Mypsv 2023: Semakan Status Lesen PSV Percuma e Hailing

Semakan Status Lesen PSV percuma Mypsv 2023 license e Hailing grab foodpanda lalamove

semakan status permohonan bantuan mypsv

MyPSV merupakan suatu program berbentuk bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada golongan belia yang membolehkan para belia mendapatkan lesen PSV (Public Service Vehicle) secara percuma.

BACA SINI >> top up shopeepay

Program MyPSV ini diwujudkan adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan golongan belia.

Pihak kerajaan bersetuju untuk menanggung kos perbelanjaan bagi bayaran kos untuk mendapatkan lesen PSV bagi membolehkan golongan belia menjana pendapatan dan buat duit menerusi perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing.

Cara Apply Lesen PSV Percuma

Permohonan lesen PSV ini boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangannya serta melalui badan yang berdaftar seperti Grab.

Namun begitu, pemohon akan dikenakan bayaran yuran dengan kos harga yang telah ditetapkan jpj bagi mendapatkan lesen PSV ini.

Oleh itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu inisiatif program MyPSV 2023 kepada golongan belia secara percuma.

Permohonan ini boleh dilakukan menerusi atas talian sepertimana berikut;

  1. Pemohon perlu melayari laman sesawang https://docs.google.com/forms/ seperti pada Rajah di bawah untuk mendapatkan borang penyertaan program MyPSV bagi tahun 2023.
  2. Baca terma dan syarat yang telah dinyatakan dan isi butiran maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Akhir sekali, klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan MyPSV ini.
borang mypsv 2023

Syarat Kelayakan Mypsv 2023

Permohonan MyPSV ini hanya diluluskan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan yang wajib dipenuhi oleh pemohon;

  1. Pemohon merupakan golongan berpendapatan rendah iaitu B40.
  2. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas ketika membuat permohonan lesen ini.
  3. Pemohon mestilah lulus dalam Ujian Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A).
  4. Nama pemohon tidak disenarai hitam oleh Mahkamah, JPJ dan PDRM.
  5. Pemohon mestilah memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas D atau E.

SUMBER: JPJ

Berapa Lama Proses Kelulusan Lesen PSV

Pemohon yang membuat permohonan ini mestilah menduduki semua ujian yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Individu pemohon yang berjaya melepasi semua ujian yang ditetapkan akan mendapat kelulusan untuk menerima lesen ini.

Kelulusan lesen ini akan diproses dalam tempoh masa seminggu. Individu yang mempunyai lesen ini boleh mula memandu kenderaan pengangkutan awam secara sah.

Kos Harga Buat Lesen PSV Baru dan Renew

Permohonan bagi lesen ini akan dikenakan bayaran. Namun begitu, permohonan lesen PSV ini hanya diberikan secara percuma kepada pemohon MyPSV.

Berikut merupakan kadar bayaran yang dikenakan untuk buat baru dan kos pembaharuan dan renew lesen PSV ini;

  1. Kos permohonan lesen PSV buat baru – RM70 sehingga RM200 
  2. Kos pembaharuan lesen PSV renewal price– RM20 (bagi tempoh setahun)

Beza Lesen PSV vs Licence GDL

GDL dan PSV merupakan jenis license yang dikategorikan sebagai memandu vokasional.

Kedua-duanya mempunyai fungsi dan kelebihan yang berbeza.

Berikut merupakan perbezaan di antara GDL dan pSV license;

1. PSV License

Lesen ini merupakan lesen bagi kenderaan pengangkutan awam seperti bas mini, teksi dan e-hailing.

lesen psv license

Pengangkutan seperti berikut hanya boleh dipandu oleh pemandu yang mempunyai lesen ini sahaja.

Dengan adanya lesen ini, pemandu dibenarkan untuk membawa penumpang yang memerlukan khidmat pengangkutan awam.

Lesen ini boleh dimohon pada mana-mana cawangan JPJ negeri.

2. GDL Licence Malaysia

Lesen GDLL merupakan lesen bagi kenderaan yang membawa barang dagangan.

GDLL ini dibahagikan kepada tiga (3) jenis lesen mengikut tan barangan yang dibawa sebagai contoh, lesen GDLL kecil, lesen GDLL kejur dan lesen GDLL sendi/ trailer.

License ini boleh digunakan oleh pemandu untuk membawa barang dagangan sahaja.

Permohonan lesen ini perlu dilakukan di mana-mana cawangan JPJ negeri.

Berapa Maksimum Tahun Usia Kenderaan Ehailing

Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah bersetuju untuk membenarkan had usia bagi kenderaan e-hailing adalah 15 tahun.

Ianya adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan penumpang sekaligus menambahbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Adakah Ujian Komputer Wajib Untuk Apply PSV License

Individu yang membuat permohonan lesen PSV merupakan individu yang memiliki lesen memandu CDL.

Oleh itu, pemohon tidak perlu menduduki ujian computer bagi mendapatkan lesen ini.

Pemohon hanya perlu menjalani ujian pemeriksaan kesihatan, ujian teori dan ujian amali bagi mendapatkan lesen ini.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia