Mytukar Review: Jual Kereta Used Car Sampai Dapat Payment

Review Mytukar apabila berurusan untuk jual kereta used car menerusi live bidding sehingga dapat payment

mytukar review

Okay sebab ini first time kami nak jual kereta used car melalui cara baru, jadi suka untuk kami berkongsi pengalaman sendiri jual kereta used car melalui sistem online.

Bila kami putuskan untuk nak jual kereta pertama ini, pertama sekali kami google bagaimana cara nak jual kereta used car tanpa merugikan kami di mana pinjaman kereta (car loan) masih belum habis lagi (ada baki hutang lagi dengan bank).

Pada waktu ini baru dapat tahu ada pelbagai portal dan laman web online yang menyediakan sistem jual beli kereta used car yang sangat memudahkan kami. Berbanding cara lama yang memerlukan kami pergi survey daripada satu kedai kereta terpakai ke kedai used car yang lain.

Ada banyak pilihan antaranya ialah carsome, carlist, oncar, mytukarr, solecare dan BANYAKK LAGI.

Proses Cara Jual Kereta Used Car di Mytukar

Prosedur semua syarikat ini lebih kurang sama, tetapi yang membezakannya adalah HARGA yang akan mereka tawarkan pada kita nanti.

Sistem syarikat-syarikat ini tawarkan ada perbezaan sedikit sikit, ada yang akan masukkan kereta kita dalam live bidding @ ada yang terus beli direct kereta dengan anda kita. Bergantung.

Oncar Review

  • Pertama sekali kami deal dengan oncar. Bila hubungi mereka, mereka terus tetapkan appointment dan temujanji Oncar dengan kami untuk tujuan inspection / pemeriksaan kenderaan.
  • Wakil Oncar akan datang sendiri ke rumah dan mula melakukan proses pemeriksaan dan inspection kereta. Jadi anda tidak perlu sama sekali pergi ke mana-mana. Duduk sahaja di rumah. Free dan percuma, tiada cak dikenakan kepada anda.
  • Mereka akan check keadaan fizikal kereta, test drive kereta anda
  • Kemudian mereka terus bagi harga tawaran pada kita.
  • Kalau kita setuju dengan harga yang ditawarkan, kita boleh terus buat urusan jual beli kereta used car milik sendiri pada masa tu.
  • Hakikatnya, kami tidak terus setuju sebab nak survey lagi tawaran dengan syarikat lain
  • Jadi, kami tunggu dahulu untuk membuat keputusan
PERKARAHARGA
Harga tawaran Oncar untuk kereta used car kamiRM20,000

Carsome

  • Seterusnya, kami buat appointment dengan Carsome
  • Apabila sampai sahaja di branch cawangan Carsome, mereka terlebih dahulu memeriksaan geran kereta dan melihat keadaan fizikal kereta kami. Tidak buat inspection menyeluruh
  • Dan mereka terus memberikan anggaran harga
PERKARAHARGA
Harga tawaran Carsome untuk kereta used car kamiRM16,000

NOTA: Apabila dengar harga yang diberikan, kami terus balik sahaja kerana harga yang ditawarkan sangat rendah

Mytukar Review

  • Selepas kami contact dan hubungi wakil mereka, mereka bagi kami appoinment untuk buat inspection. Mula- mula nak mintak datang ke rumah, tapi slot yang ada tidak sesuai
  • Jadi mereka cadangkan untuk datang terus ke pejabat cawangan dan branch Mytukar yang terdekat
  • Apabila sampai sahaja mereka terus minta geran kereta dan buat inspection serta pemeriksaan. Dalam 30 hingga 40 minit juga mereka periksa dan cek kereta kami
  • Selesai sahaja periksa kereta, mereka tidak terus memberikan tawaran harga tetapi tawaran harga diberikan pada esok hari
  • Disebabkan kami mahu dapatkan tawaran harga segera dari pihak Mytukar, akhirnya mereka masukkan kereta kami dalam sistem live bidding. Live bidding mytukar ini berlaku dia antara used car / dealer kereta.
  • Akhirnya di sebelah petang, tawaran kereta sdah diperolehi dan hasilnya…
PERKARAHARGA
Harga tawaran Mytukar untuk kereta used car kamiRM21,900

Melihatkan tawaran harga itu, kami terus bersetuju. Ini adalah tawaran harga tertinggi kereta used car kami di antara oncar, carsome or mytukar.

Walaupun Oncar juga memberikan tawaran yang lebih tinggi daripada jumlah asal, tetapi mampu menandingi tawaran dari Mytukarr. TERBAIK.

Alhamdulillah harga yang ditawarkan itu lebih daripada total baki loan kereta, so dapatlah sikit lebihan tunai.

SUMBER: https://myytukar.com

Review Proses Jual Beli Kereta Used Car Dengan Mytukar

  1. Jadi bermula proses jual beli dengan Mytukar
  2. Sampai sahaja di bank, pihak mereka sudah tunggu kami.
  3. Masuk bank, jumpa pegawai bank dan tanya baki loan & total selepas diskaun / rebate / rebat full settlement car loan kereta
  4. Selepas dapat details harga & no akaun loan, mereka akan terus buat tukar hak milik (thumb) di situ.
  5. Selesai proses pindah hak milik kereta, mereka akan bank in terus full payment di akaun car loan kita.
  6. Selepas itu, kita perlu semak dan check semula dengan pihak bank samada sudah terima pembayaran dan full settlement payment tersebut. Apabila sudah terima, bank mengatakan 4 hari akan keluar myBatal
  7. Lebihan cash dari full settlement dari jual kereta used car itu , myTukar akan terus bank in pada kita, selepas mereka re-check kereta itu lepas ambil kereta kita.
  8. Selepas 4-5jam, lebihan tunai dan payment Mytukar sudah masuk akaun bank kami.
  9. Selesai sudah urusan Jual beli kereta used car dengan Mytukar.
  10. Kemudian tunggu Geran Original dapat kepada kita, and kami akan hand over geran original kepada mereka
  11. Selesai

Selain carsome, mytukar juga ada pejabat cawangan dan branch di seluruh Malaysia termasuk di Labuan Sabah Sarawak Melaka Negeri Sembilan Johor Selangor Kuala Lumpur KL Putrajaya Pulau Pinang Penang Perlis Kelantan Kedah Terengganu Pahang dan Perak.

Mytukar Scammer dan Penipu?

Tidak sama sekali. Jangan percaya. Berdasar review kami sendiri, segala urusan daripada awal hingga selesai, kami sangat berpuas hati. Samada mytukar or carsome, kami pasti pilih yang beri harga tertinggi. SIMPLE!

Ini sedikit sebagai review kami sepanjang berurusan jual kereta used car dengan Mytukar. TERBAIk!

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia