Pengalaman Melancong ke Balkan Bosnia (Kembara Solo)

Pengalaman Kembara Solo Bercuti dan Melancong ke Balkan Bosnia. Kampung Tinggalan Perang Dulu oleh saudara Mohd Ilmi Izzuddin

melancong ke balkan

Assalamu’alaikum and hi guys…OK. Ni cerita tahun lepas. Saja nak kongsi dengan kawan-kawan dalam ni. Tentang trip aku ke negara-negara Balkan. Disebabkan macam banyak je benda nak cerita, jadi aku try spesifikkan cerita kali ni tentang Mostar, BOSNIA

Oh, sebelum terlupa, negara yang aku pergi masa trip Balkan tu merangkumi Croatia, Bosnia, Austria, Hungary, Bratislava dan yang berkaitan la dekat belah-belah sana.

Ada yang sempat jejak kaki je and ada jugak yang spend 3 hari lebih sampai tak tahu nak buat apa.

Tak kisah lah, yang penting aku nak berkongsi pengalaman melancong ke balkan bosnia. Yang baik ambil, yang korang rasa bosan tu, tinggalkan.

Pengangkutan Semasa Melancong ke Balkan

30 September, 2015. First time aku masuk ke Bosnia dan destinasi pertama hari tu, Mostar.

Sebelum ada yang tanya aku pergi naik apa, meh nak jawab dulu. Aku naik kereta, drive dari Croatia. (Cerita dekat Croatia kalau ada masa nanti aku kongsikan.

Tapi nak cerita dekat sini, masa yang aku pergi tu, public transport nak masuk ke Bosnia susah sikit. Bas pun kadang-kadang ada, kadang-kadang takde.

So aku decide sewa kereta dekat Zadar, Croatia, masuk ke Bosnia. Lepas tu pulangkan balik dekat Zagreb, Croatia)

Nak sewa kereta dari airport Zadar banyak ja company. Antaranya SIXTH, Europcar, Enterprise, Avis dan lain2. Cuma tak semua terima debit card.

Tapi semua terima kredit kad. Jangan jadi macam saya, burn 200£ (Rm1200 pada ketika tu) sebab SIXTH tak boleh nak proceeds payment. So do your research well guys!

Mostar ni ibarat kampung lama Bosnia. Diorang preserve lagi culture zaman-zaman perang dulu. Konon ada yang kata dorang ni kuno, pada aku siapa yang kata totally silap.

Masyarakat bosnia ni baik dia lain macam sikit, tambah-tambah dengan kita rakyat malaysia. Mungkin sebab Malaysia pernah tolong Bosnia masa perang dulu.

Makanan Halal di Bosnia

Sampai je jam 8.00 pagi, aku terus serbu ke bandar Mostar ni. Tak lah besar mana bandarnya, tapi meriah tu ada.

Dekat Croatia makanan jakim halal agak susah nak dapat. Ada, tapi mungkin kena cari lah sikit. Tapi masuk je Bosnia, memang dalam perut lapar yang amat.

So destinasi pertama yang aku cari adalah kedai makan. Ingat lagi, kedai yang aku makan nama dia IRMA-TIMA.

Korang boleh jumpa dekat baris-baris kedai souvenir berdekatan bilik mandi public sebelum korang ke Mostar Bridge.

Banyak makanan yang ada dan yang paling penting HALAL, ya banyak makanan halal di Bosnia. Aku paling recommend korang makan CEVAPI dia. Memang sedap tangkap leleh. Mujur gambar tak sempat tangkap, kalau tak dah up sekali dekat sini.

(Nak tangkap apa, perut dah berbunyi macam rock kapak. Mujur sempat ambil gambar dengan menu)

Tips Shopping di Bosnia

Ok. Lepas je makan tu bertenagalah sikit. Korang boleh jalan keliling pekan Mostar ni. Dia macam pasar malam pun ada.

Tapi kebanyakan kedai-kedainya jual handbag, souvenir yang dibuat dari peluru, kain-kain tudung, makanan-makanan tradisional. Tips nya di sini kalau masuk kedai yang awal-awal tu jangan terus beli.

Pusing dulu sampai habis. Sebab ada kedai yang korang boleh tawar menawar sampai kurang 50%. (Nak bagi contoh, takut tertukar dengan value duit Hungary.

So korang explore la sendiri nanti. Tipsnya, pusing dulu and jangan terus beli)

OK next! Menariknya souvenir dekat sini, semua barang-barang tu dibuat daripada hasil tinggalan perang tahun 90-an dulu.

Ada la ukiran-ukiran peluru, lepas tu kertas-kertas koyak, kasut lama, replika kereta kebal, baju dan lain-lain. Tapi satu je yang menarik perhatian aku, dalam dok sibuk jalan sepanjang pekan ni, korang mesti akan nampak batu tanda kecik.

And ada setengah tempat yang agak besar, bertulis “DO NOT FORGET 1994” atau “REMEMBER 94”. Peringatan kepada orang-orang muda tentang perang yang pernah dorang hadapi dulu.

Masa aku pergi ni, pelancong tengah ramai. So Mostar Bridge tu memang penuh la dengan orang. Ada la beberapa orang tempatan yang terjun dari jambatan lama tu.

(Kepercayaan penduduk tempatan, kalau seseorang lelaki nak menikah dengan penduduk tempatan, dorang kena terjun dalam sungai dari atas Mostar Bridge tu untuk buktikan keberanian diorang.)

Aku sempat la saksikan beberapa orang yang terjun. Tapi ada brother tu kata, custom tu dah makin pupus sekarang ni. Tak ramai dah nak buat.

Senarai Tempat Menarik

OK. Dekat dengan Mostar Bridge ni, ada muzium yang sajikan gambar-gambar masa perang dulu. Aku agak bernasib baik, sebab banyak mulut.

So sembang dengan sorang brother Bosnia ni, dia terus offer album lama and belanja minum kopi FREE. (Sedap weyh kopi Bosnia ni. rasa dia lain macam sikit.)

Bagusnya orang BOSNIA ni, bila kau ajak menyembang, dorang memang suka. Dan kadang-kadang kau boleh dapat tazkirah free dan tak membosankan (macam yang aku kena dekat Koski Mehmed Pasha mosque).

Dekat belakang mosque tu adalah spot yang paling cantik untuk tangkap gambar stari most a.k.a mostar bridge. Tapi kena bayar la kalau korang nak masuk and ambil gambar belakang tu.

As usual, aku dapat free, sebab sembang dengan Ahmad dekat pintu masuk masjid. Dia ni penjaga masjid tu.

Koleksi Gambar Melancong

Banyak lagi yang menarik tentang tour Mostar, Bosnia ni.

Contohnya cara masyarakat sana solat, cara makan makanan tradisional, sejarah stari most, culture setempat dan lain-lain yang boleh dikongsikan.

Tapi buat masa ni, cukup la dulu kot. Kalau ada rezeki dan masa, aku kongsikan pulak di post akan datang tentang BIDADARI DUNIA, BOSNIA di SARAJEVO.

Till then, Assalamualaikum!

p/s: Nantikan sambungan cerita aku. Korang nak yang dekat Dubrovnik, Croatia or Sarjevo, Bosnia?

PP/S : Anda suka dengan perkongsian pengalaman melancong ke balkan Bosnia oleh saudara Mohd Ilmi Izzuddin ini? Boleh klik button share di facebook dan Whatapps, biar rakan dan kenalan anda sama-sama dapat manfaat.

Baca Lagi 4 Info Berkaitan Di Bawah

Scroll to Top