Pakatan Harapan Bergolak & PRU15 Tahun 2020?

Semakan Blog dan Manifesto Pakatan Harapan terkini dipimpin Tun Mahathir dipertikai dan PH sedang bergolak dan bakal PRU15 tahun 2020?

anti manifesto pakatan harapan malaysia mahathir

Dahulu gabungan pembangkang yang asli bermula dengan nama Pakatan Rakyat hasil gabungan DAP, PAS, Parti Keadilan Rakyat PKR. Selepas cuba beberapa kali sejak era reformasi pada tahun 1998, akhirnya pakatan pembangkang ini berjaya menjadi kerajaan di beberapa buah negara pada Pilihanraya Umum 2008 dan juga pada PRU 2013.

Tetapi selepas Nik Aziz telah tiada, dan digantikan dengan Hadi Awang, pakatan rakyat terus jadi kacau bilau. Akhirnya Pakatan Rakyat berkubur sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum 2018.

Dengan kemasukan parti Bersatu, Amanah, PKR dan juga DAP akhirnya tertubuhlah Pakatan Harapan PH. Dan mengejutkan pemerhati politik di dalam Malaysia dan luar negara, pakatan baru ini iaitu Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan raya Umum ke 14 sekaligus menjadi kerajaan Malaysia untuk tempoh 5 tahun seterusnya sehingga ke hari ini.

BACA SINI: Semakan bsh 2020 samada lulus atau tidak

Punca Drama Pakatan Harapan

Boleh lihat sendiri pelbagai perkembangan dan berita terkini mengenai parti Pakatan Harapan seperti yang dikongsikan di bawah ini:

1. Manifesto Pakatan Harapan terus dipertikai orang ramai apabila janji yang telah mereka tabur masih ada lagi yang tidak terlaksana sehingga ke hari ini.

3. Video seks menteri telah menggemparkan ramai orang. Pelbagai spekulasi mula timbul. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara mengatakan tiada kes untuk isu ini di mana bukti yang ada adalah kabur.

3. Berdasarkan dapatan yang telah kami lakukan semakan ramai anti Pakatan Harapan PH, baik kawan dan lawan, Ini kerana cara pengurusan dan menjaga kebajikan rakyat di bawah oleh barisan kabinet kerajaan ph agak mengecewakan selepas hampir 2 tahun memerintah di bawah Perdana menteri Malaysia Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad.

KLIK SINI : Harga Proton X50 2020: Gugat HRV CHR & Subaru XV

5. Terdapat gerakan dikalangan pimpinan Bersatu dan PKR sendiri bersama-sama sebahagian pemimpin PAS dan UMNO yang sedang berusaha menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan selepas Tun Mahathir. Ramai yang tidak suka kerajaan PH ada lim guan eng

6. Sekarang ini, terdapat operasi sulit dan gerakan dikalangan pemimpin tertinggi untuk mengumpulkan sokongan melalui akaun bersumpah (SD) kepada Tun Mahathir Mohamad supaya terus memerintah negara Malaysia.

  1. Azmin Ali membawa sokongan ahli parlimen daripada PKR. Setakat ini yang sudah tandatangan hanya 8 atau 9 orang sahaja. Dan dalam pada masa yang sama, Azmin dan kemnya berkemungkinan menyertai Parti Gerakan atas strategi politik kemnya.
  2. Hishamuddin bawa sokongan melibatkan beberapa ahli parlimen daripada UMNO
  3. Zahid Hamid selaku Presiden turut membawa pemimpin UMNO yang bergelar ahli parlimen untuk sama-sama menyokong Tun Mahathir
  4. Jumlah setakat ini, sudah 35 ahli parlimen UMNO yang sudah tandangan SD
  5. Kesemua 18 ahli parlimen dari PAS sebulat suara sokong Tun Mahathir
  6. Terdapat 3 ahli parlimen Amanah turut sokongan melalui SD (akaun bersumpah)
  7. Dan juga ada 5 ahli parlimen DAP yang tidak ketinggalan memberikan sokongan
  8. Akhirnya ada 6 ahli BEBAS yang telah memberikan sokongan kepada tun dr mahathir mohamad
blog pakatan harapan website
SUMBER: https://www.scmp.com/week-asia/opinion/article/3074913/how-malaysias-pakatan-harapan-coalition-failed-deliver-and-what

7. Walaubagaimanapun, angka yang terkini yang telah memberikan sokongan terhadap Tun Mahathir setakat ini masih lagi belum mencecah 112 (undi majoriti) untuk dibentangkan di dewan Rakyat.

8. Terdapat juga ahli parlimen UMNO yang bermain di ‘2 kolam besar’ secara serentak. Mereka bagi sokongan kepada Anwar Ibrahim, dalam pada masa yang sama mereka juga bagi sokongan kepada tun dr mahathir mohamad.

GPS Tak Sokong Pakatan Harapan

9. Dan juga, kami dimaklumkan sehingga ke hari ini, negeri Sarawak melalui gabungan parti sarawak (GPS) masih lagi tidak memberikan sokongan dan kata putus terhadap operasi sulit ini. Ini kerana kerajaan Sarawak, merasakan mereka tiada keperluan untuk memberikan sokongan baik di pihak Tun Mahathir mahupun di pihak Dato Seri Anwar Ibrahim iaitu untuk Pakatan Harapan

Dalam pada masa yang sama, mereka sedang sibuk dan mahu fokus untuk Pilihanraya Negeri Sarawak 2021 (PRN Sarawak).

10. Manakala di Sabah pula, parti Warisan Sabah yang memerintah, kami difahamkan permintaan dan syarat yang diberikan tidak dapat dipenuhi oleh Tun Mahathir Mohamad. Jadi masih tergantung di situ situasi di Sabah.

11. Sebenarnya sedang berlaku pergaduhan antara Zahid Hamidi dengan Hishamuddin. Semuanya berlaku dek kerana dibelakang Tun Mahathir adalah Tun Daim Zainuddin yang membuat sebarang keputusan ‘political maneuver’ ini. Tun Daim mahukan Hishamuddin Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, Zahid Hamidi membantah rancangan tersebut.

12. Berdasar perancangan seorang menteri akan dipilih untuk membawa usul percaya kepada Perdana Menteri Malaysia, bagi mempercepat proses dan boleh melangkah giliran untuk usul dibentangkan di Dewan Rakyat. Dalam masa mudah menggunakan menteri

13. TETAPI….ada tetapinya. Usul yang dibawa hanya boleh dibenar oleh Tuan Speaker, Datuk Mohamad Ariff. Dalam bahasa politik, Tuan Speaker ini pun bukan ‘sebelah kem Mahathir’ jadi berkemungkinan akan ada masalah di situ!

14. Jikalau tindakan undi percaya tidak berjaya dilakukan supaya Tun Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh 5 tahun, dan dalam pada masa yang sama kem Anwar Ibrahim terus mengasak Tun Mahathir Mohamad letak jawatan, Tun Mahathir tiada pilihan lain selain bubar parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15)

  • Mengapa undi percaya dilakukan pada siri persidangan Dewan Rakyat pada bulan Mac 2020?
  • Ini bagi menutup sebarang ruang untuk undi tidak percaya terhadap Tun Mahathir pada siri persidangan Parlimen kali itu.

15. Pergolakan di peringkat tertinggi ini iaitu persoalan jawatan Perdana Menteri yang tidak jelas menjadi salah satu sebab kalangan pelabur di luar mengambil pendirian tunggu dan lihat untuk melabur di Malaysia, sebaliknya memilih negara jiran kita sebagai pilihan tempat pelaburan yang lain. Akhirnya impaknya berbalik kepada keadaan ekonomi negara dan ekonomi rakyat.

Pakatan Harapan Boleh Menang?

P/S : Jikalau benar berlaku pada Pilihanraya Umum tahun 2020 ini PRU15, bolehkan Pakatan Harapan terus memegang tampuk kuasa melihatkan prestasi dan perkembangan yang ada pada hari ini? Apa respon anda pula?

PP/S : Esok berlangsung Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sama-sama kita lihat apa yang terjadi selepas itu!

PPP/S: Warwar dan SHARE berita pakatan harapan dan website rasmi ini di Facebook dan Whatapps kawan-kawan dan ahli keluarga anda yang terdekat!