Mas Airlines: Check in Online Booking Flight Ticket


Flight Mas Airlines: Check in Online Booking Flights airline ticket tahun 2022

flight mas airlines

MAS Airlines merupakan syarikat penerbangan kebangsaan di negara kita. Syarikat ini juga memiliki dua (2) anak syarikat yang dikenali sebagai MASWings dan Firefly. Kedua-dua anak syarikat ini lebih tertumpu kepada penerbangan domestik di seluruh Malaysia.

Syarikat ini pernah dinobatkan sebagai syarikat penerbangan 5 bintang oleh pihak Skytrax. Anugerah ini diberikan disebabkan perkhidmatan, khidmat pelanggan, layanan dan fasiliti yang ditawarkan sangat memuaskan hati pelanggan.

BACA SINI >> Singapore airlines: promotion booking ticket flight

Kini, Mas airline telah berjaya menerbangkan pelancong hampir kira-kira 40,000 orang sehari dengan adanya 15 pesawat Airbus dan 54 pesawat Boeing. Ia merupakan antara percapaian yang terbaik dan konsisten mereka dalam industri perlancongan bagi menjana ekonomi negara.

Cara Beli Mas Airlines Ticket Online

Mas airline beroperasi melibatkan penerbangan ke 1,000 perjalanan domestik dan antarabangsa.

Oleh itu, penempahan tiket perlu dibuat sebelum memulakan perjalanan.

Penempahan ini boleh dibuat melalui laman portal rasmi Mas airline. Berikut merupakan antara cara untuk menempah tiket penerbangan mas airlines;

mas airlines flights
  • Layari portal rasmi Mas airlines di www.malaysiaairlines.com.
  • Klik pada bahagian “Flight + Hotel” untuk membuat penempahan seperti pada rajah di atas.
  • Masukkan destinasi berlepas, destinasi ketibaan, waktu berlepas, waktu pulang, kuantiti penumpang dan jenis kelas kabin, kemudian klik pada butang “Search”
  • Senarai penerbangan akan dipaparkan bersama kadar harga dan masa penerbangan.
  • Klik pada butang “Book” seperti pada Rajah di bawah ini untuk membuat tempahan.
mas airlines booking
  • Kemudian, masukkan maklumat penumpang seperti pada Rajah di bawah ini dan klik pada butang “Continue Booking”.
mas airlines ticket
  • Pemeriksaan terhadap butiran maklumat yang diisi hendaklah dibuat beberapa kali bagi mengelakkan daripada sebarang kesalahan. Ini kerana penumpang perlu membayar caj pindaan jika berlaku kesilapan dalam tiket penerbangan tersebut.
  • Akhir sekali, pembayaran boleh dibuat menerusi pembankkan secara atas talian, kad kredit dan wallet seperti pada Rajah di bawah ini.
  • Setelah pembayaran dibuat, tempahan tiket berjaya dan pihak Mas Airline akan menghantar emel pengesahan beserta tiket.
refund mas airlines

Cara Mas Airlines Check In Online Booking

Bagi memudahkan urusan setiap penumpang, syarikat ini menawarkan mendaftaran masuk penumpang secara atas talian.

Berikut merupakan cara- cara untuk register dan daftar masuk MAS Airlines;

  1. Layari laman sesawang www.malaysiaairlines.com.
  2. Klik pada bahagian “Daftar Masuk”
  3. Masukkan nombor rujukan penempahan / E-ticket dan nama akhir serta klik pada butang “Daftar Masuk”.
  4. Tanda pada nama penumpang dan klik pada butang “Seterusnya”.
  5. Pada bahagian “Add-Ons”, penumpang boleh memilih untuk tambah bagasi, makanan dan pemilihan tempat duduk. Jika tidak perlu, pengguna boleh abaikan dengan klik pada butang “Teruskan”.
  6. Seterusnya, pilihan medium penerimaan Boarding Pass dan klik pada butang “Seterusnya”.
  7. Akhir sekali, penumpang perlu membuat pengesahan dan penumpang akan menerima Boarding Pass melalui emel.
mas airline check in

Cara Pilih Seat Mas Airlines Paling Best

Setiap kali membuat tempahan Mas Airlines ticket, pihak penerbangan akan memberikan pilihan kepada penumpang untuk membuat pemilihan tempat duduk.

Jenis tempat duduk tersebut ditawarkan dengan harga yang berbeza mengikut keselesaan penumpang.

Pemilihan tempat duduk ini dibuat apabila penumpang ingin membuat penempahan tiket pada bahagian “Perkhidmatan” seperti pada Rajah di bawah ini.

Penumpang perlu klik pada butang “Add Now” untuk membuat pemilihan tempat duduk.

seat mas airlines

Mas Airline juga terdapat kelas penerbangan yang berbeza mengikut keselesaan penumpang dengan harga yang berbeza.

Antara kelas kabin yang disediakan kepada penumpang ialah kelas Ekonomi, kelas Perniagaan dan kelas Pertama.

Diantara ketiga-tiga kelas ini, tempat duduk di Kelas Pertama adalah yang paling menarik kerana fabrik yang digunakan pada tempat duduk tersebut serta fungsi seperti pertukaran tempat duduk ke flatbed menjadikan ianya lebih selesa sepanjang perjalanan.

Senarai Menu Makanan Mas Airlines Yang Sedap

Menu makanan merupakan antara elemen yang penting bagi setiap penerbangan.

Ini kerana boleh dikatakan hampir semua penumpang menghabiskan masa mereka di dalam kapal terbang terutamanya bagi penumpang yang membuat perjalanan jauh.

Menu makanan ini bukan sahaja perlu sedap, tetapi ianya mestilah berkhasiat dan memenuhi diet penumpang. 

Oleh itu, pihak syarikat menyediakan beberapa kategori menu makanan kepada penumpang, iaitu Chef on Call- Perniagaan, Chef on Call – Ekonomi, Makanan Diet Khas dan Naik Taraf Makanan.

Kesemua menu makanan ini menepati citarasa penumpang.

menu makanan mas airlines

Cara Check in Mas Airline Untuk Bagasi Anda

Penumpang yang melakukan perjalanan yang panjang kebiasaan mendaftar masuk bagasi.

Oleh itu, pihak Airlines menawarkan perkhidmatan daftar masuk bagasi MAS Airlines menerusi kaunter pendaftaran bagasi.

Pendaftaran masuk bagasi ini perlu dibuat satu hingga tiga jam lebih awal daripada masa penerbangan penumpang. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan pemindahan bagasi ke dalam perut pesawat.

Pihak syarikat penerbangan akan menimbang bagasi penumpang terlebih dahulu agar ia tidak melebihi had yang telah ditetapkan.

Kemudian, bagasi anda akan ditag dan dimasukkan ke perut pesawat.

Oleh itu, pihak penerbangan mempunyai hak untuk menafikan pendaftaran masuk bagasi jika penumpang terlambat mendaftar bagasi di kaunter.

Harga Bagasi Mas Airlines & Caj Penalti Berat Lebih 20kg

Had bagasi bagi penerbangan MAS Airlines telah dihadkan kepada 20kg sahaja bermula 1 Ogos 2018.

Caj penalti akan dikenakan kepada bagasi yang lebih daripada 20kg.

Berikut merupakan harga bagasi yang dikenakan caj penalti;

FLIGHTHARGA
Semenanjung Malaysia, Sabah & SarawakRM40
Merentasi Semenanjung Malaysia, Sabah & SarawakRM50
Antara Malaysia dan negara-negara ASEANRM60
Asia Selatan dan ChinaRM85
Asia Utara, New Zealand, Australia dan Timur TengahRM95
EropahRM135

Cara Check Mas Airlines Flights

Penumpang boleh memeriksa ticket MAS Airlines menerusi portal rasmi di https://www.malaysiaairlines.com atau mana-mana kaunter di lapangan terbang.

Berapa Gaji Polit Mas Airlines

Gaji juruterbang MAS Airlines ini berbeza-beza mengikut tahun perkhidmatannya dan jumlah penerbangan yang dilakukan.

Walaubagaimanapun, secara asasnya gaji juruterbang berjumlah RM13000 sebulan tidak termasuk elaun. 

Cara Claim Refund Mas Airlines

Syarikat penerbangan ini tidak lari daripada membuat pembatalan dan pertukaran masa penerbangan disebabkan oleh faktor-faktor yang munasabah.

Pihak penumpang boleh meminta bayaran balik bagi kerugian yang ditanggung.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan bayaran refund balik daripada MAS Airlines;

  1. Layari portal rasmi mas airline.
  2. Klik pada bahagian “Support”.
  3. Senarai nombor telefon pihak khidmat pelanggan MAS Airlines hotline akan dipaparkan seperti;
  • 1-300-88-3000 (panggilan daripada Malaysia)
  • +603-7843-3000 (panggilan luar Malaysia)

Soalan Lazim & FAQ

1. Bila ia mula beroperasi di Malaysia

Ia mula beroperasi pada 1 Oktober 1972 dalam melebarkan sayapnya ke lebih 1,000 destinasi yang melibatkan 150 negara di seluruh pelusuk dunia.

2. Di mana hub utama flight mas airline

Hub utama mereka ini terletak di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA. 

Cara Contact Mas Airlines Customer Service

contact mas airlines customer service

Bagi sebarang pertanyaan dan permasalahan, penumpang melayari https://www.malaysiaairlines.com untuk menghubungi khidmat pelanggan mas airlines hotline.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia