Senarai Online Payment Gateway Malaysia: List Top 10 Example 2023 offer guna credit card internet banking fpx melalui billpliz stripe paypal ipay88 eghl
Payment gateway atau lebih dikenali sebagai gerbang pembayaran atas talian yang menyediakan perkhidmatan bagi memudahkan transaksi atas talian yang dibuat menerusi laman sesawang e-Dagang.
BACA SINI >> Lazada free shipping voucher
Pembayaran yang diterima adalah menerusi pembayaran perbankan internet.
Teknologi digital ini menjadikan urusan jual beli secara online menjadi lebih mudah dan lebih selamat.
Top 10 Online Payment Gateway Malaysia 2023
Rajah di bawah ini menunjukkan aliran kaedah gerbang pembayaran yang menjadi medium penghantaran dana dari akaun bank pembeli ke akaun bank penjual.
- BACA SINI >> Shopee free shipping voucher
- BACA SINI >> Save video tiktok tanpa watermark
Kaedah ini menjadi rutin harian masyarakat kerana dunia hari ini bergantung kepada transaksi atas talian yang melibatkan gerbang pembayaran atas talian.

1. ipay88 Paymant Gateway
iPay88 ialah salah satu gerbang pembayaran yang cukup terkenal di Malaysia. https://www.ipay88.com
- Ia digunakan oleh hampir semua masyarakat yang melakukan transaksi di laman e-Dagang.
- Sistem ini digunakan dalam kebanyakkan platform e-Dagang bagi membolehkan pembeli membuat pembayaran barang atau produk yang dibeli oleh mereka.
- iPay88 ini juga mempunyai usaha sama dengan 18 perbankan internet iaitu Maybank, RHB Bank, CIMB Bank dan banyak lagi serta 12 E-wallet yang terkemuka di Malaysia seperti TnG, Grabpay dan banyak lagi.
2. Paypal Payment
Paypal merupakan gerbang pembayaran yang melibatkan transaksi atas talian antarabangsa.
- Paypal juga boleh dikategorikan sebagai digital wallet yang dapat memudahkan pengguna melakukan transaksi e-Dagang melalui platform antarabangsa yang melibatkan transaksi mata wang yang berbeza.
- Ia merupakan integrasi web yang digunakan secara global. Pembayaran yang dilakukan melalui Paypal ini sangat senang dan ringkas.
- Apa-apa sahaja transaksi yang dilakukan menggunakan medium Paypal hendaklah didaftarkan terlebih dahulu di aplikasi atau laman sesawang Paypal.
3. Billpliz Payment
Billpliz merupakan gerbang pembayaran antarabangsa yang paling mudah dan murah.
- Pengguna perlu mendaftar akaun Billplis terlebih dahulu sebelum transaksi pembayaran menerusi laman e-Dagang boleh dijalankan.
- Tambahan pula, pembayaran yang dilakukan melalui medium billpliz diterima di semua perbankan internet tempatan.
- Caj penggunaan sistem Billpliz akan dikenakan bayaran caj transaksi sebanyak RM1.50 bagi setiap transaksi.
4. ToyyibPay Payment
Gerbang pembayaran seperti ToyyibPay, merupakan antara gerbang pembayaran atas talian yang termurah yang tersenarai di pasaran.
- Terdapat dua (2) jenis pakej yang ditawarkan menerusi ToyyibPay ini iaitu Pakej Standard dan Pakej Santai.
- Caj transaksi akan dikenakan berdasarkan pakej yang dipilih.
- Sistem ini sangat mudah dan tiada caj tambahan yang akan dikenakan kepada pengguna selain caj transaksi yang telah ditetapkan.
- Tambahan pula, transaksi atas talian yang menggunakan pembayaran ini tidak mempunyai apa-apa transaksi.
5. Stripe Payment
Stripe merupakan syarikat teknologi Amerika yang menyediakan perkhidmatan gerbang pembayaran kepada pengguna.
- Namun, Stripe kini dikenali dalam kalangan masyarakat dunia termasuklah Malaysia.
- Perusahaan perniagaan atas talian seperti Amazon, Google, Uber, Grab dan Zoom menggunakan perkhidmatan Stripe sebagai gerbang pembayaran yang selamat yang melibatkan pertukaran mata wang dipercayai.
- Pesaing utama syarikat Stripe adalah Paypal disebabkan oleh fungsi dan fitur yang ditawarkan adalah hampir sama.
6. SenangPay Payment
SenangPay merupakan pembekal perkhidmatan gerbang pembayaran yang memudahkan para pengguna yang melakukan transaksi atas talian menggunakan pembayaran atas talian.
- Ianya diwujudkan bagi memudahkan pengguna melakukan urusan jual beli di platform tempatan dan antarabangsa.
- Caj perkhidmatan melibatkan transaksi yang dilakukan akan dikenakan bergantung pada pakej yang ditawarkan oleh SenangPay iaitu Pakej Basic dan Pakej Advance.
- SenangPay menggunakan sistem Secure Socket Layer (SSL) di dalam platformnya di mana data bank pengguna tidak disimpan di dalam platform ini.
- Secara tidak langsung, data bank pengguna tidak terdedah kepada individu yang tidak bertanggungjawab.
7. eGHL Payment
EGHL adalah sama seperti mana-mana gerbang pembayaran atas talian yang lain seperti Paypal, ApplePay dan banyak lagi. Perkhidmatan ini dihasilkan oleh GHL Systems Berhad.
- Ianya bertujuan untuk memastikan transaksi atas talian dilakukan dengan selamat dan dapat memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran atas talian.
- Transaksi yang dilakukan menggunakan medium EGHL beroperasi di negara Asia Tenggara melibatkan 48 mata wang.
8. Razer Payment Services
Razer Merchant Services (RMS) merupakan sistem pembayaran atas talian yang sangat popular digunakan di Malaysia.
- Ianya beroperasi di bawah platform FPX yang menghubungkan banyak perbankan atas talian termasuklah Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan banyak lagi.
- Platform ini berjaya menghubungkan perniagaan antarabangsa secara atas talian melalui medium yang ditawarkan oleh RMS.
- Pembayaran elektronik RMS ini kini menyokong pembayaran atas talian seperti ApplePay.
9. Maybank Pay
Maybank2U Pay merupakan sistem pembayaran elektronik bagi transaksi atas talian dikhususkan kepada pengguna akaun perbankan Maybank.
- Hanya pelanggan Maybank sahaja yang boleh menggunakan kaedah pembayaran ini.
- Bukan itu sahaja, MaybankPay juga mempunyai usaha sama bersama Apple Pay untuk memudahkan pengguna alat telekomunikasi Apple yang mempunyai akaun perbankan bersama Maybank.
Top Online Payment Gateway Malaysia Terbaik dan Paling Bagus
iPay88 merupakan gerbang pembayaran atas talian yang terbaik dan paling bagus yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia bagi urusan perniagaan atas talian.
Ianya mementingkan keselamatan data dan kewangan pelanggan daripada segala penipuan cyber.
Tambahan pula, ianya merupakan antara syarikat pembayaran yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia.
Oleh itu, pengguna tidak perlu risau akan keselamatan data, penggunaan dan transaksi kerana ianya dijaga rapi mengikut standard yang telah ditetapkan.
Kaedah pembayaran ini boleh membayar sehinggga 37 saluran pembayaran secara atas talian.
Yang Mana Online Payment Gateway Malaysia Offer Free Trial
eGHL merupakan salah satu gerbang pembayaran atas talian Malaysia yang menawarkan trial percuma kepada pengguna.
Walaubagaimanapun, selepas tamatnya tempoh percubaan, bayaran dan caj akan dikenakan sepertimana yang telah ditetapkan.
Berapa Caj Kos Untuk 5 Online Payment Gateway Malaysia Terbaik
Berikut merupakan kadar caj bayaran bagi setiap transaksi yang telah dilakukan menerusi pembayaran atas talian bagi lima (5) syarikat gerbang pembayaran yang terbaik di Malaysia;
- Ipay88, caj pembayaran bagi setiap transaksi ialah 2.9 peratus daripada jumlah transaksi.
- Billpliz, caj pembayaran bagi setiap transaksi ialah RM1.50.
- SenangPay, caj pembayaran bagi setiap transaksi ialah 1.5 peratus daripada nilai transaksi atau minimum RM1.
- Stripe, tiada caj transaksi pembayaran dikenakan.
- Paypal, caj pembayaran bagi setiap transaksi ialah 3.9 peratus + RM2 daripada nilai transaksi domestik dan 4.4 peratus daripada nilai transaksi antarabangsa.
Kelebihan Online Payment Gateway Malaysia di Ecommerce Shopping
Dunia hari ini banyak menggunakan transaksi atas talian bagi memudahkan para peniaga dan pembeli untuk menjalankan urusan urus niaga.
Dengan kepesatan teknologi yang ada pada hari ini, menjadi kaedah gerbang pembayaran atas talian ini penting. Ia memudahkan urusan perniagaan pelbagai pihak.
Maka, setiap individu yang menjalankan perniagaan dan melakukan transaksi atas talian dalam kehidupan seharian mereka wajib memuat naik platform ini.
Ia memberi banyak kelebihan kepada pengguna. Dari segi keselamatan, ada sesetengah gerbang pembayaran ini berdaftar di bawah pengurusan Bank Negara. Ini bermaksud setiap transaksi atas talian yang dijalankan adalah selamat di sisi undang-undang.
Bukan itu sahaja, data perbankan yang digunakan dalam platform gerbang pembayaran ini lebih selamat berbanding menggunakan pembayaran secara terus menerusi perbankan internet. Data bank pengguna akan disimpan dengan baik. Oleh itu, transaksi menggunakan gerbang pembayaran atas talian ini amatlah digalakkan.