Menu Starbucks 2023: Price Air Starbuck Coffee Malaysia

Menu Starbucks 2023: Price Air Starbuck Coffee Malaysia

menu starbucks malaysia 2023

Starbuck merupakan syarikat kopi yang sangat terkenal dengan aneka rasa dan aroma kopi yang unik. Ianya terkenal sehingga ke pelusuk dunia. Kopi dan aromanya tidak asing dalam kalangan masyarakat dunia. 

Bukan sahaja menyediakan kopi, akan tetapi Starbuck juga ada menyediakan kek, sandwic, pastri, bekas minuman, biji kopi dan banyak lagi. Ini menyebabkan hasil jualan Starbuck meningkat kepada jutaan bilion US Dolar.

Pada tahun 2020, sebanyak 32,660 outlet Starbuck telah dibuka merentasi global seperti pada Rajah 1.0 dengan hasil jualan sebanyak 23.52 bilion US Dolar sepanjang tahun tersebut.

Starbuck memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1998 dengan pembukaan kedai pertama bertapak di KL Plaza dan kini mempunyai lebih daripada 200 outlet di seluruh Malaysia. Starbuck di Malaysia dikendalikan oleh syarikat yang tersenarai di bawah Bursa Malaysia iaitu Berjaya Food Berhad.

Harga Menu Starbucks Malaysia

Starbuck Malaysia menyediakan pelbagai menu kopi dan terdiri daripada tiga jenis saiz iaitu tall (12oz), grande (16oz) dan venti (20oz).

Semua starbucks malaysia menu kopi yang ditawarkan sedap dan berbeza dengan kopi yang disediakan oleh jenama kopi yang lain.

Terdapat lima (5) jenis minuman yang tersenarai dalam menu Starbuck iaitu kopi panas atau sejuk, frappe (kopi yang dikisar bersama ais), teh panas atau sejuk, coklat panas atau sejuk dan jus.

Berikut merupakan senarai harga menu Starbuck di Malaysia;

MENUTALL (RM)GRANDE (RMVENTI (RM)
Espresso & Brewed Coffee
Iced Caramel Macchiato
White Chocolate Mocha
Caffe Mocha
Caffe Latte
Starbucks Cold Brew
Vanilla Sweet Cream Cold Brew
Cold Foam Cold Brew
Cold Foam Iced Cappuccino
Iced Coffee (Vanilla or Caramel)
Freshly Brewed Coffee
16.36
14.24
15.15
12.73
11.52
13.33


14.55
6.97
17.88
15.15
16.36
13.94
12.42
14.24
14.84
14.84
15.76
7.58
19.09
16.06
17.27
14.85
13.03
14.85
16.43
16.43
16.67
8.18
Teavana Handcrafted Tea
Shaken Iced Tea (Green or Black)
Shaken Iced Tea Infusion
Classic Chai Tea Latte
Lightly Sweet Chai Tea Latte
Iced Matcha Green Tea Latte
6.67
13.00
15.00
15.00
15.45
7.58
14.00
16.00
16.00
16.67
8.18
15.50
17.50
17.50
17.88
Frappuccino
Caramel Frappuccino
Mocha Praline Frappuccino
Raspberry Blackcurrent 
Coffee
Java Chip
Vanilla Bean Crème
Double Choclaty Chip Crème
Matcha Green Tea Crème
Asian Dolce Frappuccino
14.50
16.50
14.00
11.82
15.45
13.50
16.50
16.50
16.50
15.50
17.50
15.00
12.73
16.67
14.50
17.50
17.50
17.50
17.50
18.50
16.50
13.64
17.88
16.00
19.00
19.00
19.00
Starbucks Refreshers
Mango Dragon Fruit
Strawberry Acai
Very Berry Hibiscus
Cool Lime
11.82
11.82
11.82
11.82
12.73
12.73
12.73
12.73
13.64
13.64
13.64
13.64
SUMBER: https://www.starbucks.com

Starbucks Menu Malaysia 2023 Yang Sedap

Terdapat beberapa menu yang popular dalam kalangan penggemar kopi Starbuck.

Ianya menjadi pilihan utama peminat kopi Starbuck apabila bersantai-santai di Starbuck.

Antara menu starbuck malaysia yang sedap dan best adalah Chocolate Cream Chip, Green Tea Cream Frappe, Green Tea Latte, Iced Caffe Latte, Iced Signature Chocolate, Vanilla Cream Frappuccino, Iced Asian Dolce Latte, Caramel Cream Frappuccino, Mocha Praline Frappuccino, Java Chip Frappuccino.

Cara Order Starbucks Online

Dengan kemudahan teknologi yang semakin pesat, Starbuck kini boleh dihantar ke rumah melalui pesanan secara atas talian.

Starbuck boleh dipesan untuk penghantaran melalui du acara iaitu melalui aplikasi Foodpanda atau GrabFood.

Kedua-dua aplikasi ini menawarkan penghantaran ke rumah dengan pesanan secara atas talian.

Pelanggan perlu ke aplikasi FoodPanda atau GrabFood dan memilih menu melalui aplikasi tersebut. Masukkan ke dalam bakul dengan klik pada butang “Add to Cart”.

Kemudian, teruskan ke bahagian pembayaran untuk membuat pembayaran. Setelah membuat pembayaran, pesanan anda akan dihantar ke rumah.

