≡ Menu

13 Tawaran Menarik Dalam Manifesto BN

13 Tawaran Menarik Dalam Manifesto BN

Baik dipihak Pakatan Harapan ataupun Barisan nasional semuanya mampu menawarkan harapan dan tawaran yang menarik dan mengujakan membolehkan tawaran tersebut dapat ditkarkan sokongan undi kepada parti mereka

manifesto bn

Itu sebablah lahirnya tawaran manifesto BN dan manifesto Pakatan Harapan.

Kami sempat meneliti senarai janji dan tawaran manifesto dan senaraikan beberapa tawaran yang kami rasakan menarik untuk anda semak seperti di bawah ini :

13 Perkara Penting yang Terkandung Dalam Manifesto BN

1) Mahu melakukan kenaikan gaji minimum pekerja di Malaysia. Ini bermakna dalam perancangan iaitu 5 tahun daripada sekarang, gaji yang dterima rakyat malaysia sekurang-kurangnya RM1500 dan ke atas

2) Caj kad kredit 18 peratus dalam setahun boleh dikirakan melampau. Meraka mahu turun pada kadar yang akan ditetapkan kelak

3) Ada menanti insentif istimewa untuk warga FELDA iaitu sejumlah RM5 ribu untuk setiap seorang

4) Kemaskini BRIM akan dinaikkan kepada maksimum RM2 ribu. Kadar dan kumpulan yang menerima bayaran bantuan ini telah diberikan nafas baru dan dikemaskinikan

5) Veteran angkatan tentera (askar Malaysia) yang sudah pun berpencen dan berumur 60 tahun dan ke atas tidak menerima pembayaran pnecen akan datang duit saguhati sebanyak RM600 setiap tahun

6) Meningkatkan peluang kerja kosong dan jawatan kosong terutamanya kepada lepasan universiti awam atau universiti swasta

7) Pelepasan cukai pendapatan untuk kos rawatan perubatan dikalangan ibu bapa mereka

8) Ibu Bapa boleh mendapatkan pembantu rumah warga asing tanpa melalui orang tengah. Semuanya hanya akan melalui Sistem Pembantuan Rumah secara online.

9) Selepas ini tiada lagi kad yang berasingan untuk menggunapakai LRT, Monorel, KTM, MRT dan lain-lain lagi. Kad yang tanpa had perjalanan dengan kadar bulanan minimum RM50 hingga RM150 sebulan akan diperkenalkan kepada pelajar, belia yang sedang bekerja, warga emas dan juga OKU

10) Satu bank Malaysia akan dibangunkan untuk beri pinjaman untuk permohonan rumah mampu milik di Malaysia dan rumah kos rendah di bawah harga Rm300,000

11) Pelepasan cukai pendapatan akan diperkenalkan untuk kalangan yang terpaksa sewa rumah

12) Bakal bina lebih banyak rumah felda

13) Akan ada sebuah agensi yang akan mengawal selia tawaran rumah PRIMA, rumah mesra rakyat, rumah PPA1M