Pengalaman Menunaikan Umrah 1979 PART 2 oleh Zainuddin Omar

Pengalaman Menunaikan Umrah 1979 PART 2 oleh Zainuddin Omar

pengalaman umrah
Di hostel bersama Iqbal (Pakistani British), rakan kembara umrah saya. Backpack Karimor berframe warna merah dilantai tak pernah tinggal semasa kembara.

Pada tahun 1979, saya dan rakan-rakan berbagai bangsa dibawah naungan FOSIS (Federation of Student Islamic Society in UK and Eire) menunaikan umrah ditaja oleh WAMY (World Assembly of Muslim Youth) dengan kerjasama King Abdul Aziz University, Jeddah.

Kami hanya membayar tiket Kapal terbang dan selainnya ditaja oleh WAMY.

Pada zaman itu, Iraqi Airways adalah di antara airline yang termurah. Kami transit di Baghdad selama satu hari dari London. Apabila sampai di airport Baghdad, kami mencari musollah (surau) untuk menunaikan solat zuhor.

Puas kami mencari tetapi tidak berjumpa, dan akhirnya saya bertanya kepada seorang pegawai airport.

Dia berkata ‘We in Iraq do not pray and we drink’. Alangkah bongkaknya jawapan dia kepada kami dan akhirnya kami bersolat berjemaah di kaki lima dengan disaksikan oleh orang-orang arab Iraq seperti mereka menyaksikan pertunjukkan sarkis.

Bersolat di airport dikhalayak ramai saperti perbuatan yang sangat pelik kepada mereka.

Negara Iraq Akan Hancur Ditimpa Bala, ‘sooner or later’?

Apabila di pemeriksaan Kastam, pegawai Kastam mengarahkan saya membuka bag. Dia mengeledah bag saya dan mengambil beberapa kotak tamar tanpa izin, dan dengan muka tebal berkata ‘This is for my souvenir’ dan menyuruh saya beredar.

Didalam hati saya, kalaulah begini perangai arab-arab Iraq yang berlagak angkuh dan sombong, maka negara Iraq ini akan hancur ditimpa bala oleh Allah, ‘sooner or later’. (Lihatlah negara Iraq sekarang ini, ditimpa bencana demi bencana semenjak 13 tahun yang lalu).

Saddam Hussein memerintah Iraq dari 1979 sehingga 2003 dan beliau mengamalkan ideologi Baathism (Arab nationalism dan socialism). Agama Islam dipinggirkan.

Hanya seorang pengembara dapat menilai kebaikan sesebuah negara dengan dibandingkan dengan negara sendiri. Percayalah saya, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang sangat baik berbanding negara Islam lain.

Di Baghdad, meminum minuman keras adalah suatu yang lumrah dan maksiat berleluasa pada zaman itu. Night club bersepah dan masjid kekosongan.

Semoga ianya menjadi iktibar kepada kita semua.

Keesokan hari nya kami berlepas ke Jeddah untuk menunaikan umrah.

Perjumpaan saya dengan orang-orang Patani yang menetap di Jabal Omar Mekah telah mengubah persepsi saya mengenai Saudi Arabia, setelah peristiwa ‘Penawanan Masjidil Haram oleh Al Mahdi’ itu…..(bersambung PART 3).

Baca Lagi 4 Info Berkaitan Di Bawah

Scroll to Top