Pangkalan Data Murid: Pengurusan Kemaskini Borang Maklumat 2023

Cara isi Pangkalan Data Murid: Pengurusan Kemaskini Borang Maklumat Murid 2023

pangkalan data murid

Pangkalan data maklumat murid apdm merupakan satu aplikasi yang diperkenalkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia merupakan satu sistem kemaskini pangkalan tunggal bagi semua murid yang mendapat pendidikan di Malaysia. Ianya diwujudkan bertujuan untuk memudahkan urusan para guru untuk menguruskan maklumat murid. 

Pangkalan data ini sepenuhnya menjadi tanggungjawab guru kelas untuk sentiasa mengemaskini data maklumat murid dari semasa ke semasa.

Para guru boleh melayari laman sesawang https://apdm.moe.gov.my untuk menguruskan data maklumat murid apdm. Ia merupakan satu aplikasi yang digunakan untuk menyimpan semua rekod data dan boleh diakses secara atas talian.

Cara Isi Borang Maklumat Murid

Borang maklumat murid ini boleh diakses menerusi laman sesawang Aplikasi Pangkalan Data Murid apdm di https://apdm.moe.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini.

BACA SINI >> Keputusan egtukar kpm 2023

  • Ianya perlu diisi oleh ibu bapa dengan lengkap dan betul bermula daripada maklumat diri murid sehingga maklumat keluarga murid.
  • Cara pengisiannya adalah dengan menggunakan pen berwarna hitam dan biru sahaja.
  • Borang ini penting untuk diisi oleh murid untuk memudahkan urusan guru merekodkan maklumat yang telah diisi ke dalam sistem Aplikasi Pangkalan
  • Borang ini akan disimpan di dalam fail murid untuk tujuan simpanan rekod murid

BACA SINI >> Login portal splg kpm

kemaskini borang maklumat murid 2023

Kemaskini Maklumat Murid

Kemaskini maklumat murid boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang https://apdm.moe.gov.my.

Kemaskini ini hendaklah sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa jika terdapat apa-apa perubahan pada pangkalan data maklumat murid.

Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan data maklumat yang dipaparkan di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ini adalah betul dan lengkap.

Hanya guru kelas sahaja yang bertanggungjawab dalam urusan mengemaskini data maklumat ini.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengemaskini data maklumat;

  1. Layari laman sesawang https://apdm.moe.gov.my seperti pada Rajah di atas
  2. Masukkan ID Pengguna guru kelas dan kata laluan yang sah.
  3. Kemudian, klik pada butang “Hantar”.
  4. Seterusnya, pada bahagian Modul, klik pada bahagian “Data Murid”.
  5. Klik pada nama murid yang ingin dikemaskini.
  6. Selepas itu, guru kelas boleh membuat kemaskini pada mana-mana info murid yang terdapat perubahan.
  7. Setelah pengemaskinian telah dilakukan, klik pada butang “Kemaskini”.
  8. Akhir sekali, data murid berjaya dikemaskini.

Kelemahan Sistem Pangkalan Murid Sekarang

Penggunaan teknologi digital pada hari ini semakin pesat. Segala informasi dan maklumat individu boleh diakses secara atas talian.

Selaras dengan kepesatan teknologi pada abad 21, semuanya dihujung jari.

Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif ini dengan mewujudkan satu sistem pengurusan murid yang berperanan penting dalam menguruskan data peribadi murid.

Dengan adanya sistem pengurusan murid ini, ianya memberi banyak kelebihan kepada semua pihak termasuklah pihak guru dan ibu bapa.

Wujudnya sistem pengurusan murid ini secara atas talian dapat memudahkan pihak guru merekodkan data maklumat murid dan boleh diakses dengan mudah dari semasa ke semasa.

Data yang direkodkan juga dapat diakses pada bila-bila masa di dalam satu sistem sahaja.

Tambahan pula, sistem pengurusan murid ini juga menunjukkan kecekapan dan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia.

Ianya bertujuan untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Bukan itu sahaja, sistem pengurusan murid ini dapat memudahkan pihak guru dan ibu bapa untuk mengenalpasti prestasi dan latar belakang murid.

Profil yang direkodkan di dalam sistem tersebut dapat membantu pihak guru membuat penilaian latar belakang seseorang murid. Bila berlaku apa-apa masalah, data maklumat murid dapat diakses dengan mudah.

Secara tidak langsung, ianya dapat mengurangkan beban skop kerja pihak guru.

Oleh itu, sistem pengurusan murid ini wajar diwujudkan untuk mengelakkan berlakunya kehilangan data maklumat murid serta mengurangkan penggunaan borang secara manual. 

2 Penambahbaikan Pangkalan Data Maklumat Pengurusan Murid

Banyak penambahbaikan boleh dilakukan untuk menambahbaik sistem ini.

pengurusan murid

Hal ini penting untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia terus maju seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Ianya juga untuk memastikan sistem pangkalan data ini efektif dan cekap untuk kegunaan semua pihak.

  1. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan mewujudkan sistem pengkalan yang boleh diakses oleh semua pihak termasuklah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru-guru, ibu bapa dan murid.
  2. Namun, sistem tersebut mestilah hanya boleh dikemaskini oleh pihak berkuasa sahaja. Ianya bertujuan untuk mengelakkan data maklumat yang direkodkan adalah telus dan benar. 
  3. Selain itu, pangkalan data maklumat murid ini mestilah merangkumi semua maklumat berkaitan dengan murid beserta prestasi semasa dan modul-modul pelajaran bagi tahun pelajaran semasa murid. Ianya bukan hanya tertakluk pada data maklumat peribadi murid semata.
  4. Ianya boleh dijadikan sebagai platform utama guru dan murid untuk memudahkan interaksi antara guru dan murid sebagaimana yang digunakan di peringkat universiti yang dikenali dengan portal murid.

Semoga perkongsian panduan mengisi borang maklumat murid memudahkan urusan anda kelak.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia