Keputusan pemenang dan Senarai Nama Pemenang SSP Sijil Simpan Premium bsn RM1 Juta dan Mercedes serta perkongsian tips menang tahun 2021
Tahukah anda skim sijil simpanan premium bsn ini telah bertapak lama di Malaysia. Bukan setahun dua, tetapi sudah lebih 40 tahun lamanya sejak tahun 1978 lagi. Tetapi….
Tetapi yang buat sijil simpanan premium ini mula terkenal apabila satu demi satu rakyat Malaysia diangkat menjadi jutawan Malaysia segera dengan kemenangan wang tunai sejumlah RM1 juta untuk setiap cabutan yang dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Maknanya setiap kali anda membuat simpanan melalui skim sijil simpanan premium BSN, anda berpeluang untuk menang pelbagai hadiah daripada wang tunai bernilai bernilai ratusan ringgit, kereta Perodua, BMW, Mercedez sehingga ke nilai cabutan bertuah bernilai Rm1 juta. Lumayan bukan.
Bukan itu sahaja. Anda juga boleh buat personal loan sehingga 95 peratus daripada jumlah simpanan yang anda lakukan (minimum simpanan RM5300). Tidak cukup dengan itu. Anda layak untuk memohon kad kredit bsn Al-Aiman jika anda membuat dengan nilai RM5,000 dan ke atas.
Senarai Kandungan Penting:
Tarikh Cabutan SSP BSN 2021
Kalendar dan Tarikh cabutan sijil simpanan premium dan check result lucky draw ssp bsn ini, anda boleh semak pada jadual di bawah ini yang mana akan diumum setiap bulan sepanjang tahun 2021
BULAN | TARIKH CABUTAN |
---|---|
Cabutan Januari 2021 | 14 FEBRUARI 2021 |
Cabutan Februari 2021 | 6 MAC 2021 |
Cabutan Mac 2021 | 3 APRIL 2021 |
Cabutan April 2021 | 8 MEI 2021 |
Cabutan Mei 2021 | 5 JUN 2021 |
Cabutan Jun 2021 | 3 JULAI 2021 |
Cabutan Julai 2021 | 7 OGOS 2021 |
Cabutan Ogos 2021 | 4 SEPTEMBER 2021 |
Cabutan September 2021 | 2 OKTOBER 2021 |
Cabutan Oktober 2021 | 6 NOVEMBER 2021 |
Cabutan November 2021 | 4 DISEMBER 2021 |
Cabutan Disember 2021 | 8 JANUARI 2022 |
NOTA : Semakan Result cabutan sijil simpanan premium bank simpanan nasional akan diumum pada hari Sabtu bertempat di Auditorium Wisma BSN Jalan Ampang
Hadiah-hadiah yang anda bakal terima daripada BSN ini akan mendapat pengecualian daripada pembayaran cukai pendapatan
Berapa Dividen SSP 2021
Cara kira sijil simpanan premium bsn dividen mudah sahaja, boleh rujuk jadual di bawah ini
PERKARA | KADAR DIVIDEN |
---|---|
Jikalau anda ada baki minimum simpanan RM5 ribu | 0.15 peratus |
Jikalau anda ada baki minimum simpanan RM50 ribu | 0.45 peratus |
Jikalau anda ada baki minimum simpanan RM500 ribu | 0.75 peratus |
Cara Keluarkan Duit
Nak keluar duit anda semula mudah sahaja. Caranya adalah seperti berikut :
- Bawa sijil simpanan anda ke mana-mana cawangan bank simpanan nasional yang terdekat dengan anda
- Isi borang pengeluaran. Tunggu sehingga nama anda dipanggil di kaunter yang berkaitan
- Kakitangan BSn akan minta kad pengenalan anda untuk pengesahan identiti sama dengaan sijil simpanan premium BSN yang anda miliki.
- Jikalau tiada masalah, anda akan dapat semula duit yang anda inginkan. Semudah itu.
- tempoh matang sijil simpanan premium bsn pun, tidak lama hanya 45 hari sahaja dari tarikh anda melakukan pembelian
Keburukan SSP
Setakat ini Mypt3 tidak jumpa walau satu pun keburukan sijil simpanan premium BSN. Ini kerana :
- Nak keluar duit semula pun senang
- Jikalau menang pun tiada kena bayar satu pun kepada LHDN untuk cukai pendapatan
- Nak semak baki pun mudah
Senarai Nama Pemenang SSP BSN RM1 Juta
Anda boleh lihat dan semak senarai nama pemenang sijil simpanan premium bsn untuk 3 tahun terakhir ini :
TAHUN | PAUTANNYA |
---|---|
2021 | CHECK SINI www.mybsn.com.my ssp result |
2020 | |
2019 | |
2018 |
Cara Semak sijil simpanan premium
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Cara semak melalui nombor kad pengenalan anda | www.mybsn.com.my/checksspresult |
Cara check dengan nombor sijil |
Tips Menang SSP BSN
- Cara daftar mudah. Beli setiap minggu dengan nilai yang rendah pun tidak mengapa. Dalam anda menyimpan, dapat juga peluang menang hadiah.Lebih banyak anda beli sijil lebih tinggi peluang anda
- Jangan letakkan harapan yang tinggi. Buat simpanan seperti biasa. Banyakkan berdoa. Rezeki tidak pernah salah alamat.
Ini video contoh kisah pemenang ssp bsn yang cukup bertuah. Selepas ini mungkin giliran anda pula?
P/S : Kepada yang ragu-ragu dengan kehalalan duit hadiah ini, MYpt3 sendiri dimaklumkan yang mana Mufti Pulau Pinang yang merupakan salah seorang penal bagi skim ini adalah halal dan diiktiraf uruniaga yang dilakukan
PP/S : Jangan percaya cakap cakap kononnya ssp bsn penipu. Ia merupakan uruniaga yang sah da dijamin oleh kerajaan Malaysia
cabutan sijil simpanan premium bank simpanan nasional