Money Changer Near Me: Tukar Duit Malaysia Rate Murah Terbaik

Tempat Money Changer Near Me: Cara nak Tukar Duit Malaysia Yang rate Murah dan terbaik 2023

money changer near me

Ada banyak tempat tukar duit malaysia samada tukaran ke riyal, thailand dan lain-lain money money changer near me yang terdekat. Namun kami tetap memilih portal wise untuk nak tukar duit Malaysia. Kenapa? Teruskan membaca….perkongsian di bawah ini.

Wise.com atau dahulunya dikenali sebagai TransferWise adalah merupakan aplikasi atas talian yang menjalankan perkhidmatan pemindahan dan pertukaran wang yang melibatkan 53 matawang antarabangsa.

Aplikasi ini bersifat universal. Ianya memudahkan ramai pengguna untuk membuat penghantaran dan penerimaan wang dari pelbagai negara dengan matawang yang berbeza.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh membuat pertukaran wang dengan membeli matawang dengan kadar nilai semasa. Banyak kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna apabila menggunakan aplikasi Wise.com ini.

Cara Daftar Wise Untuk Tukar Duit Malaysia

Aplikasi atas talian Wise ini perlu didaftarkan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya bagi tujuan pemindahan, penghantaran, pertukaran dan penggunaan wang.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar akaun Wise;

  1. Layari laman sesawang https://wise.com seperti pada Rajah di bawah ini
  2. Klik pada butang “Register”.
  3. Masukkan emel pengguna dan klik pada butang “Next”.
  4. Pilih akaun yang ingin didaftarkan, sama ada Personal Account atau Business Account.
  5. Pilih negara residensi pengguna.
  6. Kemudian, masukkan nombor telefon dan klik pada butang “Send Verification Code”.
  7. Masukkan kod yang diterima menerusi telefon bimbit pengguna.
  8. Seterusnya, isi butiran maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  9. Cipta kata laluan bagi tujuan log masuk ke akaun Wise.
  10. Selepas itu, pengguna mestilah memuatnaik ID, MyKad atau Passport pengguna serta swafoto muka pengguna bagi tujuan pengesahan identiti.
  11. Klik pada butang “Sign Up”.
  12. Akhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi pendaftaran akaun Wise berjaya.
money changer rate murah malaysia online

Cara Login Masuk Money Changer Online di Portal Wise

Akaun Wise yang berjaya didaftarkan oleh pengguna boleh dilog masuk pada bila-bila masa sahaja untuk melakukan transaksi yang aplikasi Wise.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun Wise;

  1. Layari laman sesawang https://wise.com
  2. Kemudian, klik pada butang “Log In”.
  3. Masukkan emel dan kata laluan yang sah seperti pada Rajah di bawah ini
  4. Klik pada butang “Log In”.
  5. Akhir sekali, menu utama aplikasi Wise dipaparkan kepada pengguna.
tempat tukar duit malaysia

Cara Guna Untuk Transfer Duit Dengan Wise

Wise menawarkan perkhidmatan pemindahan wang secara atas talian yang mudah dan pantas. Ianya boleh dipindahkan ke seluruh negara dengan matawang yang berbeza.

Berikut merupakan cara-cara untuk memindahkan wang menggunakan aplikasi Wise;

  1. Layari laman sesawang https://wise.com.
  2. Log masuk ke akaun pengguna dengan masukkan emel dan kata laluan yang betul.
  3. Klik pada butang “Send”.
  4. Masukkan nilai wang yang ingin dipindahkan dan klik pada butang “Continue”.
  5. Pilih individu yang ingin dipindahkan wang tersebut.
  6. Masukkan butiran nombor akaun dan bank penerima dengan betul dan lengkap serta klik pada butang “Confirm”.
  7. Kemudian, pengguna perlu membuat semakan kepada maklumat yang telah dimasukkan.
  8. Klik pada butang “Continue”.
  9. Pilih sebab dan tujuan pemindahan wang tersebut dilakukan dan klik pada butang “Continue”.
  10. Klik pada butang “Pay Now”.
  11. Akhir sekali, transaksi pemindahan wang menerusi aplikasi Wise berjaya.

Aplikasi Wise juga menawarkan perkhidmatan penerimaan wang daripada pihak luar. Pelbagai matawang yang boleh diterima oleh pengguna Wise. Berikut merupakan cara-cara untuk menerima wang menerusi aplikasi atas talian Wise;

  1. Layari laman sesawang https://wise.com.
  2. Log masuk ke akaun pengguna dengan masukkan emel dan kata laluan yang betul.
  3. Pilih matawang yang ingin diterima.
  4. Klik pada butang “Receive”.
  5. Kemudian, klik pada butang “Request a payment”.
  6. Masukkan nilai yang wang ingin diterima dan nota kepada penghantar jika perlu.
  7. Klik pada butang “Create payment link”.
  8. Seterusnya, hantar atau kongsi link pembayaran kepada penghantar wang.
  9. Klik pada butang “Done”.
  10. Pengguna perlu menghantar link tersebut kepada penghantar wang dan individu tersebut akan membuka link dan menghantar wang kepada pengguna.
  11. Akhir sekali, transaksi penghantaran wang berjaya.

Kelebihan Guna Wise

Penggunaan aplikasi Wise.com kini semakin meluas di seluruh dunia. Ternyata, ianya memberikan banyak kelebihan kepada pengguna atau pemegang akaun Wise.

Ianya amat digalakkan terutamanya kepada pelancong antarabangsa disebabkan oleh ciri-cirinya yang meluas dan dapat memudahkan pengguna.

Perkhidmatan utama penggunaan aplikasi akaun Wise.com ini adalah untuk memindahkan wang dan menerima wang daripada pelbagai jenis matawang dan negara.

Perkhidmatan yang ditawarkan ini dapat memudahkan pengguna memindah dan menerima wang dalam masa yang singkat daripada luar negara tanpa melibatkan halangan perbezaan matawang.

Tambahan pula, caj yang dikenakan adalah rendah apabila melibatkan pertukaran wang asing berbanding pemindahan dan penerimaan daripada luar negara menerusi perbankan atas talian.

Caj yang rendah menyebabkan masyarakat harini menggunakan Wise. Mereka tidak perlu menanggung kos yang tinggi untuk memindahkan dan menerima wang. 

Bukan itu sahaja, Wise juga menawarkan pemindahan dan penerimaan wang mengikut nilai matawang semasa. Ianya relevan kepada pengguna kerana mereka akan tahu nilai matawang semasa bagi mengelakkan berlakunya penipuan. 

Apa itu Wise Business

Akaun Wise.com dibahagikan kepada dua (2) jenis akaun, iaitu Wise Personal dan Wise Business.

Wise Business merupakan akaun Wise yang digunakan bagi tujuan melakukan transaksi pemindahan dan penerimaan wang syarikat atau perniagaan.

Kebiasaanya, transaksi melibatkan perniagaan dilakukan menerusi Wise Business kerana jumlah yang agak tinggii berbanding Wise Personal.

Banyak kelebihan yang ditawarkan bagi perniagaan yang melibatkan perniagaan antarabangsa dan pertukaran wang asing.

Bahkan, ianya dapat memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi perniagaan tanpa melibatkan halangan pertukaran wang asing. Caj yang dikenakan juga agak minimal kepada pihak usahawan.

Cara Dapatkan Travel Money Card by Wise.com

Kad bank merupakan dokumen yang paling penting apabila ingin melakukan perjalanan ke luar negara. Boleh dikatakan hampir semua aktiviti perniagaan menggunakan kad debit atau transaksi atas talian.

Oleh itu, Wise diperkenalkan untuk memudahkan pengguna yang ingin membuat transaksi secara atas talain tanpa perlu membuat pertukaran wang secara tunai.

Dengan adanya kad debit Wise, segala aktiviti pembelian dapat dilakukan dengan hanya memasukkan nombor pin atau sentuh kad. Kini, semuanya dihujung jari.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan kad debit Wise yang boleh digunakan secara fizikal;

  1. Layari laman sesawang https://wise.com
  2. Log masuk ke akaun pengguna dengan masukkan emel dan kata laluan yang betul.
  3. Klik pada bahagian “Card” dan klik pada “Order your kad”.
  4. Pengguna perlu mengisi butiran peribadi diri pengguna dan alamat rumah pengguna dengan lengkap.
  5. Pilih kaedah penghantaran kad debit.
  6. Tetapkan nama pada kad dan nombor pin kad bagi tujuan keselamatan.
  7. Seterusnya, pengguna perlu membuat pembayaran penghantaran kad debit Wise.
  8. Setelah pembayaran dibuat, pengesahan identiti perlu dibuat dengan memuat naik gambar MyKad pengguna.
  9. Akhir sekali, pengguna perlu tunggu kad debit yang dipohon dihantar ke rumah pengguna.

Wise vs Remitly vs Western Union vs Paypal Mana Lebih Bagus

Akaun Remitly, Wise, Western Union dan Paypal, kesemuanya merupakan aplikasi atas talian yang menawarkan perkhidmatan antarabangsa.

Berikut merupakan perbezaan antara empat (4) akaun yang berbeza ini;

1. Remitly

  • Remitly merupakan aplikasi atas talian yang menawarkan perkhidmatan pemindahan wang secara digital ke 135 buah negara.
  • Aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2011. Setiap transaksi yang dijalankan adalah mudah dan cepat.
  • Pemindahan wang ini juga adaalh berdasarkan nilai matawang semasa.
  • Pendaftaran akaun Remitly ini boleh didaftarkan menerusi laman sesawang https://www.remitly.com

2. Wise

  • Wise merupakan aplikasi atas talian yang menawarkan perkhidmatan pemindahan, penerimaan dan penyimpanan mata wang asing.
  • Berbeza dengan aplikasi lain, Wise mempunyai ciri-ciri yang istimewa di mana mata wang asing boleh dibeli dan digunakan pada masa yang berbeza. Ia juga berfungsi sebagai kad debit.
  • Bukan itu sahaja, caj yang dikenakan juga rendah. Pendaftaran akaun Wise ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi https://wise.com

3. Western Union

  • Western Union merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemindahan, pertukaran, penerimaan dan banyak lagi transaksi yang berkaitan pada peringkat global.
  • Ianya digunakan secara berleluasa di seluruh dunia.
  • Kadar pertukaran wang adalah berdasarkan pertukaran matawang semasa. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1981.
  • Western Union ini juga memperkenalkan kaedah Unified Payments Interface (UPI) iaitu kaedah pembayaran wang kepada pihak lain dengan kadar segera.
  • Pendaftaran akaun Western Union boleh dilakukan menerusi https://www.westernunion.com

4. Paypal

  • Paypal merupakan aplikasi atas talian yang membenarkan pengguna untuk melakukan transaksi penerimaan, pemindahan serta transaksi perbankan atas talian dengan cekap dan efektif.
  • Aplikasi ini antara aplikasi yang terkenal yang digunakan di platform-platform antarabangsa.
  • Ianya memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi secara digital yang melibatkan perbezaan nilai matawang.
  • Pendaftaran akaun Paypal boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang https://www.paypal.com

Tuntasnya, aplikasi akaun Wise adalah yang terbaik bagi memudahkan transaksi secara atas talian yang mudah dan efektif. Ciri-ciri yang ditawarkan berbeza dengan aplikasi lain.

Wise vs Bigpay vs Mae

Wise, Bigpay dan MAE digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Ketiga-tiga menawarkan ciri-ciri yang berbeza dengan kelebihan-kelebihan yang tersendiri.

Berikut merupakan perbezaan antara ketiga-tiga aplikasi atas talian ini;

1. Bigpay

  • Bigpay merupakan dompet digital yang dikenali sebagai eWallet yang berfungsi sebagai kad debit. Ianya diwujudkan dalam bentuk atas talian dan kad debit.
  • Ianya juga diperkenalkan untuk membolehkan pengguna untuk membuat transaksi antarabangsa tanpa perlu mengaktifkan transaksi luar negara.
  • Bukan itu sahaja, ianya juga boleh digunakan bagi urusan dalam negara. Segala transaksi yang dilakukan adalah berdasarkan kadar nilai matawang semasa.
  • Akaun Bigpay ini berfungsi sama seperti akaun perbankan yang lain seperti RHB, Maybank, CIMB Bank dan banyak lagi. Istimewanya aplikasi ini adalah apabila melakukan transaksi pengguna akan menikmati ganjaran point.
  • Kadar tukaran matawang asing juga rendah dan senang untuk digunakan di mana-mana negara.
  • Pendaftaran akaun Bigpay ini boleh dilakukan menerusi laman sesawang https://bigpayme.com

2. MAE

  • Aplikasi MAE merupakan aplikasi yang diperkenalkan di bawah institusi perbankan Maybank Berhad. Ia merupakan dompet digital yang diwujudkan secara aplikasi dan kad debit. Ia menyokong segala transaksi yang dilakukan bersama Maybank.
  • Walaubagaimanapun, ianya hanya melibatkan transaksi dalam negara. Bagi transaksi luar negara, pengguna mestilah mengaktifkan transaksi luar negara di akaun Maybank Berhad.
  • Banyak kelebihan yang ditawarkan menerusi akaun MAE ini termasuklah pembayaran bil, perpindahan wang, penerimaan wang, QR Pay dan banyak lagi.
  • Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.maybank2u.com.my
xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia