Melancong di Istanbul dan Umrah 1979 PART 1 Oleh Zainuddin Omar

Melancong di Istanbul dan Umrah 1979 PART 1 Oleh Zainuddin Omar

Pada tahun 1979, saya menaiki Iraqi Airways dari Heathrow ke Istanbul dengan transit di Baghdad.

melancong di istanbul

Blue mosque menjadi tarikan pelancong asing dan pada masa itu tidak dibenarkan bersolat didalam masjid.

Saya telah beberapa kali melancong di Istanbul, Turki tetapi trip pertamalah pada 1979 yang meninggalkan kesan yang mendalam.

Orang Turki jarang berjumpa dengan orang Malaysia dan apabila mengetahui saya seorang musalman, mereka akan memeluk saya.

Masjid di Istanbul berjumlah 500 buah dan setiap kali masuk waktu solat, suara azan akan berkumandang disetiap masjid. Malangnya hanya satu saf dengan beberapa orang berumur yang bersolat berjemaah didalam masjid.

KLIK SINI : Ikuti juga perjalanan menarik umrah backpackers yang telah dapat HITS orang ramai

Apa Pandangan Saya Semasa Melancong di Istanbul

Islam masih di-‘crossroad’ pada zaman itu dan fahaman Ataturkism atau Kemalism masih dipegang kuat. Pada bulan Ramadhan, suasana seperti biasa dengan kedai kedai makanan dibuka dan penuh dengan pelanggan.

Saya tidak pun berasa suasana seperti di bulan Ramadhan dan ianya satu ‘eye opener’ untuk saya yang masih berumur 19 tahun pada masa itu.

Fahaman Kemalism menjadi satu ideologi di Turkey dan jarang berjumpa dengan perempuan yang memakai tudung kecuali yang telah berumur.

Zaman 70’an, Turki masih menggunakan matawang Turkish Lira, dengan denomination ratusan dan jutaan seperti di Indonesia. Makanan dan barangan tersangat murah kalau dibandingkan dengan sekarang.

Misalannya secawan mint tea pada masa itu berharga 50sen berbanding sekerang 1 atau 2 Euro (rm4-8).

Setelah beberapa hari jalan-jalan ke Istanbul saya berangkat ke Jeddah untuk menunaikan umrah.

Tidak saya ketahui, seminggu sebelum itu, ada kejadian serangan di masjidil haram oleh pengikut al mahdi dan masjidil haram ditutup……(bersambung PART 2).

Gambar Semasa Melancong di Istanbul

  • Saya meminati sejarah dan lawatan ke blue mosque dan justinian church (dari church ditukar kepada masjid dan ditukar kepad muzium) sangatlah enjoyable.
  • Polish kasut hanya 1usd di bazaar
  • Bazaar terbesar didunia. Sekarang pekedai-pekedai di situ sudah pandai berbahasa malaysia
  • Tidak nampak dome yang kebiruan kerana gambar telah dimakan usia (37 tahun).

Baca 3 Lagi 3 Artikel Berkaitan Di Bawah: