Maybank Personal Loan: Syarat Pinjaman Peribadi Maybank 2023

Cara buat Maybank Personal Loan: Cara apply Syarat Pinjaman Peribadi Maybank 2023

cara buat pinjaman maybank personal loan 2023

Pinjaman peribadi ialah pinjaman jangka masa pendek menerusi insitusi kewangan yang berdaftar seperti bank.

Pembiayaan peribadi maybank ini diwujudkan bagi memudahkan individu yang memerlukan dana secara segera bagi tujuan peribadi seperti memerlukan dana untuk pembiayaan bil hospital, pembiayaan melanjutkan pembelajaran, pembiayaan kos perkahwinan dan tujuan kecemasan yang lain.

BACA SINI >> Personal loan 2023: cara apply pinjaman peribadi bank

Maybank Berhad merupakan antara salah satu bank yang menawarkan personal loan maybank 2023 kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan pinjaman maybank yang digariskan dan ditetapkan dari awal.

Cara Apply Maybank Personal Loan

Terdapat cara buat melalui dua (2) jenis pinjaman peribadi Maybank bank yang boleh anda apply oleh peminjam iaitu Maybank Personal Loan dan Maybank Islamic Personal Financing-i. 

Kedua-dua pinjaman peribadi dan pembiayaan peirbadi maybank bank ini boleh dipohon dengan dua (2) cara buat dan mohon iaitu;

syarat pinjaman peribadi maybank 2023

1. Cara Buat Pinjaman Bank Maybank di Kaunter

  1. Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan dengan pemohon.
  2. Pemohon perlu mengisi borang permohonan pinjaman peribadi dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak bank untuk memproses permohonan pemohon.
  3. Pihak bank akan menghubungi pemohon dan mengkreditkan jumlah pinjaman ke dalam akaun bank pemohon jika permohonan mereka lulus.

2. Cara Buat Loan Bank Maybank Secara Online Banking

  1. Permohonan juga boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.maybank2u.com.my seperti pada Rajah di bawah ini
  2. Pemohon boleh klik pada butang “Mohon Sekarang” untuk membuat permohonan.
  3. Permohonan akan diproses selama 48 jam untuk diluluskan.
  4. Pemohon perlu mengisi butiran yang diperlukan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai lampiran.
  5. Amaun pinjaman yang diluluskan oleh pihak Maybank akan dikreditkan ke akaun pemohon dan pemohon perlu membuat bayaran bulanan terdapat pinjaman tersebut.
cara mohon pembiayaan peribadi maybank

Pinjaman peribadi Maybank ini bersifat konvensional di mana ianya tidak memerlukan apa-apa cagaran.

Caj proses dan caj duti setem juga tidak dikenakan kepada pemohon.

Nilai pinjaman yang dipohon itulah yang akan diterima oleh peminjam

1. Dokumen Mohon Pinjaman Peribadi Maybank

Pinjaman peribadi Maybank ini ditawarkan kepada semua individu yang layak tanpa mengira sektor pekerjaan pemohon, termasuklah penjawat awam, pekerja swasta dan pinjaman peribadi maybank untuk bekerja sendiri.

Untuk memastikan peminjam tersebut layak untuk memohon pinjaman peribadi Maybank ini, dokumen seperti berikut diperlukan untuk memproses pinjaman tersebut;

DOKUMENPENJAWAT AWAMPEKERJA SWASTABEKERJA SENDIRI
Salinan Kad Pengenalan Pemohon / / /
Salinan Kad Pengenalan Pemohon / /
Salinan penyata bank kemasukan gaji selama 6 bulan (gaji dikreditkan oleh syarikat ke akaun tersebut). /
Borang BE yang terkini beserta resit pembayaran cukai. / /
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.

Salinan 6 bulan penyata bank syarikat.

2. Syarat Personal Loan Maybank 2023

Setiap pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Maybank untuk meluluskan permohonan pinjaman peribadi mereka.

Syarat syarat kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi bersama Maybank loan adalah seperti berikut;

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah berumur 21 sehingga 60 tahun. 
  3. Pendapatan minimum bulanan pemohon sebanyak RM3500 atau RM42000 setahun.
  4. Nama pemohon tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan seperti bank selain Maybank, AEON dan Koperasi di Malaysia.
  5. Pemohon tidak mempunyai akaun bank atau pinjaman yang berada dibawah pemerhatian khas.
  6. Pemohon tidak diselia dibawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
  7. Pemohon mestilah pekerja berstatus tetap jika mereka merupakan kakitangan kerajaan.
  8. Pemohon yang bekerja di syarikat swasta atau GLC, mereka mestilah bekerja lebih daripada 6 bulan dengan syarikat yang sama.
  9. Pemohon juga mestilah mempunyai caruman KWSP lebih daripada 6 bulan bagi pekerja swasta dan GLC.
  10. Pemohon yang bekerja sendiri hendaklah memastikan syarikat mereka didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan kadar minimum setahun.

Pemohon yang memenuhi syarat-syarat seperti di atas akan mendapat kelulusan pinjaman peribadi mereka dengan cepat.

Ini akan memudahkan pihak Maybank untuk memproses permohonan pinjaman peribadi pemohon tanpa sebarang masalah.

Cara Apply Maybank Housing Loan

BACA SINI >> MBB online banking: daftar mae login card account

Institusi perbankkan Maybank juga ada menawarkan pinjaman perumahan bagi individu yang ingin mempunyai rumah idaman mereka.

Permohonan pinjaman rumah ini boleh dibuat oleh pemohon di cawangan-cawangan Maybank yang berdekatan atau di laman sesawang Maybank di https://www.maybank2u.com.my seperti pada Rajah di bawah ini.

Pemohon boleh memilih mana-mana pakej pinjaman untuk membuat pinjaman perumahan yang sesuai dengan kelayakan pemohon.

pinjaman maybank housing loan

1. Syarat Mohon Pinjaman Maybank Home Loan

Nilai pinjaman perumahan tentunya amat besar berbanding pinjaman peribadi, di mana tempoh pembayaran bulanannya juga panjang yang boleh mencecah sehingga 35 tahun.

Oleh itu, terdapat beberapa syarat yang wajib dipenuhi sebelum peminjam membuat peermohonan untuk memohon pinjaman perumahan bersama Maybank.

Ini kerana pinjaman perumahan ini merupakan antara komitmen yang besar bagi seseorang individu.

Kegagalan untuk membayar pinjaman boleh menyebabkan rumah atau harta benda peminjam disita. 

Syarat umum yang wajib dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut;

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah berumur 25 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon mestilah bekerja sama ada bekerja sendiri, bekerja kerajaan atau swasta.
  4. Pemohon mestilah mempunyai pendapatan isi rumah kasar bulanan minimum RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan.
  5. Nama pemohon tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan seperti bank selain Maybank, AEON dan Koperasi di Malaysia.
  6. Pemohon tidak mempunyai akaun bank atau pinjaman yang berada dibawah pemerhatian khas.
  7. Pemohon tidak diselia dibawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
  8. Pemohon juga mestilah tidak mempunyai rekod pembiayaan yang terjejas selama 12 bulan yang lalu.

2. Dokumen Penting Apply Pinjaman Maybank Loan

Jika individu yang berminat untuk memohon pinjaman perumahan telah berjaya memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Maybank, individu tersebut boleh membawa dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak Maybank ke cawangan Maybank berdekatan untuk membuat permohonan.

Namun, bagi pemohon yang membuat permohonan melalui portal rasmi Maybank, mereka boleh melampirkan dokumen-dokumen tersebut secara atas talian.

Dokumen-dokumen yang wajib dikemukakan oleh peminjam kepada pihak Maybank adalah seperti berikut;

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan 6 sehingga 12 bulan penyata bank menunjukkan bukti pendapatan pemohon.
  3. Salinan dokumen yang melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi pemohon yang bekerja sendiri.
  4. Salinan penyata cukai pendapatan lhdn dan bukti resit pembayaran cukai bagi tempoh 2 tahun terakhir melibatkan perniagaan pemohon (jika ada).
  5. Salinan penyata pencen pemohon selama 3 bulan terakhir (jika ada).
  6. Salinan penyata ASB atau Tabung Haji pemohon (jika ada).
  7. Salinan slip gaji terkini pemohon selama 3 bulan terakhir.
  8. Salinan penyata KWSP pemohon yang terkini.
  9. Salinan Laporan Penilaian Hartanah.
  10. Salinan surat atau resit yang berkaitan dengan hartanah.

Kesemua dokumen-dokumen di atas amat penting untuk diserahkan kepada pihak Maybank untuk memastikan permohonan peminjam diluluskan dengan kadar segera dan tanpa sebarang masalah.

Berapa Tempoh Kelulusan Maybank Personal Loan & Housing Loan

Tempoh kelulusan pihak Maybank terhadap pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan bergantung kepada syarat kelayakan dan dokumen yang disediakan oleh pemohon ketika permohonan dibuat.

Walaubagaimanapun, pihak Maybank telah menetapkan tempoh kelulusan bagi kedua-dua pinjaman adalah seperti berikut;

  1. Tempoh kelulusan pinjaman peribadi selama 48 jam dari tarikh permohonan.
  2. Tempoh kelulusan pinjaman perumahan selama 3 hingga 7 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Soalan Lazim & FAQ

1. Saya bekerja sendiri dan buat bisnes sendiri, boleh saya apply loan?

Boleh. Diluluskan jika mengikut syarat yang ditetapkan dia atas ini

2. Berapa lama kelulusan loan

3 – 7 hari bekerja untuk loann rumah anda, dalam tempoh 48 jam untuk pembiayaan peribadi maybank

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia