Manifesto PH: Senarai Tawaran BN Pakatan Harapan PN GPS PRU 15


Manifesto PH PRU 15: Senarai Tawaran manifesto BN manifesto PH manifesto PN manifesto GPS

manifesto pru 15 pilihan raya

Setiap kali menjelang pilihan raya, setiap parti akan mengemukakan senarai tawaran manifesto masing-masing termasuk manifesto barisan nasional, manifesto pakatan harapan, manifesto gabungan parti sarawak, manifesto perikatan nasional.

BACA SINI >> Pilihan raya 2022: bila tarikh pilihanraya umum malaysia 15

Manifesto ini penting untuk meraih undi daripada masyarakat supaya berjaya membentuk sebuah negara.

Oleh itu, setiap parti politik yang bertanding pasti mempunyai manifestonya yang tersendiri.

Senarai Manifesto PRU 15 Parti Politik

Manifesto PH Pakatan Harapan PRU 15

Manifesto bagi Pakatan Harapan pada PRU-15 ini adalah seperti berikut;

  1. Menangani masalah kos sara hidup yang makin tinggi pada masa kini.
  2. Memupuk pendidikan dalam kalangan anak muda atau golongan remaja.
  3. Memerangi rasuh dalam kalangan masyarakat dan mengukuhkan intregiti dalam perkhidmatan awam dan swasta.
  4. Memperkasakan dan memulihkan ekonomi negara.
  5. Menangani isu doktor kontrak dalam bidang perubatan.
manifesto ph pakatan harapan

SUMBER: Kita boleh

YouTube video

Manifesto BN Barisan Nasional

Manifesto yang diucapkan oleh Pengerusi Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi meraih undi masyarakat sekali gus menjamin kesejahteraan negara adalah seperti berikut;

senarai manifesto bn barisan nasional
  1. Menawarkan sistem pengajian anjal atau fleksibel kepada pelajar universiti swasta dan kerajaan bagi mengurangkan kos yuran pengajian.
  2. Mewujudkan Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional yang dikenali sebagai PADU, di mana terdapat 99 amal dan usaha BN kearah negara yang lebih maju.
  3. Mewujudkan skim bantuan pendapatan yang dikenali sebagai “Assistive Basic Income” bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2208.
  4. Potongan 2 peratus dari hasil cukai pendapatan kepada golongan M40.
  5. Memperkenalkan Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks bagi mengetengahkan agenda pembelajaran digital dengan menyumbang komputer riba dan liputan internet 5G secara percuma kepada pelajar.

Manifesto PN Perikatan Nasional

Parti Perikatan Nasional juga tidak terlepas daripada mengemukakan manifesto melibatkan parti PN yang tersendiri.

Pengerusi kepada Parti Perikatan Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan perkara-perkara seperti berikut bertujuan untuk memulihkan dan membangunkan ekonomi, sosial dan pentadbiran Malaysia;

manifesto pn perikatan nasional
  1. Menangani isu inflasi dan kenaikan harga barangan keperluan harian yang memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.
  2. Menyediakan Tabung Khas Galakan Pelaburan bagi menggalakkan pelaburan yang akan membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan dan menggalakkan pembukaan industri berteknologi tinggi sebanyak RM5 billion. 
  3. Memperuntukkan RM50 hingga RM70 billion bagi menyalurkan bantuan dan subsidi kepada rakyat Malaysia.
  4. Menawarkan kenaikan kadar bantuan elaun sara diri sebanyak RM100 bagi meringankan beban kewangan penjawat awam secara berkala.
  5. Memperkasakan kemahiran digital belia agar selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini setaraf dengan negara-negara maju.

Manifesto GPS Gabungan Parti Sarawak

Gerakan Parti Sarawak (GPS) juga tidak terkecuali daripada menzahirkan manifesto parti mereka.

Ianya bertujuan untuk menjaga dan menambahbaik sosial, ekonomi dan pembangunan negeri Sarawak, secara amnya.

Antara manifesto yang dijanjikan oleh parti GPS kepada rakyat Sarawak adalah;

manifesto gps gabungn parti sarawak
  1. Memperkenalkan dan melaksanakan 120 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak secara keseluruhannya.
  2. Menjamin kestabilan politik dan hala tuju negeri Sarawak menjelang tahun 2030.
  3. Melahirkan kepimpinan yang lebih integrity, premier dan cemerlang.
  4. Mengutamakan semua peringkat lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
  5. Mempertingkatkan hasil dan pendapatan negeri Sarawak.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia