Lesen GDL License Malaysia: Cara Daftar & Isi Borang

Cara Register Daftar Lesen GDL License Malaysia & Isi Borang Medical Check Up

cara daftar lesen gdl register

Secara amnya, setiap individu yang ingin memandu kenderaan di jalan raya perlulah mempunyai lesen memandu yang sah. Lesen Memandu Malaysia (LLM) telah menetapkan bahawa jenis lesen yang digunakan oleh pemandu adalah berdasarkan tahap kelayakan dan juga kegunaan kenderaan itu sendiri.

Lesen memandu ini secara khususnya akan ditentukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Terdapat beberapa kelas lesen yang diperkenalkan berdasarkan kepada jenis dan kapasiti kenderaan itu sendiri, antaranya ialah license GDL.

Good Driving License merupakan lesen yang dikeluarkan kepada individu yang dibenarkan atau mempunyai autoriti untuk memandu kenderaan syarikat. Lesen ini ada lesen kenderaan barangan yang melibatkan pengangkutan yang membawa barangan untuk mengangkut barang-barang.

Kebanyakan mereka yang memiliki lesen ini adalah mereka yang bekerja di syarikat-syarikat penghantar barang, contohnya Shoppe, Lazada, perabot dan banyak lagi. Secara ringkasnya, lesen ini adalah suatu lesen yang membenarkan individu tersebut untuk memandu kenderaan perdagangan atau perkhidmatan awam.

Contoh Lesen GDL

Gambar di bawah ini menunjukkan contoh lesen yang dimiliki oleh individu yang layak dan sah di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

  • BACA SINI >> Mypsv 2023: Semakan Status Lesen PSV Percuma e Hailing
gdl license malaysia

Harga Lesen Gdl 2024 License Malaysia

Kadar bayaran bagi mendapatkan lesen ini ialah RM500 sehingga RM3000 mengikut kategori lesen tersebut. 

Bagi mendapatkan lesen ini, terdapat beberapa cara mudah untuk daftar lesen GDL bagi individu yang layak untuk memohon lesen tersebut.

  • Pertamanya, permohonan boleh dibuat dengan memuat turun dua (2) jenis borang iaitu Borang Permohonan Lesen Vokasional (JPJ L8A) dan juga Borang Pemeriksaan Kesihatan di laman sesawang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
  • Seterusnya, setelah mengisi kedua-dua borang tersebut, pemohon hendaklah membuat saringan kesihatan (medical check-up) di mana-mana hospital atau klinik yang telah diiktiraf.
  • Rajah di bawah ini merupakan contoh borang Pemeriksaan Kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak JPJ.
borang medical check up gdl
  • Kemudian, borang yang telah dimuat turun itu hendaklah dibawa ketika membuat saringan kesihatan untuk diisi dan dilengkapkan oleh doktor atau pegawai perubatan yang bertugas.
  • Anda hendaklah membuat pembayaran dan menyimpan resit pembayaran sebagai bukti pendaftaran.
  • Pemohon yang mahu buat permohonan lesen gdl perlulah menghubungi atau hadir ke institut memandu yang berhampiran untuk proses pendaftaran dan pembayaran dengan membawa kedua-dua borang yang telah lengkap diisi. 
  • Setelah selesai proses pendaftaran bersama institute memandu, pemohon hendaklah menghadiri ceramah teori selama tujuh (7) jam.
  • Ceramah selama tujuh (7) jam itu berlaku secara fizikal di mana, lima (5) jam pertama merupakan kursus daripada pihak institut memandu dan baki dua (2) jam lagi memfokuskan kursus teori JPJ.
  • Apabila pemohon berjaya lengkap menghadiri kursus teori selama tujuh (7) jam, pemohon seterusnya hendaklah menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas tarikh kursus teori.
  • Tarikh ujian bertulis tersebut kebiasaannya akan dimaklumkan oleh pihak institut memandu kepada pemohon. Markah bagi lulus ujian tersebut adalah 42 daripada 50 soalan yang akan diberikan. 

Akhir sekali, pemohon yang lulus ujian bertulis hendaklah membawa dokumen lulus ujian untuk tujuan proses membuat lesen di mana-mana institut memandu yang berdaftar yang dipilih oleh pemohon.

Licenses GDL Expired Selepas 1 Tahun

Lesen ini mestilah diperbaharui pada setiap tahun kerana tempoh memegang lesen ini hanya sah dalam tempoh satu (1) tahun sahaja.

Pemegang lesen boleh hadir ke JPJ Negeri / Cawangan, UTC dan Kaunter JPJ yang berdekatan untuk tujuan pembaharuan GDL.

PERKARAPAUTANNYA
Borang Renew GDL licenseBORANG RENEW
Borang Permohonan lesen vokasionalBORANG PEMBAHARUAN

Kadar yang dikenakan untuk memperbaharui lesen hanya RM20 sahaja untuk tempoh satu (1) tahun

Jenis & Kategori Lesen 

Sedia maklum bahawa, lesen ini hanya dikeluarkan kepada pemohon yang mempunyai lesen memandu kompeten serta lulus dalam ujian kelayakan vokasional yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu motokar ringan, motokar berat kejur dan motokar bersendi.

Walaubagaimanapun, ia dibahagikan kepada tiga (3) kategori yang berbeza:

  • Kategori Pertama: “GDL D” yang merupakan lesen untuk kategori GDL bagi Kelas D, di bawah kategori Motokar Ringan BTM (Lori kecil, van berat tanpa muatan tidak melebihi 3000kg).
  • Kategori Kedua: “GDL E” yang merupakan lesen DGL Kelas E, di bawah kategori Motokar Berat Kejur (Lori Rigid). Bagi mendapat lesen bagi kategori ini, individu seharusnya memiliki Lesen Memandu Kelas E sebelum mengambil lesen Kelas GDL (E).
  • Kategori Ketiga: “GDL Bersendi”, dimana pemegang lesen kategori ini merupakan pemandu kenderaan berat vokasional. Bermula dengan berat tanpa muatan (BDM) seberat 7500kg, berat maksimum kenderaan ialah BDM 44000kg. Lori yang termasuk di dalam kategori ini termasuklah lori treler, lori tangki dan lori kontena.

Syarat Ambil Lesen GDL

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon lesen GDL secara sah dibawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

  1. Antaranya ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai lesen memandu kompeten yang sah sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas D.
  2. Syarat seterusnya, pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas bagi lesen vokasional.
  3. Pemohon juga perlulah mempunyai tahap kesihatan yang baik. 
  4. Penting bagi pemohon lesen, mereka mestilah lulus Pemeriksaan Perubatan Borang JPJL8A yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dan menghadiri kursus kurikulum perlesenan pemandu vokasional selama tujuh (7) jam serta lulus dalam ujian teori. 

Syarat-syarat sangat signifikan untuk dipenuhi oleh individu yang ingin memohon lesen secara sah bagi membolehkan mereka memandu kenderaan yang membawa barang perdagangan.

Apa Itu Program Mylesen GDL 2.0

Program MYLESEN GDL 2.0 merupakan program yang diperkenalkan di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 bagi mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik di Malaysia.

Program ini dirangka bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan sebagai pemandu kenderaan perdagangan.

Program ini juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada individu yang layak terutamanya kepada individu yang terjejas akibat penularan wabak covid-19.

Berapa Pulangan Income & Pendapatan Ada Pemandu Lori

Bagi pemandu dan driver lori, treler yang memegang lesen ini, pulangan gaji dan pendapatan sebulan secara kasarnya adalah RM350 sehingga boleh mencecah kepada RM10,000 sebulan mengikut muatan dan jenis barang dagangan yang dibawa.

Pendapatan ini juga menjadi tanggungjawab majikan bagi sesebuah syarikat untuk menentukan tangga gaji yang relevan kepada para pekerja. 

Proses Ganti & Caj Denda Lesen GDL Hilang

Lesen merupakan dokumen penting yang perlu dititikberatkan bagi setiap individu, tidak kira jenis lesen yang dimiliki oleh individu tersebut.

Lesen ini dokumen yang perlu ada bersama individu yang memandu kenderaan terutamanya apabila berlakunya sekatan jalan raya.

Ini kerana apabila berlaku sekatan jalan raya, pihak polis atau pegawai yang bertugas pastinya akan meminta lesen yang sah daripada pemandu.

  • Oleh itu, apabila berlakunya kehilangan lesen memandu, individu tersebut hendaklah hadir ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat untuk membuat aduan tentang kehilangan lesen.
  • Pemohon hendaklah membawa bersama dokumen penting yang diperlukan oleh kakitangan JPJ yang bertugas di bahagian kaunter.
  • Kemudian, pemohon perlulah mengisi borang permohonan JPL L1 untuk menggantikan lesen yang hilang.
  • Caj penalti yang akan dikenakan oleh pegawai JPJ adalah sebanyak RM20.

Lesen GDL Tamat Tempoh

Lesen ini perlulah diperbaharui pada setiap tahun. Lesen ini akan tamat tempoh jika pemegang lesen ini tidak memperbaharui lesennya melebihi 3 tahun. 

Oleh sebab itu, untuk memperbaharui lesen ini yang telah tamat tempoh, individu tersebut hendaklah membuat permohonan rayuan yang boleh dilakukan melalui online, bersurat atau hadir sendiri ke Pejabat JPJ Negeri / cawangan sahaja.

Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana JPJ Negeri/Cawangan atau dicetak secara “Online” selepas 14 hari dari tarikh permohonan.

Secara tuntasnya, hanya Ketua Pengarah JPJ Malaysia sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan atau menolak permohonan rayuan tersebut.

Sekiranya berjaya, pemohon dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki Ujian Praktikal II dan III.

Manakala, jika permohonan gdl result tidak berjaya, maka pemohon dikehendaki memohon lesen memandu sepertimana prosedur biasa.

Semakan rayuan boleh dilakukan di portal rasmi JPJ seperti di dalam Rajah di bawah.

good driving licence

Proses Medical Check Up GDL

Pemeriksaan kesihatan untuk pemegang lesen boleh dibuat di semua fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta yang diiktiraf dan berdaftar dengan Kerajaan.

  • Pemohon hendaklah membawa “Borang JPJ L8A” bagi tujuan permohonan atau pembaharuan lesen GDL.
  • Bayaran maksima pemeriksaan kesihatan untuk seorang hanya RM80.00 – RM100.00 sahaja.
  • Kadar harga RM80 adalah termasuk semua pemeriksaan yang dinyatakan dalam borang JPJL8A.
  • Kadar ini merupakan kadar maksima yang ditetapkan oleh pihak Malaysian Medical Association (MMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini dibuat setelah mengambil kira skop kerja pemeriksaan yang telah ditentukan. 

Secara konklusinya, jika pemohon atau pemegang lesen GDL yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang lesen vokasional GDL ini, bolehlah layari portal rasmi Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Malaysia seperti Rajah 4.0 dibawah atau pada laman sesawang ini; https://www.jpj.gov.my

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia