Semak No Cukai Pendapatan LHDN Number

Semak No Cukai Pendapatan LHDN Number, senang sahaja dapatkan semula nombor rujukan anda

semak no cukai pendapatan lhdn

Setiap daripada anda yang bekelayakan untuk buat lhdn payment, ada dapat semak nombor cukai pendapatan masing-masing.

No rujukan tersebut adalah unik untuk setiap pembayar cukai

Dengan ada nombor lhdn ini, banyak urusan boleh dilakukan oleh anda sebagai pembayar cukai.

Jika anda terlupa atau mahu mendapatkan segera number tersebut, boleh semak secara online melalui panduan perkongsian seperti di bawah ini

Semak No Cukai Pendapatan LHDN

Untuk dapatkan nombor anda mudah sahaja, boleh terus login ke link pautan ini, https://edaftar.hasil.gov.my

  1. Anda akan diminta memasukan beberapa butiran penting antaranya seperti jenis pengenalan (samada no kad pengenalan baru, no polis, no tentera atau passport number anda)
  2. Kemudian isi no pengenalan diri anda berdasar pilihan yang telah anda buat
  3. Letakkan kod keselamatan yang terpapar setiap kali anda refresh halaman tersebut untuk tujuan sekuriti
  4. Akhir sekali, untuk tujuan keselamatan juga supaya semak nombor cukai pendapatan lhdn tidak didedahkan sewenang-wenang secara online kepada scammer, anda perlu letakkan email dan no telefon bimbit yang telah daftar dan register dengan pihak LHDN.

Boleh terus contact mereka di sini, lhdn contact number

Masalah Tak Dipaparkan Nombor

BACA SINI >> Semakan bil cukai taksiran

Pastikan anda masukkan alamat email dan nombor telefon yang betul yang mana telah daftar dan register dalam sistem pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jika tidak, anda akan dapat notis seperti gambar di bawah ini

lhdn number

Jika anda sudah terlupa mana satu email atau nombor telefon yang berada dalam sistem LHDN, boleh mendapatkan semula dengan cara:

  • pergi berjumpa dengan kakitangan LHDNM di pejabat lhdn yang berdekatan dengan anda ATAUPUN…
  • Boleh terus hubungi di bahagian Hasil Care Line di nombor 03-89111000

Jika Tiada No Cukai Pendapatan

Jika anda tiada semak nombor cukai pendapatan, ini bermakna anda tidak pernah daftar dengan lembaga hasil dalam negeri. Anda boleh berbuat demikian dengan ikut cara seperti di bawah ini:

  • BACA SINI: LHDN Login dengan Cara Daftar Kali Pertama Ezhasil eHasil 2022

Contoh Nombor Cukai Pendapatan Individu & Syarikat

  1. Kod 01 – SG Untuk Individu yang tiada gaji dan punca pendapatan
  2. Kod 02 – OG Untuk Individu
  3. Kod 03 – D Untuk Perkongsian
  4. Kod 04 – C Untuk Syarikat
  5. Kod 05 – J Untuk Keluarga Sekutu Hindu
  6. Kod 06 – F Untuk Pertubuhan
  7. Kod 07 – TP Untuk Harta Pusaka
  8. Kod 08 – TA Untuk Badan Amanah
  9. Kod 09 – TC Untuk Amanah Unit/Harta Tanah
  10. Kod 10 – CS Untuk Koperasi
  11. Kod 11 – Lain-lain

NOTA: Untuk contoh nombor cukai pendapatan individu adalah OG 10234567080 manakala untuk syarikat adalah seperti C 1234567809

nombor lhdn

Soalan Lazim & FAQ No Lhdn

1) Saya terlupa nombor cukai, bagaimana cara semak dan mendapatkannya semula?

Ada dikongsikan di atas ini

2) Apakah itu nombor cukai pendapatan?

Ia adalah nombor rujukan yang merupakan pengenalan kepada pengistiharaan pendapatan anda secara rasmi dengan kerajaan melalui lembaga hasil dalam negeri

Semoga perkongsian cara mendapatkan no cukai pendapatan lhdn memudahkan anda membuat sebarang urusan selepas ini walau di mana sahaja.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia