Tiktok Affiliate Program Malaysia Dengan Link Commission

Cara daftar Tiktok Affiliate Program Malaysia Dengan Link Commission

cara daftar tiktok affiliate program malaysia

Peningkatan taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan masyarakat hari ini perlu bekerja lebih daripada satu pekerjaan demi kelangsungan hidup. Selaras dengan kecanggihan teknologi yang kita ada pada hari ini, pendapat boleh dijana hanya dihujung jari sahaja.

BACA SINI >> Jadual waktu fyp tiktok malaysia

Namun, ianya perlu kepada kegigihan dan kerajinan untuk mengatur strategi bagi menjana pendapatan. Antara salah satu platform yang tular dalam kalangan masyarakat hari ini ialah TikTok Affiliate. TikTok Affiliate ialah satu sistem jana pendapatan bagi peniaga yang meniaga secara atas talian tanpa memerlukan modal.

Mereka hanya perlu mempromosikan barangan dengan cara yang menarik dan kreatif daripada “content creator”. Dengan kata lain, mereka adalah ejen atau bahasa yang familiar ialah “dropship”. Kedua-dua pihak akan mendapat manfaat daripada jualan mereka.

Cara Dapatkan Link Tiktok Affiliate Program

Penggunaan aplikasi TikTok tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat hari ini. Selain TikTok Shop, TikTok Affiliate juga merupakan platform pemasaran yang sangat efisien dan menarik jika dibandingkan dengan Shoppee, Lazada, Ebay dan Amazon. 

TikTok Affiliate boleh didaftarkan dengan beberapa cara yang sangat mudah seperti berikut;

  1. Pengguna perlu memuat turun aplikasi “TikTok Seller App” seperti pada Rajah di bawah ini. Pengguna mestilah mempunyai aplikasi tersebut untuk mendaftar akaun TikTok Affiliate.
  2. Kemudian, daftar masuk menggunakan akaun TikTok anda.
  3. Seterusnya, tekan pada bahagian “Setting” dan “Linked TikTok Accounts” untuk hubungkan akaun TikTok anda.
  4. Selepas itu, tekan nama akaun anda dan klik pada butang “Link New Account”.
  5. Akhir sekali, masukkan nama penuh seperti pada kad pengenalan serta nombor kad pengenalan untuk pengesahan bagi memudahkan pengeluaran komisen yang bakal diterima.
link tiktok

Berapa Kiraan Komisen Tiktok Affiliate Marketing

Pemasaran produk melalui TikTok Affiliate melibatkan tiga (3) pihak iaitu pengeluar produk yang dikenali sebagai “seller”, ejen affiliate dan pembeli.

Hasil daripada jualan sesuatu produk, dua (2) pihak akan mendapat manfaat daripadanya. 

Bagi ejen affiliate, mereka akan mendapat komisen hasil daripada mempromosikan barangan penjual atau “seller”.

  • Komisen bagi sesuatu barang ditentukan oleh penjual produk tersebut.
  • Komisen boleh jadi 10 peratus, 20 peratus, 50 peratus atau 80 peratus daripada hasil jualan sesuatu produk.
  • Sebagai contoh, penjual Kedai A menjual produk mereka dengan harga RM20 bagi 10 unit, jika ejen affiliate berjaya menjual 10 unit produk Kedai A, penjual akan memberi komisen sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan tersebut.
  • Maka, ejen affiliate akan mendapat RM10 komisen jika berjaya menjual 10 unit produk Kedai A.
  • Begitulah kaedah penjualan di platform TikTok Affiliate, di mana ejen hanya perlu mempromosikan barangan tanpa mengeluarkan modal tetapi mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan.

Cara Daftar Tiktok Affiliate Tanpa Followers

Syarat bagi mempunyai akaun TikTok Affiliate ialah pengguna akaun TikTok mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengikut.

Walaubagaimanapun, akaun TikTok Affiliate ini juga boleh didaftarkan tanpa memerlukan pengikut.

Antara cara-cara untuk mendaftar akaun TikTor Affiliate tanpa pengikut atau follower adalah seperti berikut;

komisen tiktok
  1. Kemudian, daftar masuk ke akaun TikTok anda dengan menekan butang “Login” dan pilih “Seller”.
  2. Seterusnya, anda akan disalurkan ke TikTok Shop dan anda perlu memilih antara “Penjual Asia” jika anda tinggal di negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan banyak lagi, manakala “Penjual Eropah” jika anda tinggal di negara-negara Eropah seperti United Kingdom. Anda boleh rujuk pada Rajah di bawah ini.
affiliate tiktok
  • Selepas itu, anda perlu mengesahkan identiti anda dengan memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti maklumat penjual, nama kedai, nama individu, nombor kad pengenalan dan banyak lagi.
  • Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, tekan pada butang “Hantar”.
  • Anda perlu menunggu emel sebagai tanda verifikasi atau pengesahan dalam masa 24 jam. 
  • Jika akaun anda berjaya disahkan, daftar masuk ke akaun TikTok dan pilih “Profile” serta sambungkan akaun TikTok anda. 
  • Tekan “Link Account” setelah memasukkan nama akaun TikTok anda.
  • Akhir sekali, klik pada gambar beg pada profil akaun TikTok anda untuk mula mempromosikan produk pilihan anda.

Senarai Idea Affiliate Marketing Dengan Tiktok

Pemasaran produk secara atas talian bergantung kepada cara pemasaran penjual itu sendiri. Keunikan dan kreativiti sangat penting bagi seseorang penjual untuk menjual produk mereka bagi menarik minat pembeli untuk membeli.

Pemasaran produk melalui pemasaran Affiliate boleh dilakukan dengan mempromosikan barangan melalui video-video yang kreatif.

Seperti yang semua tahu, ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi TikTok sangat banyak antaranya termasuklah pelbagai filter-filter menarik, gambar-gambar infografik, lagu-lagu terkini dan banyak lagi.

Anda sebagai ejen Affiliate boleh memasarkan atau mempromosikan produk promosi anda melalui video yang disunting di aplikasi TikTok.

Seterusnya, pemilihan produk untuk pemasaran di TikTok Affiliate adalah sangat penting. Produk yang hendak dipromosikan mestilah sesuai dengan permintaan semasa.

Permintaan yang tinggi akan menghasilkan pulangan yang lumayan.

Sebagai contoh, mempromosikan produk pelitup muka kerana permintaannya yang tinggi akibat daripada keadaan Covid-19 pada masa kini.

Cara Buat Duit Affiliate Tiktok

Beberapa langkah yang perlu diikut untuk mendapat pulangan daripada TikTok Affiliate, antaranya;

  1. Buka TikTok Shop pada profil anda dan tekan butang “Enter”. 
  2. Kemudian, klik pada bahagian “Add Product” untuk memilih produk untuk dipromosi.
  3. Buat carian mana-mana produk yang anda ingin promosikan, contohnnya produk kecantikan seperti SZINDORE.
  4. Seterusnya, pilih produk yang ingin dipromosikan dan tekan butang “Add the Product”.
  5. Setelah tambah produk yang diinginkan, tekan pada butang “Post”.
  6. Akhir sekali, anda perlu membuat “content” yang menarik untuk mempromosikan produk yang anda pilih tersebut.

Produk yang telah terjual hasil daripada promosi yang dilakukan menunjukkan kaedah membuat duit melalui TikTok Affiliate.

Beberapa cara mudah seperti di atas penting untuk menjana pendapatan secara atas talian.

Kelebihan Buat Affiliate Dengan Tiktok

Bak kata pepatah, “Siapa yang berusaha, dia akan berjaya”. Pepatah ini sering menjadi sebutan masyarakat bagi membakar semangat untuk terus berusaha jika ingin mencapai kejayaan. 

Dengan teknologi yang semakin canggih, TikTok Affiliate diperkenalkan sebagai satu inisiatif bagi mengalakkan masyarakat menjana pendapatan secara atas talian tanpa memerlukan modul tetapi perlu kepada usaha yang sangat tinggi.

  1. Ejen affiliates tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli barang, produk atau servis tersebut.
  2. Mereka hanya perlu mempromosikan dengan menggalakkan pembeli untuk membeli produk tersebut.
  3. Cara mempromosikan barangan tersebut bergantung sepenuhnya pada kreativiti individu itu sendiri. 
  4. Para ejen affiliate ini juga tidak perlu memegang barangan atau produk untuk menjual barangan tersebut.
  5. Mereka juga tidak perlu membuat pengeposan atau kiriman barangan kepada pembeli.
  6. Kedua-dua tugas tersebut menjadi peranan penjual, bukan ejen affiliate.
  7. Ejen affiliate hanya menjana pendapatan melalui mempromosikan produk yang mereka pilih secara kreatif.
  8. Setiap hasil jualan melalui TikTok Affiliate, ejen akan mendapat komisen daripada penjual.
  9. Untuk mendapatkan hasil komisen yang tinggi, ejen affiliate boleh mempromosikan barangan yang pelbagai contohnya tudung, baju, seluar, bag dan banyak lagi mengikut target penonton ejen affiliate.
  10. Tuntasnya, semakin banyak produk yang terjual, semakin tinggi komisen yang akan diperolehi.

Semuanya bergantung kepada usaha anda sebagai TikTok Affiliater.

Kelemahan

Setiap sistem yang dihasilkan pasti mempunyai kelemahan masing-masing, begitu juga dengan TikTok Affiliate.

Antara kelemahannya ialah:

  • ejen affiliate tidak dapat tahu siapa pembeli produk promosi mereka secara personal.
  • Mereka hanya tahu berapa unit yang terjual, produk apa yang terjual dan nilai komisen yang diterima.
  • Identiti pembeli hanya dapat diketahui oleh penjual, bukan ejen affiliate.
  • Kelemahan yang paling memberi impak kepada ejen affiliate adalah dari segi persaingan.
  • Persaingan di dalam akaun TikTok Affiliate amatlah tinggi. Ejen affiliate perlu bersaing dengan ramai affiliate-affiliate yang lain bagi memastikan produk yang dipromosi terjual.

Tanpa usaha dan cara pemasaran yang unik boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada ejen affiliate.

Oleh sebab itu, ilmu pemasaran sangat penting untuk dipelajari bagi memastikan produk yang dijual itu laku.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia