Semakan Permohonan Mykid 2022 untuk Anak & Kanak Kanak Termasuk Denda Harga Ganti Yang Hilang
Mykid merupakan satu dokumen pengenalan diri untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.
Dokumen bercip ini serupa dengan kad pengenalan orang dewasa kecuali ianya tidak mengandungi gambar dan juga cap jari kanak-kanak tersebut.
My merupakan singkatan kepada Malaysia manakala Kid merupakan akromin kepada “Kad Identiti Diri”.
Nombor pengenalan yang tertera akan digunakan untuk semua urusan kanak-kanak tersebut sehingga ke akhir hayat. Cip my kid mengandungi 3 aplikasi utama iaitu data kelahiran, maklumat kesihatan dan maklumat pendidikan.
Senarai Kandungan Penting:
Cara Permohonan Mykid 2022
Untuk permohonan MyKid, ibubapa atau penjaga perlu hadir ke kaunter perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu menyediakan dokumen asal dan salinan seperti berikut:
BACA SINI: Harga denda ic hilang: boleh rayuan?
- Sijil kelahiran atau sijil pengangkatan
- Pengenalan diri pemohon (ibu/bapa/penjaga)
- Sijil nikah pemohon
Pemohon perlu mengisi borang JPN.MYKID01 seperti di lampiran untuk diserahkan keapada pegawai bertugas dan pemohon akan dibekalkan dengan notis tuntutan yang akan digunakan untuk menuntut setelah ia siap kelak.
Di dalam notis tersebut akan dinyatakan berapa lama tempoh akan siap dan bila anda boleh datang menuntut.
Untuk pendaftaran, tiada sebarang bayaran dan caj harga mykid dikenakan.
Semakan Mykid Online
Walaubagaimanapun, anda boleh membuat semakan status pendaftaran MyKid anda dari semasa ke semasa.
Setelah melengkapkan dan menghantar borang permohonan, pemohon boleh menyemak status permohonan mereka secara dalam talian di laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/.
Di laman utama, klik pada pautan e-perkhidmatan dan skrol ke bawah untuk pilih status permohonan.

Anda akan di bawa kepada sistem semakan permohonan MyKid jpn seperti di bawah:

Masukkan nombor mykids jpn anda serta CAPTCHA dan tekan semak. Anda akan mengetahui status permohonan MyKid anda sama ada sudah boleh dintuntut atau belum.
Semasa membuat tuntuan, pemohon perlu membawa notis kutipan yang diberikan semasa pendaftaran beserta kad pengenalan diri permohon dan salinan asal sijil lahir kanak-kanak
Caj Atau Bayaran Permohonan
Permohonan adalah percuma. Tiada sebarang bayaran yang perlu dibayar oleh pemohon.
Setelah borang lengkap diisi dan dokumen diterima oleh pegawai, pemohon akan dibekalkan dengan notis tuntutan yang akan digunakan untuk menuntut setelah ia siap kelak.
Di dalam notis tersebut akan dinyatakan berapa lama tempoh MyKid akan siap dan bila anda boleh datang menuntut.

MyKid Hilang
Makluman terbaru daripada pihak JPN menyatakan bahawa jika anda kehilangan MyKid anda tidak akan dikenakan sebarang denda namun perkidmatan permohonan akibat hilang ataupun rosak tidak lagi ditawarkan.
Ini bermakna kehilangan atau kerosakan kad tidak akan diganti lagi dan anda boleh menggunakan sijil lahir sebagai dokumen pengenalan diri bagi kanak-kanak.
BACA SINI: Cara jpn daftar kelahiran anak online & surat beranak hilang

Semoga permohonan ini memudahkan anda memiliki kad pengenalan untuk anak anda selepa sini. Semoga dipermudahkan urusan.