ribu – RM6 ribu = RM9 ribu
  • Tetapi disebabkan LHDN tetapkan RM8 ribu sahaja nilai maksimum untuk anda dapat pengecualian, maka anda hanya dapat RM6 ribu. Jelas?

KLIK SINI : Daftar SSPN i Plus

3) Senarai Pelepasan Cukai Gaya Hidup LHDN

  1. Buku, jurnal, majalah, suratkhabar
  2. Ada beli tablet, komputer, telefon pintar
  3. Sertai keahlian gym (gimnasium), beli peralatan sukan
  4. Bayar langgan internet dengan Unifi, Maxis, Digi, Umobile, TIME Dot
  5. COM, Celcom dan lain-lain lagi

Jikalau pada tahun 2018 anda ada beli barang untuk diri anda, isteri anda ataupun anak anda seperti senarai di atas ini anda layak dapat pelepasan cukai sebanyak RM2,500. Lebih daripada nilai ini tidak dikira. Sekali lagi maksimum.

4) Pelepasan Cukai Yuran Taska Anak

Ibu Bapa terpaksa pergi kerja, tiada pilihan lain terpaksa hantar anak ke pusat taska seluruh Malaysia yang berdekatan dengan tempat kerja. Bagi meringankan beban ibu bapa, kerajaan memberikan pelepasan cukai taska anak dan prasekolah.

  • Jumlah potongan (maksimum) : RM1 ribu sahaja

5) Pelepasan Diri Sendiri

Secara automatik, anda akan dapat pelepasan secara automatik sebanyak setiap kali isi e filing LHDN

6) Ibu Bapa

  • RM5 ribu @ RM3 ribu

Jikalau pengamal perubatan ada mengesahkan sebarang keadaan kesihatan ibu bapa anda, setiap rawatan yang dibelanjakan dan keperluan peralatan dan sebagainya untuk ibu bapa anda, anda berhak menuntut maksimum pelepasan sebanyak RM5 ribu.

Ataupun jikalau ibu bapa sihat walafiat, anda boleh juga menuntut pelepasan sebanyak RM1500 bagi ibu dan RM1500 bagi bapa anda. Pastikan tiada adik beradik lain yang membuat tuntutan pada masa yang sama.

7) OKU

  • RM6 ribu

Jikalau ada beli kerusi roda, katil untuk kalangan yang termasuk dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU) anda layak minta pengecualian maksimum sebanyak RM6 ribu

Tidak cukup dengan itu, setiap oku dapat terus pengecualian sebanyak tambahan RM6 ribu lagi

8) Yuran Sambung Belajar Sendiri

  • RM7 ribu

Jikalau anda sambung belajar di peringkat diploma ataupun ijazah sarajan muda di kursus pengajian seperti industri, perakaunan, kewangan islam, undang undang, teknikal, saintifik dan teknologi anda dapat pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM7 ribu

ataupun anda ada sambung belajar di peringkat sarjana ataupun doktor falsafah (PHD) di sebarang jurusan dengan duit sendiri juga, anda dapat pengecualian cukai pendapatan juga sebanyak RM7 ribu

9) Belanja Penyakit Kritikal

  • RM6 ribu

Jikalau anak anda, suami anda, atau anak sendiri menghadapi penyakit kritikal sehingga sukar untuk diubati, anda layak mendapat pengecualian maksimum RM6 ribu

Baca 3 Lagi 3 Artikel Berkaitan Di Bawah: