Merdeka PNB 118: Tertinggi di KL & Malaysia & Park Hyatt Hotel

Menara Merdeka PNB 118: bangunan tertinggi di KL & Malaysia, ada Park Hyatt Hotel, observation dekc dan juga residence

menara merdeka pnb 118 kl malaysia tower

Menara Merdeka 118 merupakan bangunan pencakar langit yang mempunyai ketinggian berjumlah 118 tingkat. Ianya menaru baru di kl yang dibina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, terletak di bekas tapak Taman Merdeka.

Projek pembinaan ini terbina di bawah syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang merupakan syarikat pengurusan aset terbesar negara Malaysia.

Projek yang bernilai RM5 billion ini diinspirasikan daripada detik terpenting dalam sejarah Malaysia apabila Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan dan melaungkan “Merdeka” pada tahun 1957 sempena Hari Kemerdekaan Negara.

Menara pnb 118 ini akan memberi pembaharuan positif kepada negara yang mencerminkan kemajuan Malaysia ke arah negara yang berwawasan. 

Invest Residence Merdeka Pnb 118 vs Trx, Mana Lagi Bagus

Ada yang bertanya antara merdeka 118 vs trx mana lagi best dan bagus untuk dilaburkan?

Menara ini cukup dikagumi masyarakat merupakan bangunan milik sepenuhnya Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dana yang disuntik syarikat PNB ke atas pembinaan menara ini tidak melibatkan dana unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). 

Disebabkan oleh 118 tower ini dinobatkan sebagai menara tertinggi Malaysia, maka ianya menjadi tumpuan masyarakat dunia.

Maka pelaburan sekitar menara ini akan lebih menguntungkan kerana banyak pembangunan dan infrastruktur akan tertumpu pada kawasan menara ini.

Oleh itu, benarlah pelaburan dan investment di sekitar Merdeka tower lebih menguntungkan daripada TRX terutamanya apabila siap pnb 118 residence kelak.

Dengan adanya belfield tunnel memudahkan lagi perjalanan dari highway damansara dan juga jalan syed putra untuk ke menara 118 ini.

Adakah Ia Bangunan Tertinggi di Malaysia 2023

Menara Berkembar Petronas (KLCC) pernah menjadi menara atau bangunan yang tertinggi di Malaysia.

bangunan tertinggi di malaysia 2023

Menara KLCC yang dibina pada tahun 1993 dan dirasmikan pada tahun 1999 kini ditandingi oleh tower 118.

Kini, bangunan tertinggi di Malaysia ialah Menara Merdeka 118.

Menara Berkembar KLCC hanya mempunyai 88 tingkat manakala Menara Merdeka 118 mempunyai 118 tingkat, jauh lebih tinggi. 

Bukan itu sahaja, Menara Merdeka 118 juga berjaya menandingi Menara Signature TRX atau lebih dikenali sebagai The Exchange 106 yang mempunyai 106 tingkat.

Bangunan yang siap terbina pada tahun 2019. Dengan ketinggian 492 meter, bangunan ini masih tidak mampu menandingi ketinggian Menara 118, iaitu 636 meter.

Menara 118 ini menjadi bangunan pencakar langit yang tertinggi di Malaysia serta paling tinggi di Asia Tenggara.

Ini merupakan antara salah satu ikon global kebanggaan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Malaysia gah di mata dunia.

PNB 118 World Ranking

Menara pnb merdeka 118 berjaya menarik perhatian dunia. Dengan ketinggian 636 meter menjadikan Menara Merdeka 118 bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa.

Percapaian negara Malaysia dalam pembangunan telah membuktikan Malaysia sebagai negara yang maju dan moden selaras dengan negara-negara maju yang lain.

pnb 118 world ranking residence

Perdana Menteri yang ke-9 iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob merasmikan Menara ini yang membawa keistimewaan di mana ianya dilitupi kaca bermula daripada bawah sehingga ke tiang puncaknya.

  • Tapaknya yang berbentuk diamond adalah bermotifkan Songket Melayu yang menjadi kebangsaan masyarakat Melayu.
  • Bentuk segi tiga yang terdapat pada Menara Merdeka 118 ini melambangkan kepelbagaian dan permuafakatan budaya di Malaysia. 

5 Fakta Menarik Menara 118 KL

1. Ketinggian

Menariknya Menara 118 pnb ini, ianya mempunyai ketinggian 636 meter dengan bilangan 118 tingkat.

belfield tunnel

Ketinggiannya berjaya menandingi Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) dan Menara The Exchange 106.

Dengan ketinggiannya juga, ia berjaya ditempatkan sebagai menara kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara menandingi Landmark 81, Menara Shanghai dan Mekah Clock Tower.

2. Park Hyatt Hotel KL Malaysia

Park Hyatt Hotel merupakan hotel mewah yang ditempatkan di sebanyak 17 tingkat di Menara Merdeka 118 ini.

park hyatt hotel kl malaysia

Ia merupakan satu-satunya hotel yang ditempatkan di menara ini.

Bilik yang ditawarkan cukup mewah dan memaparkan panoramik Bandar Kuala Lumpur.

3. Merdeka 118 Observation Deck

Pada Menara ini, terdapat juga dek pemerhatian yang tertinggi yang menawarkan panoramik latar langit yang cantik dan permandangan bandar Kuala Lumpur yang luas.

merdeka 118 observation deck price ticket 2023

Dek permandangan ini dikenali dengan “the View at 118”.

Ia dijadikan sebagai ruang komersial kepada para pengunjung.

Untuk merasai pengalaman berada di dek pemerhatian, pengunjung perlu menaiki lif panel kaca yang berkelajuan 65 saat bermula daripada tingkat 1 sehingga tingkat 118. 

4. Masjid Merdeka

Masjid Merdeka akan dibina yang boleh menempatkan 3,000 jemaah di bahagian anjung tinjau.

Tertakluk pada rukun negara iaitu agama islam yang merupakan agama rasmi, Menara ini mengekalkan konsep ini agar ianya tidak lari daripada imej negara. 

5. Park

Menara ini dimeriahkan lagi dengan adanya taman Merdeka 11 bagi menghidupkan ekosistem di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur.

Masyarakat boleh menikmati ekosistem yang segar di tengah-tengah bandar. 

6. Dataran Merdeka

Menara ini terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka. Ianya terinspirasi daripada peristiwa bersejarah di Dataran Merdeka pada tahun 1957.

Ia juga terletak bersebelahan dengan dua (2) tapak warisan negara yang dikenali sebagai Stadium Negara dan Stadium Merdeka. 

7. Shopping 118 Mall

Pusat beli belah dan shopping mall juga ada ditempatkan di Menara Merdeka 118 pnb yang terletak di bahagian bawah yang merangkumi 7 tingkat. 

shopping 118 mall

Jangkaan Merdeka 118 Opening Date

Projek ini kini mencapai 92 peratus siap yang melibatkan pemasangan lantai dan panel kaca sehingga ke tingkat 118.

Bangunan pencakar langit kebanggaan Malaysia ini dijangka akan siap dan dirasmikan serta dibuka kepada umum pada awal tahun 2023.

Tarikh-tarikh tertentu akan diumumkan oleh pihak Kerajaan berkenaan pembukaannya.

Hal ini sekali gus merasmikan menara ini sebagai menara tertinggi Malaysia dan Asia Tenggara serta kedua tertinggi selepas Burj Khalifa.

Inspirasi PNB 118 Design Concept

Setiap pembanguan pencakar langit membawa identiti sesebuah negara.

Ini termasuklah ia diinspirasikan daripada fenomena bersejarah pada 31 Ogos 1957.

Menara ini mencerminkan figura hebat yang berkorban untuk kebebasan dan kemerdekaan negara Malaysia.

Ia merupakan imej Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang mengangkat tangan beliau apabila melaungkan “Merdeka” sebanyak 3 kali di Dataran Merdeka.

bangunan 118 tower

Momen indah bagi setiap warganegara Malaysia ini telah berjaya mengukir sejarah dan direfleksikan pada sebuah menara tertinggi di Malaysia.

Idea ini tercipta hasil reka bentuk daripada arkitek terkenal iaitu Fender Katsalidis dengan kerjasama hebat daripada RSP Architects Sdn. Bhd.

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa nama lain untuk menara ini

Ia juga dikenali sebagai Warisan Merdeka Tower.

2. Berapa ketinggian Menara Merdeka PNB 118

Menara yang mempunyai ketinggian 636 meter ini berkonsepkan seni bina sejarah dan kontemporari. 

3. Siapakah arkitek projek bangunan tertinggi di Malaysia ini

Arkitek yang mereka khas perbentukan Menara 118 merupakan individu hebat yang berasal dari Australia iaitu Fender Katsalidis. Beliau merupakan individu yang mereka Eureka Tower yang pernah menjadi menara tertinggi di Australia

4. Bila jangkaan siap Merdeka Tower ini

Tuntasnya, Menara Merdeka 118 ini dijangka siap pada pertengahan tahun 2023 yang akan menjadi pemangkin terbaru kepada kemajuan ekonomi negara Malaysia

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia