5 Cara membuka akaun, Daftar dan register Pbe login Akaun Public Bank online banking
Jikalau anda merupakan pemegang akaun yang berdaftar, tetapi masih belum lagi mempunyai akaun pbb online banking mypt3 akan kongsikan bagaimana cara daftar dan register public bank melalui online banking dengan mudah dan senang di bawah ini nanti.
BACA SINI: Jika anda ada tanah sendiri, boleh hantar spnb borang permohonan rumah mesra rakyat 2022
Ada banyak cara sebenarnya untuk daftar pbe online banking. Ada 3 cara semuanya. Samada anda boleh melakukan di mesin-mesin ATM atau, ataupun anda boleh berurusan dengan kakitangan yang bertugas di kaunter bank ataupun juga anda boleh register melalui kad bank anda di portal rasmi mereka.
Jika anda merupakan pemilik akaun Bank Islam, boleh try cuba bimb online banking. Butiran lanjut ada di bawah ini termasuk bantuan prihatin nasional bpn yang diumumkan baru baru ini:
Berikut merupakan cara cara daftar untuk mendapatkan penyata bank Public Bank login secara atas online banking tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan bank;
Cara Buka Akaun Public Bank Malaysia
Public Bank menawarkan beberapa akaun yang boleh dibuka oleh pelanggan mengikut tujuan penggunaan seperti akaun simpanan, akaun semasa, akaun simpanan tetap dan akaun mata wang asing.
Kesemua akaun ini mestilah dibuka di cawangan Public Bank yang berdekatan dengan pelanggan.
Public Bank tidak menawarkan pembukaan akaun bank secara atas talian.
Berikut merupakan cara register dan cara membuka akaun Public Bank;
- Anda perlu mengunjungi cawangan Public Bank yang berdekatan.
- Setelah sampai di bank, anda perlu mengambil nombor giliran untuk tujuan pembukaan akaun dan menunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
- Pegawai bank akan memanggil anda dan meminta anda untuk mengemukakan kad pengenalan dan surat majikan anda untuk pembukaan akaun Public Bank.
- Beberapa borang akan diberikan untuk diisi sebagai tanda pembukaan akaun Public Bank.
- Anda perlu membuat pendepositan sebanyak RM250 bagi melengkapkan proses pendaftaran atau pembukaan akaun Public Bank yang baharu.
- Akhir sekali, anda hendaklah membuat bayaran sebanyak RM9 untuk mendapatkan kad debit bagi pengeluaran wang di mesin ATM dan secara langsung anda mempunyai akaun Public Bank yang sah.
3 Pilihan Register & Pbe Login
1) Pilihan Buat di Mesin ATM
i) Anda boleh pergi mana-mana mesin-mesin atm cawangan public bank yang berdekatan dengan rumah anda, tidak kira rumah pprt, rumah prima atau sebagainya.. Buat pilihan di mesin ATM public bank berdasarkan 2 gambar di bawah ini :
BACA SINI: Semakan bkm fasa 4 2022 lulus atau tidak
2) Anda perlu register nombor telefon anda, bagi membolehkan setiap kali transaksi dilakukan kelak setiap kali anda menggunakan menggunakan perkhidmatan perbankan public bank internet banking, anda akan mendapat PAC (AUTHENTICATION CODE) bagi membolehkan anda dapat mengesahkannya untuk meneruskan transaksi itu.
Dan selepas itu, anda perlu untuk tentukan password di mesin ATM tersebut.
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Sign in dan log masuk laman rasmi Public Bank Login PBE online banking | https://www.pbebank.com/ |
Pastikan anda klik butang “FIRST TIME” dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
Ini kerana jikalau anda tidak akses anda public bank online register first time login, akaun anda akan kena block dan anda perlu mohon semula.
2) Cara Daftar Public Bank Online di Kaunter
- BACA INI: Public mutual online Login & Register: Fund Price 2022
Cara daftar online banking public bank ini paling mudah. Anda hanya perlu isi borang permohonan ini selengkapnya dan serahkan di kakitangan bertugas di kaunter untuk menyiapkan permohonan anda. Semudah itu.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Borang permohonan dan perakuan membuka akaun public bank pdf | https://www.pbebank.com |
Borang permohonan juga boleh didapati terus di cawangan yang berdekatan
3) Cara Daftar Public Bank Online Banking
Cara daftar public bank online banking cukup mudah. Boleh terus buat pendaftaran melalui pautan di bawah ini :
PERKARA | PAUATANNYA |
---|---|
Cara Register & login Pbe | https://www.pbebank.com |
Dah ada online banking, anda boleh masukkan user id dan password untuk akses masuk
Sekarang, anda sudah boleh guna untuk check balance, cara cek statement, semakan baki akaun anda laptop, terus bayar bil tertunggak, cara semak baki akaun public bank online melalui telefon dan macam-macam lagilah.
Cara Activate Public Bank Online Banking
Pengguna perbankkkan atas talian sangat penting pada masa kini kerana Malaysia sedang bergerak ke arah negara yang lebih maju.
Oleh itu, penggalakkan transaksi tanpa tunai di semua premis dan kedai dikuatkuasa bagi mengurangkan transaksi yang melibatkan tunai, sekali gus menjamin keselematan seseorang individu.
Setiap bank menawarkan transaksi secara atas talian termasuklah Public Bank.
Setelah akaun Public Bank telah dibuka di cawangan Public Bank, pengguna perlu membuat pengaktifan akaun Public Bank secara atas talian.
Pengaktifan transaksi atas talian perlu dilakukan bagi membolehkan transaksi menggunakan akaun Public Bank.
Berikut merupakan cara cara untuk mengaktifkan transaksi atas talian Public Bank;
- Pengguna perlu melayari laman sesawang www.pbebank.com seperti pada Rajah di bawah ini

- Klik pada bahagian “Register” untuk mengaktifkan akaun Public Bank internet banking anda seperti pada Rajah di bawah ini

- Pengguna perlu memasukkan User ID dan kata laluan yang didapati dengan pihak bank.
- Klik pada bahagian “Accept Terms & Conditions”.
- Kemudian, pengguna perlu memasukkan User ID dan kata laluan baru yang direka sendiri oleh pengguna untuk memudahkan pengguna membuat transaksi atas talian.
- Pengguna perlu membuat pemilihan soalan dan jawapan serta memasukkan alamat emel pengguna yang sah, seterusnya klik pada butang “Submit”.
- Akhir sekali, pemberitahuan pengaktifan berjaya akan dihantar melalui emel kepada pengguna.
Syarat Buka Akaun Public Bank 2022
Public Bank boleh dibuka oleh mana-mana individu termasuklah individu yang beumur 18 tahun ke bawah hendaklah ditemani bersama penjaga.
Dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Public Bank ialah kad pengenalan pembuka akaun bagi warganegara Malaysia dan passport bagi bukan warganegara Malaysia, salinan bil elektrik dan surat majikan.
Cara Buat Statement Public Bank
Penyata bank merupakan satu penyata yang menyatakan aliran tunai keluar dan masuk ke dalam akaun bank.
Penyata bank ini boleh didapati secara atas talian menerusi aplikasi perbankan atas talian.
Penyata bank Public Bank boleh didapati di PBE online banking.

Pengguna akaun Public Bank boleh memuat turun dan mencetak penyata akaun untuk kegunaan peribadi seperti permohonan membuat pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan banyak lagi.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan penyata bank Public Bank secara atas talian tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan bank;
- Pengguna perlu melayari laman sesawang https://www.pbebank.com
- Kemudian, masukkan User ID dan kata laluan pengguna yang sah.
- Pada bahagian Menu, pengguna perlu klik pada “Account”.
- Pengguna perlu memilih akaun bank yang mana untuk mencetak penyata bank berserta tarikh atau tempoh yang diperlukan supaya rekod transaksi keluar dan masuk duit ke dalam akaun tersebut dipaparkan pada penyata bank.
- Klik pada bahagian “Select Option” dan tekan pada “Request E-Statement” untuk memuat turun penyata bank.
- Akhir sekali, penyata Public Bank tersebut boleh mula dicetak.
Cara Aktifkan PB Securesign Activation
PB Securesign adalah kaedah pengesahan transaksi yang menggunakan pengecaman biometrik atau 6 digit nombor pin.
Kaedah ini menjamin keselamatan kepada pengguna akaun Public Bank.
Berikut merupakan cara untuk mengaktifkan PB Securesign untuk memudahkan urusan harian pengguna;

- Pengguna perlu login ke aplikasi PBE online banking dan pengguna perlu klik pada butang “Activate Now” untuk mendaftar PB Securesign.
- Kemudian, setkan Secure PIN 6 digit baharu.
- Pengguna perlu meletakkan cap jari pengguna untuk tujuan pengecaman biometrik untuk pengesahan yang lebih selamat dan cepat, kemudian klik pada butang “Proceed”.
- Permohonan PB Securesign pengguna akan diserahkan kepada pihak bank untuk tujuan pengaktifan.
- Seterusnya, pengguna perlu hadir ke mana-mana ATM Public Bank yang berdekatan, cawangan Public Bank yang berdekatan dan menghubungi pihak Public Bank untuk membuat pengaktifan.
- Jika pengguna memilih untuk membuat pengaktifan di mesin ATM, pengguna perlu masukkan kad debit Public Bank pengguna dan klik pada butang “Other services” pada mesin ATM. Pengguna pelu memilih transaksi “PB Securesign Activation”. Kemudian, detail berkenaan pendaftaran PB Securesign pengguna akan dipaparkan dan jika betul, pengguna perlu klik pada butang “YES”. Akhir sekali, skrin akan memaparkan PB Securesign anda telah diaktifkan.
- Walaubagaimanapun, jika pengguna memilih untuk membuat pengaktifan di cawangan Public Bank berdekatan, pengguna mestilah mengisi borang permohonan seperti pada Rajah di bawah ini.
- Pengguna perlu membawa borang tersebut untuk tujuan pengaktifan.
- Akhir sekali, pengguna juga boleh memilih untuk menghubungi bahagian sokongan pelanggan untuk membuat pengaktifan PB Securesign.

Kenapa Tak Boleh Transfer Duit Public Bank
Bagi sesetengah transaksi yang mencurigakan, Public Bank tidak akan memproses transaksi atau transfer tersebut.
Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan wang yang terdapat di bank.
Selain itu, transaksi transfer ini tidak boleh dibuat oleh Public Bank jika mempunyai masalah gangguan sistem.
Selebihnya, pengguna bebas untuk transfer duit atau dana mereka pada mana-mana akaun bank termasuklah Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan banyak lagi.
Cara Tukar No Phone Public Bank
Nombor telefon merupakan data yang paling penting untuk tujuan penghantaran PAC bagi transaksi atas talian.
Jika pengguna akaun Public Bank bertukar nombor telefon kepada nombor telefon baharu, mereka perlu hadir ke cawangan Public Bank yang terdekat atau melalui mesin ATM Public Bank untuk mengemaskini nombor telefon mereka.
Pilihan pertama, pengguna perlu hadir ke cawangan Public Bank terdekat dan membuat pengemaskinian nombor telefon melalui kaunter.
Pegawai bank akan meminta pengguna untuk mengisi borang bagi tujuan kemaskini nombor telefon bimbit pengguna.
Pilihan kedua, pengguna boleh menukar nombor telefon bimbit menerusi mesin ATM Public Bank dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah;
- Pengguna perlu hadir ke mesin ATM Public Bank yang berdekatan.
- Masukkan kad debit Public Bank pengguna ke mesin ATM.
- Masukkan nombor pin dan pilih pada bahagian “Register/ Change PAC Mobile”.
- Pengguna perlu memasukkan nombor telefon yang baharu untuk tujuan kemaskini.
- Maklumat pengesahan pertukaran nombor telefon akan dipaparkan dan resit akan keluar sebagai bukti pertukaran.
- Akhir sekali, pengguna telah berjaya mengemaskini dan menukar nombor telefon bimbit yang baharu.
Cara Aktifkan Auto Debit Public Bank
Auto Debit Public Bank dikenali sebagai arahan E-Standing yang merupakan kaedah pembayaran melalui kad debit Public Bank secara automatik.
Transaksi ini ialah pembayaran automatic yang telah ditetapkan mengikut jumlah, masa dan tarikh.
Mana-mana pengguna PBE boleh memohon untuk mengaktifkan auto debit Public Bank ini secara online banking.
Berikut merupakan cara-cara untuk mengaktifkan auto debit Public Bank;
- Pengguna perlu log masuk ke akaun PBE dan memilih akaun yang ingin mengaktifkan auto debit.
- Pengguna perlu klik pada “E-Standing Instruction” dan klik pada “Buat ESI”.
- Kemudian, pengguna perlu memilih jenis transaksi.
- Pengguna mestilah mengisi butiran yang diperlukan dengan lengkap dan betul dan klik pada butang “Seterusnya”.
- Pengguna perlu klik pada butang “Minta PAC sekarang” untuk mendapatkan nombor PAC.
- Masukkan nombor PAC tersebut dan secara tidak langsung auto debit kad Public Bank pengguna diaktifkan.
Public Bank Forgot User ID
User ID Public Bank merupakan elemen terpenting untuk membolehkan pengguna log masuk ke akaun PBE.
Namun, jika pengguna lupa User ID Public Bank mereka, mereka boleh cuba membuat User ID yang baharu di laman sesawang PBE.
Walaubagaimanpun, pengguna perlu menghubungi cawangan Public Bank yang anda buka akaun untuk mendapatkan ID sementara dan kata laluan sementara bagi membolehkan pengguna mencipta User ID yang baharu.
Setelah pengguna menghubungi cawangan Public Bank dan berjaya mendapatkan User ID dan kata laluan sementara daripada pihak bank, pengguna boleh mula melayari laman sesawang PBE.
- Kemudian klik pada bahagian “Reset Password” dan klik pada “Reset using a Temporary ID and Password”.

- Pengguna perlu memasukkan User ID dan kata laluan sementara yang diberikan oleh pihak Public Bank.
- Seterusnya, klik pada butang “Next”. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan pada bahagian “Creation” dan klik pada butang “Next”.
- Pada bahagian authentication, pilih mana-mana cara authentication, seterusnya klik pada butang “Next”.
- Akhir sekali, pertukaran ID User pengguna berjaya dan pengguna boleh mula log masuk ke akaun PBE.
Lupa Password Public Bank Online
User ID dan kata laluan merupakan elemen yang sangat penting untuk dicatat pada mana-mana tempat supaya ia dapat memudahkan pengguna apabila ingin menggunakan aplikasi PBE.
Walaubagaimanapun, masih ada pengguna yang tidak mengambil berat soal kepentinagn User ID dan kata laluan ini.
Jika pengguna lupa kata laluan public bank online atau user ID ini, pengguna klik link, https://www2.pbebank.com seperti pada Rajah di bawah ini.
Pengguna boleh klik pada bahagian “Reset Password”.

- Kemudian, pengguna perlu klik pada “Reset using Your Account Number or ATM/Debt/Credit Card Number”.
- Seterusnya, pengguna perlu mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan seperti pada Rajah di bawah.

- Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, pengguna perlu klik pada butang “Next”.
- Pengguna perlu memasukkan kata laluan yang baru dan confirm kata laluan, serta klik pada butang “Next”
- Selepas itu, pengguna perlu memilih jenis authentication sama ada menggunakan PAC, PB Securesign (Push Notification) dan PB Securesign (SecurePAC)
- Setelah pengguna membuat authentication melalui salah satu cara yang diberikan.
- Akhir sekali, pengguna pbebank boleh log masuk semula ke akaun PBE seperti biasa menggunakan kata laluan yang baharu.
Cara Apply Kad Debit Public Bank
Kad debit Public Bank akan diterima oleh pengguna jika mereka membuka akaun bersama Public Bank.
Walaubagaimanapun, pengguna boleh membuat permohonan untuk mendapatkan kad debit Public Bank yang perlu dibayar dengan kadar harga bergantung kepada jenis kad debit yang dipilih.

- Pengguna perlu melayari laman sesawang pbebank, www.pbebank.com seperti pada Rajah di bawah ini dan klik pada bahagian “Cards”
- Pengguna boleh klik pada mana-mana kad debit yang ingin dipohon mengikut kegunaan pengguna. Rajah di bawah ini menunjukkan senarai kad debit yang boleh dipilih oleh pengguna.

- Kemudian, klik pada kad debit tersebut dan klik pada butang “Apply” untuk memohon kad debit pbebank tersebut.
- Kemudian, klik pada butang “Next” untuk memohon kad yang ingin dipohon
- Seterusnya, masukkan nama penuh, nombor telefon dan nombor kad pengenalan pengguna dan klik pada butang “Proceed”.

Cara Activate Public Bank Debit Card
Pengaktifan kad debit Public Bank boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu menerusi aplikasi secara atas talian dan menerusi mesin ATM.
1. Aktifkan Guna Pbe Secara Online
- Jika menerusi aplikasi PBE login, pengguna perlu log masuk ke akaun PBE mereka.
- Kemudian, pilih “Profile Maintenance”, seterusnya “Manage Card Profil” dan pilih “Opt Out / In for card Not-Present and Overseas Retail Transaction” bagi tujuan pengaktifan kad debit pengguna.
- Setelah selesai semuanya, kad debit pengguna berjaya diaktifkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
2. Aktifkan di Pbank Mesin ATM
Namun, jika pengaktifan dibuat menerusi mesin ATM. Pengguna mestilah mengunjungi mesin ATM Public Bank yang berdekatan.
- Pengguna perlu memasukkan kad debit pengguna ke mesin tersebut.
- Pengguna seterusnya perlu memasukkan nombor pin 6 digit dan klik pada “Other Services”.
- Seterusnya, pilih “Card Profil” dan klik pada “Opt Out / In for card Not-Present and Overseas Retail Transaction” untuk mengaktifkan kad debit pengguna.
- Akhir sekali, kad debit pengguna akan keluar daripada mesin dan kad tersebut telah pun berjaya diaktifkan.
Tempoh Cek Masuk Dalam Akaun Public Bank
Tempoh pendepositan cek dan ketersediaan dana bergantung pada masa dan hari yang pengguna mendeposit cek.
Jika cek tersebut didepositkan oleh pengguna pada hari bekerja iaitu Isnin sehingga Jumaat, berikut merupakan penjadualan yang telah ditetapkan oleh pihak Public Bank;
MASA CEK DIDEPOSITKAN | CEK SENDIRI | CEK TEMPATAN |
---|---|---|
Sebelum jam 4 petang | Dana akan masuk pada hari yang sama pada jam 8 malam | Dana akan masuk pada hari perniagaan berikutnya pada jam 8 malam |
Selepas jam 4 petang | Dana akan masuk pada hari berikutnya pada jam 8 malam | Dana akan masuk pada hari perniagaan ke-3 pada jam 8 malam |
Namun, bagi cek yang didepositkan pada bukan hari bekerja iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, cek tersebut akan diproses pada hari perniagaan berikutnya.
Senarai Bantuan Online
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Borang permohonan dan perakuan membuka akaun public bank pdf | Akan dikemaskinikan |
Pautan untuk isu lupa kata laluan public bank password online | https://www.pbebank.com/forms/form-pbebank-resetpassword.aspx |
Cara menukar nombor atau tukar no telefon public bank online supaya anda mudah dapat PAC | Pergi ke cawangan Public Bank terdekat untuk proses penukaran |
nombor telefon public bank |
Cara Contact Public Bank Customer Service
Jika pelanggan mempunyai masalah berkaitan account Public Bank, pelanggan boleh login contact pbe customer service di talian 1-800-22-5555 / emel customerservice@publicbank.com.my untuk mengemukakan isu yang dihadapi.
3 Soalan Lazim Login Pbe Online
1) Selamatkah duit saya pada ketika menggunakan servis dan perkhidmatan Pbe online ini?
Semestinya selamat. Ini kerana setiap uruniaga dan transaksi yang anda lakukan dilindungi dengan sekuriti yang cukup tinggi termasuk menggunakan Transport Layer Security (TLS)
2. Ada Beza PBE login dengan Public Bank?
Public Bank adalah nama bank manakala servis Public Bank melalui online banking dinamakan sebagai PBE. Dahulunya dikenali dengan PBEBANK
3. Saya sudah cuba sehingga 3 kali untuk login pbe tetapi tidak berjaya. Tidak pastinya samada saya terlupa password atau username. Bagaimana?
Anda boleh terus hubungi PBe Customer Support atau customer service di nombor hotline online banking mereka iaitu 03-2179 9999
4. Adakah saya akan dikenakan caj traksaksi dari akaun bank Public Bank ke akaun Bank lain contohnya ke akaun bank Saya di Maybank, CIMB atau Bank Islam?
Tidak sama sekali. FREE dan PERCUMA
5. Bagaimana cara selesaikan kad atm public bank kena block
Mesti ada banyak kali masuk dan key in password yang salah. Untuk unblock card public bank anda ada 2 cara:
(i) Pergi ke cawangan public bank, jika masih ingat password mereka akan aktifkan semula kad anda
(ii) Jika masih lupa password, kad anda akan digantikan dengan yang baru
Semoga perkongsian ini menjawab segala persoalan anda termasuklah persoalan how to register pbe dan how to login online banking public bank