fbpx

Pakej Prihatin Tambahan PKS Untuk Bangkit Cepat!

Penting Untuk Diketahui!! Senarai intipati ringkasan pakej prihatin tambahan pks (Perusahaan Kecil dan Sederhana sme serta syarikat mikro)

perutusan khas pakej prihatin tambahan pks sme

Seperti yang kita ketahui, aktiviti ekonomi negara Malaysia telah terjejas dek kerana wabak Covid-19 dan mengakibatkan aktiviti eknomi telah terhenti hingga menyebabkan kerugian kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Oleh yang demikian, pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat atau “Pakej PRIHATIN TAMBAHAN” ini telah dilakukan pada 6 April 2020 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA SINI: Semak Status Permohonan BPN Sehingga RM1200

Selain daripada tambahan Program Subsidi Upah, terdapat juga berita baik daripada pengumuman tersebut kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iaitu Geran Khas PRIHATIN bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan yang jumlahnya RM2.1 bilion.

Ringkasan Perutusan Khas Pakej Prihatin Tambahan PKS

1. Hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro.

Untuk menikmati kemudahan ini, PKS mikro perlu mendaftarkan diri dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

2. Moratorium diberikan ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020 oleh organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit.

3. Untuk Skim Kredit Mikro yang jumlahnya RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional, terdapat 2% pemansuhan kadar faedah kepada 0%.

4. Dipanjangkan skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro kepada TEKUN Nasional dengan setiap syarikat had maksimum pinjaman adalah RM10,000 pada kadar faedah 0%.

5. Untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan akan diberikan diskaun sewaan dan pengecualian bayaran sewa akan diberikan.

6. Kemudahan yang sama dengan pengurangan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa tempoh PKP berlangsung dan 3 bulan selepas PKP berakhir akan diberikan kepada pemilik premis swasta. Potongan cukai tambahan yang bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April sehingga Jun 2020 akan diberikan kepada pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan perlepasan sewa atau pengurangan kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana.

7. Bayaran levi pekerja asing dikurangkan sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hinggalah 31 Disember 2020. Pembantu rumah tidak termasuk dalam golongan pengurangan bayaran levi ini.

8. Perundingan diadakan antara majikan dan pekerja digalakkan oleh Kerajaan mengenai terma pekerjaan, termasuk pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP dan pilihan pemotongan gaji.

9. Juga dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP untuk tempoh simpan penyata kewangan syaikat diserahkan. Syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 Disember 2019 akan diberikan kelonggaran.

SUMBER: https://www.pmo.gov.my/2020/04/langkah-tambahan-bagi-pakej-rangsangan-ekonomi-prihatin-rakyat-prihatin/

Walau bagaimanapun, kelonggaran ini perlu dipohon ke SSM, dan atas permohonan berkenaan, tiada fi penghantaran lewat akan dikenakan.

Scroll to Top