PDPR 2021: Pelaporan Modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Online
Telah digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012-2025) bahawa setiap murid mendapat:
- akses kepada Pendidikan supaya potensi diri dapat dicapai
- peluang mengikuti pendidikan, walaupun mereka tidak dapat hadir ke sekolah
SEMAK SINI: Portal Google Classroom Moe
Membantu guru melaksanakan modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah sebagai alternatif pembelajaran norma baharu merupakan tujuan manual ini diwujudkan.
Senarai Kandungan Penting:
Definisi Operasi
BACA SINI : Bantuan tablet percuma kepada pelajar yang layak, semak sini
Pelaksanaan PdP di rumah ataupun pusat komuniti ataupun di mana-mana lokasi yang bersesuaian.
PdPR boleh dilaksanakan dalam talian (online) dan /atau luar talian (offline) dan / atau off-site dengan terancang dan berstruktur.
Objektif
- Panduan kepada para guru untuk melaksanakan secara terancang dan berstruktur; dan
- Diikuti secara optimum oleh murid-murid
Cara PdPR Secara Online
Cara belajar:
- Mempunyai capaian internet
- Menggunakan peranti
- Belajar secara real time
Medium:
- Microsoft Teams atau Google Meet (secara live streaming)
- Cikgootube, Portal DELIMa KPM dan aplikasi media sosial
- ePermainan (gamification), klip audio, video, rakaman video, eBuku atau tugasan dalam talian
Tempoh layar maksimum ikut umur:
Tahap Persekolahan | Tempoh Waktu Layar Sehari |
---|---|
Prasekolah | 1 jam |
Sekolah Rendah | 1-2 jam |
Sekolah Menengah rendah | 2-3 jam |
Sekolah Menengah atas | 3-4 jam |
Pendekatan Luar Talian
Peranti seperti komputer, komputer riba, telefon pintar atau tablet tanpa capaian internet digunakan oleh pelajar untuk belajar.
Pendekatan Secara Off-Site
Berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 8 2016 Garis Panduan Pengurusan dan Pembelajaran Akibat Bencana antara tempat yang digunakan secara off-site adalah pusat komuniti dan juga premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat daripada wabak ataupun bencana.
Kaedah PdPR Menggunakan Modul
- Bagi memenuhi keperluan mata pelajaran akan dirancang secara berstruktur
- Perkara yang perlu ada pada modul PdPR:
i.Sasaran (prasekolah, rendah, menengah)
ii.Objektif berdasarkan DSKP
iii.Tajuk atau tema modul
iv.Nota berkaitan tajuk modul
v.Tempoh pelaksanaan aktiviti
vi.Pentaksiran dan
vii.Aktiviti relevan dengan topik
Kaedah PdPR Berasaskan Projek

Ia dilaksanakan mengikut mata pelajaran atau gabungan beberapa mata pelajaran
Pelaksanaannya adalah seperti di bawah ini:
- Tajuk diberi kepada murid
- Murid dibimbing untuk mengenal pasti peralatan, bahan dan kos yang diperlukan
- Murid dibimbing murid untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan
- Jangka masa untuk menyiapkan projek ditentukan
- Murid dibimbing menyelesaikan projek
- Hasil projek dibentangkan; dan
- Refleksi tentang proses penghasilan projek dilakukan
Peranan Guru
- Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) disusun semula berdasarkan takwim persekolahan yang berkuat kuasa dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
- Berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR, PRH perlu dirancang supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum;
- Kaedah penyampaian yang fleksibel ditentukan mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid.
- Menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah yang digunakan
- Pelbagai kaedah pentaksiran sepertu tugasan / latihan, kuiz dan projek digunakan untuk menentukan pencapaian murid
- Murid dipastikan mendapat atau menerima tugasan atau latihan yang dirancang oleh guru;
- Penglibatan murid dalam PDP di rumah direkodkan menggunakan kaedah yang bersesuaian; dan
- Perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga diadakan untuk menyokong pembelajaran di rumah
Peranan Pentadbir
- Perancangan dan pengurusan PDR Rumah dipastikan untuk dijalankan dengan cekap, teliti, dan berkesan bagi mengelakkan lambakan tugasan atau latihan kepada murid dan pertindanan masa antara mata pelajaran.
- Jadual pembelajaran yang fleksibel diatur bagi menguruskan aktiviti PDP di rumah yang berkesan; dan
- Mesti dipantau dan sokongan yang bersesuaian kepada guru diberikan.
Peranan Ibu Bapa / Penjaga
- Anak atau anak jagaan dibantu untuk mendapatkan maklumat berkaitan ataupun arahan / kerja rumah / tugasan yang diberikan guru; dan
- Anak atau anak jagaan dibantu untuk mengakses TV Pendidikan, DELIMa, Cikgootube dan EduwebTV (koleksi video).
Kesimpulan
Manual PdPR ini adalah panduan kepada para guru di bawah jabatan pendidikan negeri jpn masing-masing untuk melaksanakan secara teranci dan berstruktur agar murid di Melaka Kuala Lumpur KL Negeri Sembilan Labuan Pulau Langkawi terengganu Kelantan Pahang Sabah Sarawak Johor Putrajaya Selangor Perak Perlis Kedah dan Pulau Pinang Penang dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.
Sokongan semua pihak terutama daripada JPN, KPM, PPD, sekolah, komuniti, ibu bapa atau penjaga amat diperlukan untuk kejayaan murid-murid.