Starbucks Promotion 2023

Starbuck Malaysia juga ada menawarkan promosi-promosi yang menarik untuk menarik lebih ramai penggemar kopi mencuba kopi Starbuck.

Antara promosi yang ditawarkan adalah seperti berikut dan banyak lagi;

  1. Promosi 50 peratus pada minuman yang terpilih pada Hari Malaysia.
  2. Promosi Beli 1 Percuma 1 pada masa-masa tertentu.
  3. Promosi 10 peratus untuk pembelian minuman dengan penggunaan kod promo PERKSPOT5.
  4. Promosi pembelian seterusnya akan dapat Grande dengan harga RM10 pada setiap hari Rabu.
  5. Promosi 20 bonus bintang apabila membeli minuman Starbuck pada hari-hari tertentu.
  6. Promosi pada 10.10 dengan pembelian RM10 untuk minuman bersaiz Grande.

Cara Tebus Starbuck Malaysia Coupon

Kupon Starbuck 2023 boleh didapati melalui laman sesawang https://starbucks.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

starbuck malaysia

Kupon ini boleh ditebus dengan dengan klik pada kupon-kupon yang dipaparkan dan ditunjukkan kepada juruwang ketika hendak membeli minuman atau makanan di Starbuck.

Kupon ini hanya valid berdasarkan terma dan syarat yang telah ditentukan. 

Walaubagaimanapun, kopun Starbuck juga boleh didapati di aplikasi seperti Lazada, Shopee, Grab dan Foodpanda. Penebusan boleh dibuat dengan cara masukkan kod kupon apabila menggunakan aplikasi tersebut.

Starbucks Coffee vs Zus Coffee vs Richiamo vs Coffee Bean

Setiap orang mempunyai rasa dan minat yang berbeza terhadap kopi.

Kopi Starbuck, Zus Coffee, Richiamo dan Coffee Bean membawa aroma dan rasa yang berbeza yang hanya boleh dibezakan dan dikenali oleh peminat kopi mereka sahaja.

Setiap jenama kopi tersebut menawarkan menu yang berlainan antara satu sama lain.

Umum tahu bahawa kopi Starbuck merupakan antara kopi yang paling awal bertapak di Malaysia, sekaligus memperkenalkan kopi kepada rakyat Malaysia.

Mengikut statistik, Malaysia menjadi negara yang berada di tangga ke 45 di mana rakyatnya kerap meminum kopi dalam masa sehari.

Rasanya yang asli dan berlemak apabila dibrew menjadikan kopi Starbuck antara kopi yang paling sedap antara kopi-kopi lain.

Menunya yang cukup berbeza tidak mampu ditiru oleh mana-mana perniagaan kopi lain.

Harga kopi Starbuck juga setanding dengan rasa yang dihidangkan kepada pelanggan.

Cara Buka Starbucks Franchise

Tealive, McDonald, KFC, Marrybrown, Subway dan banyak lagi merupakan antara perniagaan yang menawarkan francais.

Namun, syarikat Starbuck tidak menawarkan francais seperti syarikat-syarikat popular lain.

Ianya beroperasi di bawah syarikat milikan penuh Berjaya Starbuck Coffee Company Sdn Bhd.

Oleh itu, setiap outlet yang dibuka di Malaysia adalah di bawah seliaan Berjaya Starbuck. 

Soalan Lazim & FAQ

1. Siapa pengasas jenama syarikat Starbuck

Secara umumnya, Starbuck ini diasaskan oleh tiga (3) orang sabahat yang merupakan bekas pelajar Universiti San Francisco. Ketiga-tiga individu ini ialah Jerry Baldwin, Zev Siegl dan Gordon Bowker,

2. Bila tarikh bisnes Starbuck diasaskan

Francisco. Ketiga-tiga individu ini ialah Jerry Baldwin, Zev Siegl dan Gordon Bowker mempunyai minat yang mendalam terhadap kopi sehingga berjaya membuka sebuah kedai kopi yang bernama Starbuck pada tahun 1971.

3. Apakah model perniagaan Starbuck pada mula ditubuhkan

Pada mulanya, mereka hanya menjual biji kopi dan juga peralatan berkaitan dengan kopi.

4. Siapa yang berjaya membangunkan model perniagaan Starbucks sehingga berjaya seperti sekarang

Pada tahun 1981, kehadiran Howard Schultz mengembangkan lagi perniagaan kopi Starbuck ini sehingga mampu membuka puluhan ribu outlet di seluruh dunia termasuklah Malaysia, Singapura, Filipina, Vietnam, Hong Kong, Indonesia, Mexico, Greece, Korea, Qatar, China, Turki dan banyak lagi. Starbucks juga tersenarai sebagai perniagaan francais yang berjaya.

Kopi starbucks yang terdiri daripada pelbagai perisa seperti hazelnut, latte, cappuccino, caramel, coklat dan banyak lagi, dijual dengan harga yang berpatutan menjadi pilihan utama pelanggan.

Ianya sesuai untuk diminum di kafe Starbuck secara santai.

Tanpa ragu-ragu lagi, Starbuck di Malaysia merupakan antara outlet francais kopi yang paling popular dan terkenal dalam kalangan masyarakat, tidak kira lapisan umur dan latar belakang.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia