Mystep 2023: Permohonan Jawatan Kosong Kontrak & GLC

Cara Memohon permohonan mystep 2023 Jawatan Kosong Kontrak & GLC

permohonan jawatan kosong mystep 2023

Malaysia Short-term Employment Programme merupakan program latihan pekerjaan jangka pendek yang menempatkan personel di sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta rakan strategiknya.

Inisiatif ini diisytiharkan oleh Menteri Kewangan bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. 

BACA SINI >> Suruhanjaya perkhidmatan awam Malaysia: peranan tugas fungsi SPA

Personel mystep yang dilantik mengikuti program ini akan diberi pendedahan terhadap skop kerja yang ditetapkan oleh jabatan, Kementerian dan GLC sesuai dengan kadar keperluan dan kadar upah yang diberikan pada setiap bulan.

Permohonan Mystep 2023

Semua individu berstatus warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk memohon program MySTEP login ini.

Permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi mereka. Pemohonan juga boleh dibuat secara terus menerusi portal  rasmi sektor awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon program latihan kerja kontak jangka pendek dengan kerajaan / glc seperti petronas / khazanah / kwsp dan lain-lain ini;

  1. Pemohon boleh melayari laman sesawang https://mof.gov.my.
  2. Klik pada bahagian “Permohonan” seperti pada Rajah di atas ini
  3. Isikan butiran yang diperlukan seperti pada Rajah di atas ini dengan betul dan lengkap.
  4. Kemudian, klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan program.
  5. Akhir sekali, permohonan personel berjaya dihantar.
program personal personel mystep 2023

Syarat Kelayakan Kerja Kontrak Kerajaan

Personel yang ingin membuat permohonan untuk program ini boleh memilih untuk ditempatkan di mana-mana jabatan atau perkhidmatan sektor awam.

Terdapat 28 jabatan sektor awam yang menawarkan program ini.

Antaranya ialah peluang untuk kerja kontrak di Jabatan Perdana Menteri JPM, Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan dan banyak lagi.

kerja kontrak kerajaan

Antara syarat kelayakan untuk menyertai program ini di sektor awam ialah;

  1. Personel merupakan warganegara Malaysia.
  2. Personel mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Personel juga hendaklah merupakan lepasan sekolah, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, mempunyai kelulusan di peringkat Diploma atau mempunyai kelulusan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya.
  4. Personel merupakan penganggur.

Syarat Kelayakan Kerja di GLC GLIC

kerja di glc khazanah

Personel juga layak untuk memohon program ini di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.

Antaranya anda ada peluang kerja kontrak dengan di Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), PETRONAS, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Persaraan. 

YouTube video

Semakan Lulus atau Tidak

Individu yang berjaya boleh membuat semakan permohonan program ini lulus atau tidak melalui laman sesawang https://mof.gov.my perlu menunggu pihak jabatan/ kementerian memanggil pemohon untuk tujuan temu duga.

Temu duga ini hanya tertakluk pada kekosongan yang terdapat pada jabatan yang dipohon. 

Setelah menghadiri temu duga, pemohon hendaklah menunggu sehingga pihak jabatan menghantar surat tawaran untuk menyertai program ini.

Penerimaan surat tawaran ini menunjukkan seseorang individu tersebut berjaya menyertai program ini.

Tiada laman semakan rasmi yang menunjukkan status permohonan personel.

Peluang Kerja Dengan Khazanah Nasional di Mystep

Permohonan program di bawah seliaan Khazanah Nasional boleh dipohon secara terus menerusi laman portal rasmi https://www.khazanah.com.my

Ianya tertakluk pada kekosongan yang terdapat pada jabatan yang dipilih oleh pemohon.

  • Khazanah Nasional banyak menawarkan peluang pekerjaan secara jangka pendek atau kontrak kepada masyarakat.
  • Ianya termasuk di bawah program ini. Permohonan MySTEP malaysia di Khazanah Nasional ini sangat mudah dan peluang untuk mendapat peluang ini sangat tinggi.
  • Ini kerana Khazanah Nasional berhasrat untuk menawarkan peluang pekerjaan yang dinamik, kompetitif dan menguntungkan kepada masyarakat.
  • Individu yang layak akan mempelajari dan menimba pengalaman yang luar biasa bersama Khazanah Nasional.

Berapa Gaji Mystep

Program ini secara umumnya bertujuan untuk menggalakkan individu lepasan mana-mana peringkat pelajaran merasai pengalaman bekerja di sektor awam atau GLC.

Pendedahan awal terhadap alam pekerjaan ini diberikan kepada personel bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pekerja yang inovatif dan berkualiti dalam skop kerja yang ditetapkan. 

Walaupun program ini bersifat jangka pendek atau kontrak, program ini tetap menawarkan upah kepada personel. Ini adaalh berbentuk gaji secara bulanan.

Berikut merupakan kadar tangga gaji yang ditawarkan apabila seseorang individu terpilih dalam program ini.

Tahap gaji yang diberikan ini adalah bergantung pada tahap akademik yang disandang oleh personel.

Berikut merupakan senarai kadar gaji yang akan diterima oleh personel jika mengikuti program ini;

AKADEMIKGAJI SEKTOR AWAMGAJI GLC
Ijazah Sarjana Muda dan ke atasGaji RM2100Gaji RM2100
Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)Gaji RM1900Gaji RM1900
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Gaji RM1700Gaji RM1700
Lepasan sekolah tanpa sijilGaji RM1500

Cuti Rehat & Cuti Sakit

Sepertimana pekerjaan-pekerjaan lain, program ini juga menawarkan kelebihan seperti cuti rehat dan cuti sakit kepada personel.

Ini merupakan hak asasi sebagai seorang pekerja.

Berikut merupakan senarai bilangan hari bagi cuti rehat dan cuti sakit;

  1. Cuti rehat berjumlah 12 hari sepanjang kontrak.
  2. Cuti sakit berjumlah 14 hari sepanjang kontrak.

Mystep Caruman Perkeso & Caruman Kwsp

Program ini sangat mementingkan hak seorang pekerja walaupun ianya hanya berbentuk pekerjaan jangka pendek atau kontrak.

Individu personel yang mengikut program ini akan menerima upah gaji yang merangkumi elemen caruman PERKESO dan KWSP.

Ini kerana ia merupakan perlindungan sosial bagi seseorang pekerja.

Berapa Lama Tempoh Sandang Jawatan Kosong Mystep

Tempoh bagi seseorang personel untuk menyandang jawatan kosong menerusi program ini adalah seperti berikut; 

  1. Minimum memenuhi jawatan kosong adalah satu (1) bulan dan maksimum sehingga dua belas (12) bulan.
  2. Bagi kontrak di sektor awam, tempohnya tidak melangkaui tarikh 30 Jun 2023.

Soalan Lazim & FAQ

1. Adakah program ini menawarkan jawatan tetap?

Program ini adalah berbentuk kontrak. Tempoh kontrak ini hanya 6 bulan sehingga 12 bulan.

2. Berapa banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan di bawah program ini?

Tuntasnya, dengan adanya program ini, hampir 80000 peluang pekerjaan telah dibuka kepada warganegara Malaysia

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia